You are on page 1of 3

___________________________________________________________________________

PANITIA BAHASA INGGERIS


SEK. KEB. TUNKU PUTERA ,
JLN PEGAWAI, 09100 BALING
KEDAH.

___________________________________________________________________________

Tajuk :

KERTAS KERJA MEMOHON DANA


PERPUSTAKAAN BAGI MEMBELI
SET BUKU BAHASA INGGERIS
“READ EASY”
Disediakan Oleh : Panitia Bahasa Inggeris
KERTAS KERJA MEMOHON DANA PERPUSTAKAAN BAGI
MEMBELI SET BUKU BAHASA INGGERIS “READ EASY” UNTUK
AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN BAHASA INGGERIS MURID
TAHAP 1.

1.0 PENDAHULUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon sumbangan dana daripada Perpustakaan SK
Tunku Putera bagi tujuan membeli set buku Bahasa Inggeris “Read Easy” untuk aktiviti
pemulihan bacaan Bahasa Inggeris murid tahap 1.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Panitia Bahasa Inggeris ingin menjalankan pemulihan bacaan kepada murid-
muirid tahap 1 yang masih belum melepasi tahap minimum bacaan. Oleh itu, Set
buku ini diperlukan oleh setiap guru tahap 1 untuk melaksanakan pemulihan
bacaan Bahasa Inggeris di dalam kelas.

1
3.0 RASIONAL Kertas kerja PANITIA BAHASA INGGERIS

3.1 Permohonan ini dibuat bertujuan memberikan kemudahan kepada guru Bahasa
Inggeris tahap 1 melaksanakan Program Pemulihan Bacaan Bahasa Inggeris di
dalam kelas.
3.2 Set ini juga sangat sesuai digunakan kepada murid tahap 1 atas faktor-faktor
berikut:
3.2.1 Buku yang menggunakan suku kata berwarna.
3.2.2 Buku dilengkapi dengan gambar yang menarik minat murid.
3.2.3 Telah disyorkan oleh beberapa pakar dalam bidang pendidikan
awal kanak-kanak.
3.2.4 Mempunyai 3 tahap yang sesuai dengan murid iaitu “Beginner
Level”, “Intermediate Level” dan “Advance Level”.
3.2.5 Mempunyai latihan yang sesuai dengan bahan bacaan dalam set
“Read Easy”.
4.0 MATLAMAT

4.1 Menyediakan bahan bacaan berstruktur yang mudah digunakan oleh guru dan
murid, mudah direkod dan mempunyai aras panduan.

5.0 SASARAN

5.1 Semua murid tahap 1 yang belum boleh membaca Bahasa Inggeris dengan baik
daripada segi bacaan dan sebutan.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

UNIT ANGGARAN HARGA JUMLAH HARGA


JENAMA
DIPERLUKAN (RM) (RM)
READ 2 UNIT RM 150 x 2 UNIT RM 300
EASY

7.0 PENUTUP
2 Kertas kerja PANITIA BAHASA INGGERIS
Besar harapan kami agar pihak pengurusan Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Tunku
Putera dapat memberikan kelulusan kepada permohonan ini. Ini juga merupakan cara
dan inisiatif Panitia Bahasa Inggeris untuk meningkatkan minat dan budaya membaca
murid SK Tunku Putera.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

_________________
( Norema Binti Idris)

You might also like