You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KELAB SEJARAH
KE LAMIN DANA, MUKAH

Oleh: Siti Rohaiza Binti Ali Yusop


1. PENDAHULUAN

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada murid-murid
mengenai sejarah tempatan yang berkaitan dengan kaum, adat dan budaya masyarakat.

2. RASIONAL

2.1 Pendedahan kepada murid mengenai sejarah tempatan.


2.2 Memberi pengalaman baru serta pengetahuan untuk menghasilkan dokumentari sejarah.
2.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya nilai adat dan budaya tradisional masyarakat
setempat yang perlu dikekalkan untuk generasi akan datang.
2.4 Memupuk semangat patriotisme dan cintakan tanahair.

3. OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk melihat dengan lebih dekat lagi adat dan budaya tempatan.
3.2 Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid tentang asal usul dan perkembangan
masyarakat.

4. SASARAN

Pelajar Tingkatan 4 dan 5

5. BILANGAN PESERTA/GURU

Seramai 20 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa/ penjaga. Seramai 2
orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang program ini berjalan.

6. CADANGAN PROGRAM

Tarikh : 22 Ogos 2015 / Sabtu


Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat Lawatan : Sekitar Rumah Tradisional Lamin Dana, Mukah

7. AJK INDUK

Penasihat : Pn. Magdaline Binti Jon


(Pengetua SMK Dalat)
En. Abg Djohan Bin Abg Isa
Pengerusi : Ustazah Norainon Binti Hj. Amit
(Ketua Bidang Kemanusiaan)
Naib Pengerusi : Cik Siti Mariana Binti Awang
(Ketua Panitia Sejarah)
Setiausaha : Cik Siti Rohaiza Binti Ali Yusop
Bendahari : Pn. Kristine Sandra Pey Adum

8. AJK KERJA

Guru Penasihat : Cik Siti Rohaiza Binti Ali Yusop


Pn Kristine Sandra Pey Adum
Editor : Vivian Chong Pik Wan
Dokumentasi : Nursuhaiza Binti Muliadi

9. TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
8.00 pagi - Berkumpul di perkarangan sekolah

8.30 pagi - Bersedia untuk bertolak ke Mukah

- Taklimat oleh guru penasihat

9.30 pagi - Tiba di Lamin Dana, Mukah

9.40 pagi - Lawatan di Rumah Lamin Dana, Mukah

- Merakam Video Dokumentari Adat dan Budaya Masyarakat Melanau

12.00 tghari - Makan tengah hari/ solat/ rehat

1.00 petang - Kuiz dan sesi perkongsian ilmu

- Penyampaian hadiah dan cenderahati

3.00 petang - Bertolak balik ke sekolah

10. PERBELANJAAN

Bayaran Pengangkutan : RM 200 (2 van)


Makanan (RM10 X 20) : RM 200
Cenderahati : RM 25
Jumlah : RM 425

11. CADANGAN AKTIVITI

11.1 Tugas-tugas tertentu akan diberikan kepada semua pelajar untuk menghasilkan video
dokumentari mengenai adat dan budaya Melanau atau Rumah Lamin Dana.
11.2 Sesi perkongsian ilmu bersama masyarakat Melanau yang berkhidmat di Rumah Lamin Dana.

12. PENUTUP

Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda murid disamping memberi peluang
kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan masyarakat tempatan.

You might also like