You are on page 1of 8

LAPORAN “LAWATAN PENANDA ARAS”

PERSATUAN TINGKATAN 6
SMK Lubok China
78100 Lubok China
Melaka

LAPORAN
“Lawatan Sambil Belajar Ke
Kompleks Kraf Melaka, Balai Seni
Visual Melaka dan Sekitar Bandar
Melaka Bandar Bersejarah”

PROGRAM : PERSATUAN TINGKATAN 6

DENGAN KERJASAMA

PANITIA SENI VISUAL,

SMK LUBOK CHINA, MELAKA

GURU PEMBIMBING : En Nordin Bin Ambon (GPK Ting. 6)

Tn Hj Mazlan Bin Harouni

Tn Hj Jasmi Bin Md Tegol

Pn Hjh Norazizah Binti Kasmuni

Cik Norhayati Binti Mohd Saad

Pn Syarifah Binti Kahar

SMK LUBOK CHINA Page 1


LAPORAN “LAWATAN PENANDA ARAS”

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERSATUAN TINGKATAN 6


DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL SMK LUBOK
CHINA, MELAKA KE KOMPLEKS KRAF MELAKA BALAI SENI VISUAL
MELAKA DAN SEKITAR BANDAR MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Tarikh : 12 September 2017


Tempat : Melaka Bandaraya Bersejarah

1.0 Pengenalan

Program lawatan ini merupakan program lawatan yang dianjurkan oleh


Persatuan Tingkatan 6 dengan kerjasama Panitia Seni Visual Tingkatan 6
SMK Lubok China, Melaka untuk memberi pendedahan yang bermanfaat
kepada para pelajar tingkatan 6. Lawatan ke negeri Melaka ini disertai oleh
38 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring.

2.0 Objektif

2.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan pengalaman


dan pengetahuan
2.2 Memberi peluang penglibatan pelajar bergaul sesama sendiri dengan
dunia luar menerusi aktiviti yang dirancang
2.3 Mendidik dan membentuk pelajar terhadap nilai-nilai murni ke arah
pencapaian negara tahap terbilang
2.4 Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara sihat dan
terkawal
2.5 Dapat menaikan semangat dan menimbulkan rasa untuk berdaya
saing di antara pelajar
2.6
2.7 Memberi pendedahan awal kepada para pelajar agar dapat membuka
minda dan memberi pengalaman berguna untuk membina jati diri
insan yang cemerlang, kreatif, kritis dan aktif.
2.8 Mengeratkan ikatan silaturahim antara pelajar, guru dan masyarakat.

3.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : Tuan Haji Hussien Bin Sirun (Pengetua)


Naib Pengerusi : 1. Encik Yahaya Bin Hassan (GPK Pentadbiran)

SMK LUBOK CHINA Page 2


LAPORAN “LAWATAN PENANDA ARAS”

2. Encik Noordin Bin Ambon (GPK Tingkatan 6)


3. Cik Norhayati Binti Saad (GPK KOKU Tingkatan
6)
Guru Pembimbing : Puan Sharifah binti Kahar / Puan Norazizah Binti
Kasmuni
Ketua Program : Khalilul Nishad Bin Abdullah
Penolong Program: Siti Aidatul Akmar Binti Mohd Khalil
Setiausaha : 1. Nur Iman Dini Binti Nordin
2. Nur Diyana A’qilla Binti Anuar
Bendahari : 1. Ahmad Firdaus Bin Sukarno
2. Nor Syazwina Binti Sari
Ahli Jawatankuasa: 1. Muhammad Khairulazhar Bin Jasferi
2. Amirul Hafiz Bin Azman
3. Nur Hazleena Binti Hassan
4. Arif Hidayatullah Bin Jasle
5. Farah Nur Fadillah Binti Rosdee
6. Noorshahira Binti Safar

4.0 Laporan Lengkap

Pada 12 September 2017 yang lalu, Persatuan Tingkatan 6 SMK Lubok


China, Melaka telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke
Kompleks Kraf Melaka, Balai Seni Visual Melaka dan sekitar bandar Melaka
bandaraya bersejarah. Program lawatan ini telah disertai oleh 38 orang pelajar
tingkatan 6 dan 4 orang guru pengiring. Program ini bertujuan untuk memberi

SMK LUBOK CHINA Page 3


LAPORAN “LAWATAN PENANDA ARAS”

pendedahan bermanfaat kepada pelajar tingkatan 6. Pendedahan ini adalah


perlu bagi melahirkan pelajar yang lebih cemerlang, kreatif, kritis dan aktif.

Pada jam 7.30 pagi, semua peserta telah berkumpul di Dataran Bestari
SMK Lubok China dan membuat pendaftaran kehadiran masing-masing di
situ. Setelah selesai segala persiapan bas mula bertolak ke Kompleks Kraf
Melaka. Di situ kami telah menerima pengalaman yang baharu seperti
mencanting batik, mewarna tabung seramik dan menganyam bakul. Terdapat
banyak kraftangan yang telah dihasilkan dan dijual yang boleh dibeli sebagai
kenangan atau cenderamata dengan harga yang berpatutan.

