You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU AHMAD,

JALAN AYER HANGAT, 07000 LANGKAWI, KEDAH

KERTAS KERJA PROGRAM


GOTONG ROYONG MEMBERSIH PANTAI
“YEAR 6 TRASH HERO”

TEMPAT : PANTAI TANJUNG RHU

ANJURAN:
PERSATUAN BAHASA INGGERIS
KELAB ALAM SEKITAR DAN GEOPARK
1.0 PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, banyak sampah bertaburan di pantai-pantai sekitar


Malaysia seperti plastik, kertas, botol, penutup tin minuman dan sebagainya.
Sebagai inisiatif tersebut, program ini diadakan untuk mewujudkan kesedaran
dalaman dalam kalangan murid mengenai kepentingan memelihara kebersihan
pantai serta sumbangan khidmat sosial murid untuk memupuk semangat
cintakan alam sekitar terutamnaya kebersihan pantai. Selain daripada itu,
melalui program ini, akan mengeratkan lagi ukhwah dalam kalangan murid.
Aktiviti dirancang bagi memenuhi masa murid selepas tamat peperiksaan
UPSR.

2.0 RASIONAL

1.1 Meningkatkan kesedaran kepada murid akan kepentingan memberikan


khidmat bakti kepada masyarakat.
1.2 Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan alam sekitar kepada
murid.
1.3 Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-
membantu sesama murid.
1.4 Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menjaga, memulihara dan manfaatkan sumber alam yang sedia ada
serta mempertahanakan kelastriannya untuk kesejahteraan sejagat.

3.2 Memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar


kepada masyarakat secara umum.

3.3 Menyemai sifat mulia, toleransi dan muafakat dalam melahirkan insan
yang berkualiti serta mampu menyumbang kepada Negara.
4.0 SASARAN

120 orang murid tahun 6 SK Penghulu Ahmad.

5.0 BILANGAN PESERTA / GURU

Seramai 120 orang murid akan mengikuti program ini dengan kebenaran
ibubapa / penjaga. Seramai 4 orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang
program ini berjalan.

6.0 CADANGAN PROGRAM

Tarikh : 24 Oktober 2018 (Rabu)


Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Pantai Tanjung Rhu

7.0 AJK INDUK

Pengerusi : En. Hairus Salleh bin Harith


(Guru Besar SK Penghulu Ahmad)
Naib Pengerusi : Pn. Masripah binti Mailan
(PK Pentadbiran)
Pn. Mariah binti Mohamad
(PK Hal Ehwal Murid)
Cik Nurul Shakinah binti Mehat
(PK Kokurikulum)
Setiausaha : En. Mohammad Afifi bin Mohd Daud
8.0 AJK KERJA

Ketua Rombongan : En. Muhammad Hilmi bin Saifuddin


Aktiviti : En. Mohammad Afifi bin Mohd Daud
Kecemasan : Pn. Mashitoh binti Ahmad
Makanan : Pn. Norrani binti Rawi
Pengangkutan : En. Muhammad Hilmi bin Saifuddin
Jemputan : En. Mohammad Afifi bin Mohd Daud
Peralatan : Pn. Norrani binti Rawi

9.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
8.15 pagi - Bertolak ke Pantai Tanjung Rhu
8.30 pagi - Tiba Di Pantai Tanjung Rhu
8.45 pagi - Senaman Pagi
9.00 pagi - Sarapan pagi
9.15 pagi - Pembahagian kumpulan
- Taklimat ringkas oleh En. Muhammad Hilmi
- Gotong Royong
- Makan Tengahari
11.30 tengah hari - Penyampaian cenderahati/ penutup
11.45 tengah hari - Sesi Bergambar
12.00 tengah hari - Bertolak balik

10.0 PENDAPATAN / PERBELANJAAN


PENDAPATAN PERBELANJAAN
10.1 Peruntukan Sekolah RM 600 10. 3 Makanan (RM5X120) RM 600
10.2 Peruntukan Panitia RM 100 10.4 Peralatan RM 100
JUMLAH RM 700 JUMLAH RM 700
11.0 PENUTUP

Diharap dengan menyertai program ini, dapat membuka minda murid disamping
menerapkan nilai – nilai murni dalam diri murid-murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………….. ………………………………………
(MOHAMMAD AFIFI BIN MOHD DAUD) (NORRANI BINTI RAWI)
Setiausaha Program Penyelaras Persatuan Bahasa Inggeris

Diluluskan oleh,

………………………………..
(HAIRUS SALLEH BIN HARITH)
Guru Besar,
SK Penghulu Ahmad

You might also like