You are on page 1of 3

KERTAS KERJA AKTIVITI KRAFTANGAN SELEPAS UPSR

PERINGKAT SK CENEH BARU

RASIONAL:

Program Pasca UPSR merupakan satu program yang meliputi pelbagai aktiviti riadah dan
sukan, aktiviti gotong royong, aktiviti kraftangan dan gubahan, aktiviti pameran dan lain-
lain. Pelajar-pelajar digalakkan untuk hadir ke sekolah bagi mengikuti pelbagai aktiviti
tersebut. Satu aktiviti membimbing pelajar menghasilkan kraftangan dan gubahan diadakan
bagi menarik pelajar hadir ke sekolah. Oleh itu bagi menjayakan latihan dan aktiviti,
kemudahan peralatan perlu disediakan.

OBJEKTIF:

1. Membimbing para pelajar mengasilkan kraftangan daripada manik agar mereka


dapat menghasilkan sendiri bahan hiasan kraftangan tersebut.
2. Melatih para pelajar menghasilkan gubahan bunga untuk dijadikan hiasan sekolah dan
bilik-bilik khas.
3. Meningkatkan keyakinan pelajar terhadap kebolehan mereka menghasilkan
kraftangan dan gubahan sendiri bagi menjimatkan wang.
4. Memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar.

JAWATANKUASA PELAKSANA:

Guru-guru pembimbing kraftangan dan gubahan


Para Pelajar Lepasan UPSR 2015

TARIKH PELAKSANAAN:

Mulai Bulan Oktober 2015 hingga akhir sesi persekolahan


ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PERUNTUKAN:

Bil. Perkara Kos Peruntukan


1. Alatan Kraftangan seperti manik, tali RM 450.00 YKS – Seni dan
tangsi, cakuk, interver dan stopper. Kraftangan
Alatan gubahan bungan seperti Bunga
hiasan, daun hiasan, bekas kerawang,
pembalut hijau, dawai, span, manik
global,tempurung kelapa, botol air
mineral dll
2. Air Minuman dan Roti untuk pelajar RM 2.50 x 108 pelajar YKS – Seni dan
semasa menjalankan aktiviti. X 2 hari = RM 540.00 Kraftangan

SUMBER KEWANGAN:

1. Yuran Khas Sekolah – Seni dan Kraftangan RM 990.00

PENUTUP:

Diharapkan aktiviti kraftangan dan gubahan ini berjaya menarik minat pelajar untuk hadir
ke sekolah dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi bagi menghasilkan sendiri kraftangan
dan gubahan pada masa akan datang, seterusnya menjimatkan perbelanjaan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

Pn Kamariah bt Kamarudin
Guru Pembimbing Kraftangan dan Gubahan Penolong Kanan Pentadbiran
SKCB SKCB

Diluluskan Oleh: Catatan: Tindakan:

Diluluskan peruntukan Yuran Khas 1. Isi Nota Minta


T.T Guru Besar Sekolah(YKS) – Seni dan 2. Lengkapkan LO
& cop Kraftangan sebanyak RM 990 /=
untuk aktiviti kraftangan pelajar

You might also like