You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERUNTUNG

JALAN MELATI, 48300 RAWANG. SELANGOR.

KERTAS KERJA

LAWATAN JOM JALAN-JALAN CARI ILMU


MURID TAHUN 6
(REKREASI LUAR)

TARIKH : 9 NOVEMBER 2019 (SABTU) – A DAY TRIP


MASA : 5.00 pagi– 6.30 petang
SASARAN : 30 ORANG MURID TAHUN 6
TEMPAT : CAMERON HIGHLAND

.
,

KERTAS KERJA

LAWATAN JOM JALAN-JALAN CARI ILMUM MURID TAHUN 6, 2019

1.0 PENDAHULUAN

Program Lawatan untuk murid tahun 6 ini merupakan pengalamn pendidikan yang berlaku di luar
bilik darjah dan dapat memberi pengetahuan yang diperlukan oleh murid dalam situasi harian
mereka. Sehubungan itu kemantapan fizikal, mental pengukuhan nilai-nilai murni yang
diterapkan dapat membantu perkembangan individu-individu murid. Lawatan ini diadakan
selepas peperiksaan UPSR sebagai aktiviti pasca UPSR. Aktiviti ini melibatkan 30 orang murid
Tahun 6 dan 10 orang guru pengiring. Ia bertujuan untuk memberikan pengalaman suasana
baru santai bersama guru ke tempat menarik malah perubahan tempat dapat menjentik
semangat dan membuka minda bagi setiap murid.

2.0 RASIONAL

Aktiviti ini diharapkan dapat melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran di
samping dapat memberi pendedahan kepada murid tentang tempat-tempat menarik di dalam
negara. Aktiviti ini juga diharap mewujudkan sikap tolong-menolong, bekerjasama,
berketerampilan, menyayangi dan mensyukuri alam ciptaan Allah, bertangungjawab dan dapat
menambahkan ilmu dan pengalaman.

3.0 MATLAMAT

Matlamat lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang guna tanah di
kawasan tanah tinggi, memberi peluang kepada mereka melihat corak dan pola jalan raya de=i
sesebuah kawasan tanah tinggi disamping memupuk minat murid supaya melancong di dalam
negara sendiri sambil menyahut seruan kerajaan bagi mengelakkan pengaliran wang negara ke
luar negara. Selain itu lawatan ni memberi pendedahan kepada murid-murid tentang pelbagai
kehidupan serta menikmati keindahan alam negara sendiri.

2
4.0 OBJEKTIF

Lawatan ini bertujuan untuk :

4.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kawasan tanah tinggi.

4.2 Memberi peluang kepada murid mengenali negeri Pahang.

4.3 Menambah ketahanan diri murid-murid dalam menghadapai sebuah perjalanan


yang jauh.

4.4 Mewujudkan keyakinan dalam diri murid-murid untuk diaplikansikan dalam


kehidupan seharian.

4.5 Menerapkan amalan nilai-nilai murni , mencintai alam sekitar, menjaga kebersihn
dan keindahan serta mempunyai rasa tanggngjawan\b untuk memelihara dan
mengekalkan alam sekitar.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 9 November 2019 (Sabtu)


5.2 Masa : 5.00 pagi – 6.30 petang
5.3 Tempat : Sekitar Cameron Highland
5.4 Bilangan Peserta : 30 orang
5.5 Bilangan Guru : 10 orang

6.0 KUMPULAN SASARAN

30 orang murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung.


7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Kamariah Bt Ab Rashid (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : En Mohammad Noor Bin Bakar (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : Pn. Suhana Bt Shoib (GPK Pentadbiran & Kurikulum)
: Pn. Norlela Bt Mohd Amin (GPK Hal Ehwal Murid)
: En. Kamarul Zaman Bin Mohamed Noor (GPK Petang)
Penyelaras : Pn. Rafidah Bt Hj Salleh
Setiausaha : Pn. Zuraini Bt Md. Nayan
Bendahari : Pn. Azeana Bt Zainal Abidin
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Tahun 6

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Ketua Rombongan : Pn. Zuraini Bt Md Nayan


Fotografi/ Dokumentasi : Pn. Nurulhuda Bt Abd Raziff
Pendaftaran/ Makanan : Pn. Azeana Bt Zainal Abidin
Kecemasan/ Keselamatan : En. Mohd Nazri Bin Jamari
Pengangkutan (bas) : Pn. Azeana Bt Zainal Abidin
Disiplin Murid En. Mohd Hanif Bin Bel Mastal@ Mastal
Pn. Norhayati Ahmad
Pn. Azlina Bt Omar
Pn. Mastura Bt Abd Majid

4
9.0 TENTATIF PROGRAM

4.30pagi -berkumpul

5.00 pagi -bergerak


On the way akan Berhenti di RnR 30minit solat subuh)

9.00pagi -Dijangka tiba & bersarapan

10.00 pagi -Teh BOH Sg Palas

11.30pagi -Bee Farm

12.30tgh hari - Strawberry Farm

1.30 tghr - Makan tghr & solat zohor

2.00ptg - Kea Farm garden

2.30ptg - Kea Farm Market

3.00ptg - Cactus Point

4.00ptg - Bharat Tea

5.00ptg - Bertolak balik (on the way akan berhenti di RnR Tapah makan dan solat)

* Sebarang perubahan agenda tertakluk kepada keadaan semasa


10.0 SUMBER KEWANGAN
10.1 Kewangan Sekolah pcg kaunseling
10.2 Penyertaan Peserta : RM100.00 Seorang Peserta

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN

1. Tambang bas 30 Orang Murid RM 1200.00 Kewangan


Sekolah &

Bayaran peserta

2. Pakej lawatan ke 8 RM 80 x 30 orang RM 2400.00 Bayaran Peserta


tempat sekitar cameron
& Makan dan Minum

JUMLAH RM 3600.00

6
12.0 PENUTUP

Diharapkan agar lawatan ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama serta
komitmen yang jitu daripada semua ahli jawatankuasa dan semua peserta lawatan. Akhir
sekali, sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Guru Besar di atas
sokongan yang diberikan dalam merealisasikan Lawatan Sambil Belajar ini. Semoga
aktiviti ini dapat dimanfaatkan kepada semua eserta yang terlibat.

Disediakan oleh :

……………………............
( ZURAINI BT MD NAYAN )
Setiausaha lawatan,
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SK Bukit Beruntung.

Disemak oleh:

..........................................
( MOHAMAD NOOR BIN BAKAR )
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Bukit Beruntung.

Disahkan dan diluluskan oleh :

……………………………...........
( KAMARIAH BT AB RASHID )
Guru Besar,
SK Bukit Beruntung

You might also like