Pada jam 12.00 tengah hari, kami semua bertolak menuju ke Balai
Seni Visual Melaka untuk menambah ilmu pengetahuan terhadap seni visual.
Hal ini dapat memberi manfaat kepada pelajar tentang sesuatu karya yang
dihasilkan serta dapat mengenali pelopor-pelopor seni tanah air mahupun
luar negara yang menghasilkan sesuatu karya menggunakan pelbagai teknik
dan bahan.

Pada jam 1 petang, kami melawat ke muzium seperti Muzium


Samudera, Muzium Baba dan Nyonya, Kota A’Famosa , dan Muzium
Kemerdekaan.

Di Muzium Samudera , kami dapat melihat dan menambah


pengetahuan tentang sektor perdagangan ekonomi kerajaan Melaka pada
era kegemilangan Melaka pada suatu ketika dahulu seperti lada hitam ,
bunga cengkih , cili kering dan sebagainya . Kami juga dapat melihat replika
kapal - kapal perdagangan yang pernah berlabuh di Melaka.

Manakala, di Muzium Baba dan Nyonya pula kami dapat melihat


budaya dan sejarah negeri Melaka terutama masyarakat Baba dan Nyonya.
Ia merupakan sebuah kediaman milik Baba Chan Cheng Siew dan telah
menjadikan rumah ini sebagai tempat tinggal untuk 4 generasi Baba Chan
sebelum dijadikan Rumah Muzium. Staf yang bertugas disitu menerangkan
tentang sejarah di setiap pelosok rumah bersejarah itu.Sehingga kini, rumah
tersebut masih dikunjungi dan diselenggara oleh generasi Baba Chan yang
ke-4.
Selepas itu kami menuju ke Kota A’Famosa. Ia merupakan lambang
keagungan dan warisan budaya bagi Melaka. Di situ pula, kami dapat melihat
bangunan-bangunan yang telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya
menawan Melaka pada tahun 1511.Kami dapat mengetahui tentang asal usul
pembinaan kota ini dan tujuan ia dibina.

SMK LUBOK CHINA Page 4


LAPORAN “LAWATAN PENANDA ARAS”

Kemudian, kami ke Muzium Kemerdekaan. Di sana pula, kami dapat


menambahkan ilmu terhadap penubuhan muzium tersebut. Penubuhan
muzium ini untuk mengenng dan memperingati jasa dan pengorbanan para
pejuang kebebasan dan kemerdekaan tanah air membebaskan negara dari
cengkaman penjajah. Ia memaparkan pelbagai bahan seperti dokumen,
gambar, cenderamata, keratan akhbar, pakaian rasmi, cop mohor, tokoh dan
sebagainya. Bahan bahan pameran tersebut dipamerkan mengiut sektor
sektor tertentu bagi memudahkan pelawat mengetahui dan memahami liku-
liku perjuangan kemerdekaan negara.

Tepat jam 5.00 petang, kami berkumpul dan bergerak pulang ke SMK
Lubok China.

Walaupun lawatan seumpama ini jarang-jarang dianjurkan oleh


Persatuan Tingkatan 6 Sekolah Menengah Lubok China, Melaka lawatan ini
merupakan program yang sangat bermanfaat dan bagus. Harapan kami agar
lebih ramai pelajar tingkatan 6 di sekolah ini akan menyertai lawatan ini pada
masa akan datang agar semua dapat merasai pengalaman baru dan SMK
Lubok China, Melaka menjadi lebih hebat cemerlang pada masa akan
datang.

Laporan disediakan oleh: Di Semak Oleh :

…………………………………… ..............................................
NUR IMAN DINI BINTI NORDIN
PN SYARIFAH KAHAR
Setiausaha Program
Guru Pembimbing
Ketua Panitia Seni Visual Tingkatan 6

Di Sokong oleh : Disahkan oleh :

............................................ ..........................................
EN NOORDIN BIN AMBON TUAN HAJI HUSSIN BIN SIRUN
GPK Tingkatan 6 Pengetua
SMK Lubok China SMK Lubok China

SMK LUBOK CHINA Page 5


LAPORAN “LAWATAN PENANDA ARAS”

LAMPIRAN

Bergambar bersama Pegawai-pegawai Kompleks Kraf Sesi mendengar taklimat dari wakil pegawai Kompleks
Melaka Kraf Melaka
Bergambar di Zoo Johor
Di Zoo Johor

Mendengar penerangan tentang tanaman nenas

Bergambar di Taman Negara Tanjung Piai

Demontrasi mencanting batik Aktiviti pelajar – Mewarna batik

SMK LUBOK CHINA Page 6


Aktiviti pelajar Aktiviti menganyam bakul rotan
LAPORAN “LAWATAN PENANDA ARAS”

Aktiviti mewarna tabung seramik Balai Seni Visual Melaka

Muzium Baba & Nyonya Melaka

SMK LUBOK CHINA Page 7


LAPORAN “LAWATAN PENANDA ARAS”

Kota A Famosa Melaka

Melawat Kota A Famosa Melawat Muzium Maritim

SMK LUBOK CHINA Page 8


Melawat Muzium Kesultanan Melayu Melaka

You might also like