You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

MAJLIS KHATAM
AL-QURAN SESI 2023/2024
DAN
SAMBUTAN ISRA MIKRAJ 2024

PERINGKAT SK KAMPONG AUR


MUADZAM SHAH

ANJURAN :
UNIT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
SK KAMPONG AUR
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SAMBUTAN ISRA MIKRAJ
PERINGKAT SK KAMPONG AUR
1.0 PENGENALAN

Program Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu daripada modul yang
terkandung dalam program j-QAF yang diperkenalkan sebelum ini. Walaupun
demikian, pada masa ini program j-QAF telah diserap sepenuhnya ke dalam
program bersepadu Pendidikan Islam. Program Khatam al-Quran Peringkat Sekolah
ini adalah merupakan program tahunan diadakan di sekolah ini walaupun program
khatam al-Quran bukanlah asing di sekolah ini ketika hampir berakhirnya Ramadan
setiap tahun. Diharap pendidikan formal di sekolah akan menjadi kesinambungan
cinta Al-Quran dalam kalangan generasi Islam kita apabila mereka menjadi
sebahagian daripada masyarakat kelak.

2.0 RASIONAL

Memupuk kecintaan dan minat terhadap Al-Quran merupakan salah satu agenda
untuk menghidupkan syiar Islam di samping untuk memahirkan bacaan Al-Quran di
kalangan murid-murid.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memupuk keyakinan terhadap bacaan dan penguasaan Al-Quran serta


melaziminya dalam kehidupan.

3.2 Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan kepada kumpulan


murid berkenaan.

3.3 Menarik minat untuk membaca dan mengkhatamkan Al-Quran.

4.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 19.01.2024 (Jumaat)

Masa : 7.45 pagi – 12.05 tengahari

5.0 TEMPAT

Dewan SK Kampong Aur

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahap 2 yang baca al-Quran.

4
7.0 ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam Dan Moral SK Kampong Aur.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Item/Kuantiti Jumlah


8.1 Cenderahati Murid Khatam RM 70.00 RM 70.00

8.2 Cenderahati Celik Al-Quran Tahap 1 RM 5.00 x 3 RM 15.00

8.2 Bunga telur RM 3.00 x 30 RM 90.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 175.00

9.0 SUMBER

Sekolah dan PCG

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Mohd Ali Hanafiah bin Shafie (Guru Besar)

Naib Pengerusi : En. Zamri bin Md Senoh (GPK 1)

: En. Mohd Nazri bin Zulkifly (GPK Hem)

: En. Mohd Sohaimi bin Ismail PK Ko)

Penyelaras Program : En. Kamarulzaman bin Senik

Setiausaha : En Mohd Fadzil bin Tumiran

Bendahari : En. Ahmad Risaudin bin Zainuddin

Kawalan Murid Moral : Pn. Rosmariza

: En. Mohd Ridzuan bin Mohd Johar

4
Persiapan Tempat : En. Mohamed bin Abdullah

: Cik Nur Syahadah binti Senget

Siaraya : En. Muhammad Faeez bin Mahmood

Buku Program : Cik Ajwa Naajihah binti Ahmad Daud

Fotografi : En. Husni Mubarak bin Lateh

Pengacara Majlis : En. Mohd Fadzil bin Tumiran

Cenderahati&Bunga telur : Pn. Fatimah binti Ibrahim

: Pn. Lydiana binti Damak

11.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi : Bacaan Yasiin

8.15 pagi : - Murid Islam berkumpul di dewan

- Murid Moral berkumpul di kantin

8.30 pagi : Majlis Khatam dimulakan

9.30 pagi : Ceramah Sempena Sambutan Hari Kebesaran Isra Mikraj

- Penceramah : Us Ahmad Risaudin bin Zainuddin

10.15 pagi : Rehat

10.45 pagi : Majlis Penutupan Khatam al-Quran dan Penyampaian cenderahati

: Ucapan Pengacara Majlis

: Ucapan Penutup oleh : Tuan Guru Besar

: penyampaian hadiah dan cenderahati

12.05 pagi : Bersurai

12.0 PENUTUP

4
Adalah diharapkan agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi
melahirkan generasi celik Al-Quran.

Disediakan oleh:

………………....................
( Kamarulzaman bin Senik )
Penyelaras Program Khatam Al-Quran
Peringkat SK Kampong Aur

Disemak oleh:

……………....................
(En. Zamri bin Md Senoh)
Penolong Kanan Kurikulum,
SK. Kampong Aur,

Disahkan oleh:

……………...........................……....
(En. Mohd Ali Hanafiah bin Shafii)
Guru Besar,
SK. Kampong Aur

You might also like