You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI

SELISEK

44020 KUALA KUBU BHARU


SELANGOR

KERTAS KERJA/CADANGAN
MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI

KEMBARA MERDEKA #TJS

Usahasama :

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SELISEK, PEJABAT PENDIDIKAN


DAERAH HULU SELANGOR, AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR.
1.0 PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek menyokong Program yang dianjurkan


oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Ahli Parlimen Hulu
Selangor bagi mengadakan Kembara Merdeka. Aktiviti ini diadakan sempena
sambutan Hari Kemerdekaan Ke- 62 bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku : Malaysia
Bersih’. Program Kemerdekaan ini melibatkan 25 buah sekolah dalam daerah Hulu
Selangor. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan
pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat
patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan pegawai
Pendidikan Daerah, guru-guru dan murid Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek.

2.0 MATLAMAT

            Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan


adalah bagi merapatkan hubungan antara Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor
di samping memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek serta meningkatkan kesedaran warga
sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan
pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan.
3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat cintai Malaysia.


ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Program ini dijalankan sebagai satu kaedah pendekatan PPD Hulu Selangor
dalam menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dikalangan warga pendidik
daerah Hulu Selangor.
viii. Program ini menunjukkan kebersamaan PPD Hulu Selangor dalam menjaga
ikatan ukhwah antara warga pendidik Daerah Hulu Selangor melalui program /
aktiviti yang dibuat diperingkat kebangsaan.

4.0 PENGANJURAN

Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah


Hulu Selangor dan Ahli Parlimen Hulu Selangor.

5.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 28 dan 29 Ogos 2019

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek. (Termasuk guru dan
murid Pra Sekolah)
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Aktiviti Kos Bilangan Anggaran
hadiah Perbelanjaan

1. Perhiasan
i. Bendera besar 10 × RM 10.00 RM 100.00
-Malaysia

ii. Bendera kecil 1 x RM 1.00 RM 100.00


- Malaysia

Jumlah RM 200.00

8.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA PROGRAM KEMBARA


MERDEKA
Pengerusi :
Pn. Siti Zanariah binti Jalal (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi :
Pn. Rosilawati binti Esha ( GPK Kokurikulum)
Pn. Faridah binti Hussain (GPK Kurikulum)
En. Razak bin Ishak (GPK HEM)
Penyelaras Program:
Pn. Nur Adilah bt Hamzah

Bacaan Doa Persembahan Murid (Koir)


Ustaz Mohd Zulkifly bin Yusof Pn. Siti Sarah bt. Jaafar Sidik
Pn. Siti Zubaidah bt. Ibrahim
Siaraya Pengacara Majlis
En. Nur Fariq Iskandar bin Mohame Isa Pn. Salasatun bt Jahari
En. Zainal Akramin bin Hashim
Hiasan Tempat & Back Drop Jamuan
Pn. Asnida bt Ahmad Pn. Hjh Siti Zubaidah bt Mohamad Yusof
Pn. Nur Adilah bt Hamzah Pn. Salasiah bt Mohammed Sanusi
Pn. Murugeswary a/p Balakasnan Pn. Suzana bt. Saudin
Jurugambar & Kawalan Murid Susunan murid
En. Azhar bin. Abdul Aziz Pn. Noridah bt Md Arifin
Pn. Munirah bt. Mokhtar
9.0 ATURCARA PROGRAM KEMBARA MERDEKA 2019
Masa Aturcara Majlis
8.30 Pagi - Kedatangan tetamu Konvoi Kembara Merdeka

- Persembahan koir “ Malaysia Bersih”

- Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis.

- Bacaan Doa

- Gimik Penyampaian ( huruh ‘H’)

- Jamuan

- Bersurai

10.0 PENUTUP
Penganjuran Program Kembara Merdeka dengan kerjasama Pejabat Pendidikan
Dearah Hulu Selangor dan Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek ini memerlukan
kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid
secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang postif. Program ini
diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan hubungan silaturahim antara
semua pihak.
Disediakan Oleh.

_________________

(NUR ADILAH BINTI HAMZAH)

Penyelaras Sambutan Kemerdekaan,

Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek.

Disemak oleh,
...............................................
(PN ROSILAWATI BT ESHA)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek

Diluluskan oleh,
.................................................
(PN SITI ZANARIAH BINTI JALAL)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek.

You might also like