You are on page 1of 4

TAJUK:

PROGRAM SAYANGI MALAYSIAKU

1.0 PENGENALAN

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Setiap kaum di negara kita memiliki budaya masing-masing yang unik dan tersendiri. Sikap
saling menerima dan memahami perbezaan penting untuk merapatkan jurang perbezaan dan
membentuk kekuatan kepelbagaian etnik. Program Sayangi Malaysiaku yang dilaksanakan adalah
berlandaskan elemen silang budaya dengan merangkumi pelbagai jenis persembahan, pameran
kebudayaan dan bengkel kesenian mengikut warisan kaum masing-masing. Murid-murid daripada
pelbagai aliran sekolah berpeluang memahami perbezaan cara hidup, saling menghormati budaya
kaum lain serta menghargai persamaan dan menerima perbezaan antara kaum.

2.0 RASIONAL

Pihak sekolah menyedari bahawa murid-murid perlu memahami dan menghayati kehalusan seni
budaya sebagai asas pembentukan jati diri warga Malaysia. Pelaksanaan aktiviti silang budaya
diharapkan dapat memberikan pendedahan awal kepada murid mengenai realiti kehidupan
masyarakat yang berbilang kaum, seterusnya memupuk semangat perpaduan dan kesejahteraan
negara.

3.0 OBJEKTIF

i. Meningkatkan kefahaman tentang kebudayaan dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia.


ii. Meningkatkan penerimaan tentang kebudayaanantara murid yang berbilang kaum.
iii. Mewujudkan hubungan erat dan harmoni dalam kalangan murid yang berbilang kaum.
iv. Menyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai
v. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa milik bersama.

4.0 CADANGAN AKTIVITI


4.1 Persembahan Kebudayaan
4.2 Pameran Kebudayaan dan Kesenian
4.3 Bengkel Silang Budaya
5.0 TARIKH
22 Oktober 2019 (hari Selasa)

6.0 TEMPAT
SJKC ST Teresa, Kuala Lumpur

7.0 KUMPULAN SASARAN


7.1 Murid-murid tahun 6 (program lepas UPSR)
7.2 Murid-murid sekolah rendah di kawasan berdekatan

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : En Teoh Siak Kun


Guru Besar SJKC St Teresa, Kuala Lumpur

Timbalan Pengerusi : En Lee Kwai Foon


Penolong Kanan Pentadbiran SJKC St Teresa, Kuala Lumpur

Naib Pengerusi : En Chiang Han San


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SJKC St Teresa, Kuala Lumpur

Pn Chow Siew Juan


Penolong Kanan Kokurikulum SJKC St Teresa, Kuala Lumpur

Setiausaha : Cik Woo Xuemi


Setiausaha Kokurikulum SJKC St Teresa

Bendahari : En Yap Kai Ming

Ahli Jawatankuasa :

AJK Pendaftaran : Pn Low Fang Rong, Cik Thang Sui Fong

AJK Jamuan : Cik Fong Sook Ling, Cikgu Madihah, Pn Leang Siew Lee

AJK Hadiah/ Sijil/ Cenderamata : Cik Khoo Keh Ching, Pn Kong Woan Sin

Buku Program : Cik Woo Xuemi

AJK Perasmian : Pn Kong Sook Mei, Cikgu Madihah, En Yap Kai Ming

Dokumentasi : Cik Woo Xuemi


Juruacara : En Tan Choon Kiat, Cikgu Madihah

AJK Siaraya : En Wong Hong Thai

Jurugambar : En Lai Wai Keh

Teks Ucapan : Cikgu Atiqah

AJK Persembahan : Cik Woo Xuemi, Cik Khoo Keh Ching, Cikgu Atiqah,
Cik Ching Ween Man

AJK Pameran & Bengkel Budaya : Cik Fong Sook Ling, En Khoo Lih Bin, En Wong Hong Thai
Pn Low Fang Rong, Pn Kong Sook Mei, En Yap Kai Ming

Penyediaan Tempat : Semua guru

9.0 KPI
9.1 Output
10 buah sekolah dan 300 orang murid yang terlibat
9.2 Outcome
Murid dapat memahami kepelbagaian adat dan budaya kaum lain
Murid dapat mempelajari dan membuat persembahan kebudayaan kaum lain

10.0 TENTATIF PROGRAM


0800am Berkumpul / Pendaftaran
0830am Majlis Bermula
- Ucapan alu-aluan oleh En Teoh Siak Kun, Guru Besar SJKC St Teresa
-Perasmian Program Sayangi Malaysiaku dan Pelancaran TS25 oleh
Dr. Balaeswaran A/L Poobalasingam – Setiausaha Majlis Pewakilan
Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Sub Zon 4 (Brickfields)
Parlimen
Bukit Bintang

0900am Persembahan murid


1000am Rehat/Jamuan Ringan
1030am Lawatan ke Pameran & Bengkel Kebudayaan & Kesenian
1200pm Persembahan & Penyampaian Sijil
1240pm Majlis perasmian penutupan oleh Tuan Haji Azuar Bin Haji Hussin –
Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar dan
Pudu.
0100pm Majlis tamat

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI TOTAL


1 Hadiah / Sijil penyertaan RM5.00X150 RM750.00
2 Cenderamata RM80.00X2 RM160.00
3 Jamuan RM10.00X80 RM800.00
4 Backdrop / Banner RM400 RM400.00
5 Peralatan RM500 RM500.00
6 Makanan dan minuman RM8.00X300 RM2400.00

JUMLAH RM5010.00

12.0 PENUTUP

Program Sayangi Malaysiaku merupakan satu program kemprehensif untuk menyediakan platform
bagi murid-murid berbilang kaum bergaul mesra dan saling mengenali budaya masing-masing.
Semoga dengan adanya komitmen dan sokongan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat
akan menjadikan objektif yang diterapkan.

Disediakan oleh,

________________________
(WOO XUEMI)
Setiausaha Kokurikulum
SJK(C) ST TERESA

You might also like