You are on page 1of 2

PROJEK TANAMAN POKOK BUNGA PPKI 2021

OLEH: SEMUA WARGA PENDIDIKAN KHAS SK SERI MUTIARA

   TAJUK             
Kertas Cadangan Projek Tanaman Pokok Bunga PPKI 2021.

MATLAMAT
Memberikan pendedahan aktiviti perkebunan kepada murid PPKI melalui
penanaman pokok bunga serta menceriakan kawasan sekolah.

 OBJEKTIF
i. Memberikan latihan perkebunan jangka panjang agar murid boleh
mengusahakan penanaman pokok bunga sebagai mata pencarian mereka
kelak.
ii. Memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman berkebun secara
asas.
iii. Memberi pendedahan serta kemahiran tentang pengurusan diri dan
pengurusan tingkah laku untuk menjaga kebersihan, keceriaan dan
keselamatan semasa berkebun.
iv. Menceriakan kawasan sekolah dengan tanaman pokok bunga yang pelbagai.

LATAR BELAKANG       
Matlamat utama projek Pendidikan Khas adalah bertujuan untuk mengajar
kemahiran yang membolehkan murid bersedia sebelum tamat alam persekolahan
kepada kehidupan dalam komuniti. Kejayaan dalam hidup banyak dipengaruhi
oleh kualiti pendidikan dan latihan yang diterima. (Groupil, Tasse, Garcimdore,
2002).

          Menyedari keperluan sebenar murid Pendidikan Khas ini, PPKI SK Seri
Mutiara telah mengambil langkah memperkenalkan Projek Tanaman Pokok
Bunga bermula pada tahun 2021. Pada peringkat awal, projek ini akan dibimbing
oleh Pn. Rozila (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas) bersama-sama guru
PPKI yang lain. Projek ini akan dilaksanakan di kawasan lapang berhadapan
dengan kelas PPKI SKSM. Pokok yang akan ditanam adalah berunsurkan pokok
bunga kerana kepelbagaian warna bunga akan menceriakan lagi kawasan
tersebut.

KOS
Bi
Perkara Unit Harga / Unit Jumlah
l
1. Pepara 2 RM100.00 RM200.00
2. Pasu Bunga (Kecil & Besar) 30 RM3.00 RM90.00
3. Anak Pokok 30 RM5.00 RM150.00
4. Tanah 10 RM2.50 RM25.00
5. Baja 1 RM2.00 RM2.00
6. Peralatan Kebun 8 RM2.50 RM20.00
7. Sarung Tangan 10 RM2.00 RM20.00
Jumlah

Sumber Kewangan, peruntukan Pendidikan Khas

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………. ……………………...
(NADIAH HUSNA BINTI ZAINI) (PN. ROZILA)
Setiausaha Projek, Guru Penolong Kanan
PPKI SK Seri Mutiara Pendidikan Khas,
SK Seri Mutiara

Diluluskan oleh,

………………………
(PN. NORAINI)
Guru Besar,
SK Seri Mutiara

You might also like