You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM MUNAJAT DAN


SAMBUTAN MAAL HIJRAH
1443H

PENGANJURAN BERSAMA:

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ AHMAD


MANAF DAN SEKOLAH KEBANGSAAN DESA
JASMIN
KERTAS KERJA
PROGRAM MUNAJAT PERDANA DAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ AHMAD MANAF DAN SEKOLAH
KEBANGSAAN DESA JASMIN

1.0 PENDAHULUAN

Program Munajat Perdana dan Sambutan Maal Hijrah 1443H ini merupakan program
kolaboratif Sekolah Kebangsaan Dato’Ahmad Manaf bersama Sekolah Kebangsaan
Desa Jasmin dalam usaha ke arah membentuk kemenjadian murid dalam aspek
keilmuan, kepimpinan, akhlak dan sahsiah.

2.0 RASIONAL

Pelaksanaan program secara kolaboratif ini sudah pasti mampu mengoptimumkan idea,
kemahiran dan kepakaran dalam menjayakan program. Kerjasama yang padu dapat
digembleng dalam pelbagai aspek merentasi kurikulum dan kokurikulum.

3.0 OBJEKTIF

3.1. Menambah pengetahuan murid berkaitan peristiwa penghijrahan Rasulullah


SAW.
3.2. Murid dapat mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW.
3.3. Mewujudkan jaringan kerjasama guru antara kedua-dua sekolah dalam usaha
mencapai matlamat Pendidikan.
3.4. Membantu dalam mengasah bakat murid untuk kemenjadian murid yang
pelbagai.

4.0 TARIKH/HARI

4.1. Tarikh : 12 Ogos 2021


4.2. Hari : Khamis
4.3. Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
5.0 MAKLUMAT PROGRAM

5.1. Munajat Perdana : Bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Mohd Azwan bin Rosdi
5.2. Ceramah Maal Hijrah : Penceramah Ustaz Muhammad Hariri bin Daud
(Ustaz 3 Beradik)
5.3. Moderator Majlis : Adik Alisya Auliya binti Enawar (SK Dato’ Ahmad
Manaf)
5.4. Bacaan Doa : Adik Muhammad Syakhir Ikmal bin M, Amrran (SK Desa
Jasmin)
5.5. Peserta : 110 orang murid/guru SK Dato’ Ahmad Manaf dan 140 orang
murid/guru SK Desa Jasmin bersama dalam Google Meet. Peserta lain
mengikuti di Live Facebook.
5.6. Medium Pelaksanaan : Google Meet dan Live Facebook

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Liew Sook Fong (Guru Besar SK Dato’ Ahmad Manaf)
En. Arifin bin Ismail (Guru Besar SK Desa Jasmin)
Setiausaha : En. Mohd Azwan bin Rosdi
Penolong Setiausaha : Pn. Siti Suriaty binti Sulaiman
Bendahari : Pn. Rohaya binti Hassan
Moderator : Puan Rohaida binti Hashim / Adik Alisya Aulia binti Enawar
Bacaan Doa : En. Rossanddy bin Yaacob / Adik Muhammad Syakhir Ikmal
bin M, Amrran
Publisiti Digital : En. Muhammad Izwan & En. Tolahhah bin Mohd Hanafi
Teknikal Atas Talian : En. Mohd Azwan bin Rosdi & Pn. Nur Adilah binti Md Jamil
Kawalan Peserta : Pn. Cik Sailah binti Che Ngah (Google Meet)
Pn. Salwani binti Ahmad (FB Live SKDAM)
Pn. Nur Hazirah binti Alias (FB Live SKDJ)
Kuiz : Pn. Shairulmaiza binti Othman & Pn. Faizol Asmat binti
Abdullah
Hadiah : Pn. Norsyalawati binti Munawer
Pn. Rosmazlina binti Ramli
7.0 ATURCARA PROGRAM

8.45 pagi : Murid dan guru masuk ke Google Meet


9.00 pagi : Aluan Moderator
9.05 pagi : Bacaan Yasin
9.35 pagi : Ucapan Guru Besar SK DAM & SK DJ
9.45 pagi : Ceramah Maal Hijrah
10.30 pagi : Kuiz dan penutup

8.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Pendapatan

Bil Perkara Jumlah


1. Peruntukan Panitia RM 420.00

Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah


1. Bayaran penceramah RM 300.00
2. Hadiah Utama Kuiz RM 20.00
3. Hadiah Kuiz (RM 5.00 x 20) RM 100.00
Jumlah RM 420.00

9.0 PENUTUP

Mudah-mudahan usaha murni ini mencapai objektif yang dirancang, mendapat


sokongan dari semua pihak dan diberkati Allah SWT. Semoga semuanya berjalan
lancar dan murid serta guru mendapat faedah yang diharapkan beserta ganjaran pahala
di akhirat kelak.

Disediakan oleh,
En. Mohd Azwan bin Rosdi
Setiausaha Program Munajat Dan Sambutan Maal Hijrah 1443H

You might also like