You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KEPONG BARU

KEPONG BARU, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

KL GEMA AL-QURAN
DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN
PERDANA
SESI AKADEMIK 2023/2024

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK KEPONG BARU
DENGAN KERJASAMA
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
(JPWPKL)
1. TAJUK
KL Gema al-Quran dan Majlis Khatam al-Quran Perdana Sekolah Kebangsaan Kepong
Baru Sesi Akademik 2023/2024.

2. TARIKH / TEMPAT
Tarikh : 18 Januari 2024 ( Khamis).
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Kepong Baru

3. KUMPULAN SASARAN
- Murid tahun 6 yang beragama Islam

4. OBJEKTIF KUALITI
Objektif program ini adalah untuk:
5.1 Membudayakan amalan membaca al-Quran bagi mendidik jiwa dalam kalangan
warga sekolah khasnya dan warga Kuala Lumpur amnya seterusnya mewujudkan
persekitaran karamah insaniah melalui pembacaan al-Quran dan penghayatan
pembudayaan al-Quran.

5.2 Melahirkan murid yang mampu Khatam al-Quran dengan bacaan baik, dapat
menghayati bacaan al-Quran serta membudayakan amalan dan suruhan al-Quran
dalam kehidupan seharian.

5.3 Membantu murid tahun 6 supaya dapat mengikuti sukatan pelajaran Model Khatam
al- Quran dan dapat Khatam al-Quran pada tahun semasa iaitu di sekolah rendah
sebelum menyambung pembelajaran di sekolah menengah.

5.4 Meningkatkan peratus peningkatan Khatam al-Quran murid-murid yang tercicir dalam
Khatam al-Quran dan memberi pengikhtirafan serta penghargaan kepada murid dan
guru.

5.5 Memastikan semua pelajar sekolah menengah dapat membaca al-Quran dan Khatam
al-Quran semasa berada di alam persekolahan sama ada sekolah rendah maupun
sekolah menengah.

5. IMPLIKASI KEWANGAN

5.1 Sumber Kewangan

5.1.1 Kegiatan Pendidikan Islam.

5.2 Anggaran Perbelanjaan:

BIL PERKARA KUANTITI RM JUMLAH (RM)


A Bunga Telur 2 kotak 80.00 160.00
B Telur 2 papan 13.00 26.00
C Banner 1 100 100.00
D Saguhati murid khatam Al-Quran 20 10.00 200.00
E Makan dan minum peserta khatam 20 10.00 200.00
JUMLAH KESELURUHAN 686.00
6. JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa Induk

Penasihat : Pn. Hjh. Zarina Bt Zahari (Guru Besar)


Pengerusi : Pn. Roslah Binti Abbas ( PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En. Zulkifli bin (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Rohaniah bt Markaban (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Nurhanani Bt Mahmud
: En. Md Nor Rahim Bin Salimin

Ahli Jwatankuasa:
Pengacara Majlis : Pn. Siti Khadijah Bt Johari
Khalifah Khatam Al-Quran : En. Muhd Ariffin Bin Ahmad Rahim
Cenderamata & Bunga Telur : Pn. Nurhanani Bt Mahmud
:Pn. Siti Noraihan Bt Mohmad Rosli
: Pn. Aliza Bt Boh
: Pn. Noriza Bt Yaakop
Hiasan Pentas : Pn. Nor Adilah Bt Osman
: Pn. Mohamad Aziz Bin Md Janal
: Pn. Nurul Akma Shakirah Binti Razak
: En. Muhammad Firdaus Bin Abdullah
: Pn. Suhada Bt Muhammad
: Cik Wan Nur Syamimi Bt Wan Zainudin
PA Sistem : En. Mohd Azlan Bin Muhammad
: En. Muhammad Firdaus Bin Abdullah
Persiapandewan :En. Md Nor Rahim Bin Salimin
: En. Amirul Fahmi Bin Mohamed Mashkor
: En. Muhd Ariffin Bin Ahmad Rahim
: En. Ebrahim Bin Kadir
Dokumentasi : Pn. Fathin Athirah Bt Ahmad
Jurugambar : Cik Syafa Athikah Bt Kamarul Ariffin
: Cik Anis Shaheera Bt Ahmad Hussain
Disiplin : Pn. Siti Noraihan Bt Mohmad Rosli
: En. Muhammad Firdaus Bin Abdullah
: En. Md Nor Rahim Bin Salimin

7. STRATEGI PELAKSANAAN:
7.1 Sasaran Khatam al-Quran:
Pembahagian murid kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan terdiri daripada 10
orang murid yang dibimbing oleh seorang guru (fasilitator).

7.2 Sasaran KL Gema Al-Quran dan Majlis Khatam al-Quran:


Bacaan al-Quran serentak secara hybrid melibatkan Semua Sekolah-sekolah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

8. TENTATIF PROGRAM

7.40 pagi : Murid Berkumpul Di Dewan


: Taklimat Dan Pembahagian Kumpulan Untuk Tahun 6 Manakala
Tahun 1-5 Masuk Ke Kelas Masing-Masing
8.00 Pagi : Sesi Ldk Tahun 6
9.40 Pagi : Rehat Tahap 1
10.10 Pagi : Rehat Tahap 2
10.30 Pagi : Persiapan Peserta Khatam Al-Quran
10.40 Pagi : Perarakan Masuk Murid Khatam Al-Quran Ke Dewan
Murid Tahun 6 Bukan Beragama Islam Bergerak Ke Makmal Komputer
11.00 Pagi : Acara Serentak Bermula Bersama JPWPKL Melalui Skrin Layar ;
Lagu Negaraku
Lagu Maju Sejahtera
Nasyid Asma’Ul Husna
Majlis Khatam Al-Quran Perdana
Persembahan Tarannum (Murid Mbpk/ Masalah Penglihatan)
Ucapan Alu-Aluan:
Ybrs. Tuan Haji Roslan Bin Abu Hassan
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ucapan Perasmian:
Yb Senator Dr. Zulkifli Bin Hassan
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
12.30. Pagi : Penyampaian Hadiah / Sumbangan / Cenderamata Oleh Dato’ Wan
Ahmad ( YDP PIBG)
1.00 Pm : Bersurai

9.0 JUSTIFIKASI
Program ini adalah satu pendekatan yang sangat baik kepada murid bagi
memperkasakan karamah insaniah melalui pembentukan murid beradab, berakhlak dan
berintegriti dan peningkatan profesionalimse guru. Pihak penganjur amat mengharap
agar program yang telah dirancang ini dapat memupuk rasa kecintaan guru dan murid
terhadap budaya membaca al-Quran serta mendorong untuk mempelajarinya dengan
lebih mendalam. Di samping itu, membentuk sikap positif dalam kalangan guru dan murid
serta mendorong untuk lebih bermotivasi dalam mencapai kecemerlangan diri seterusnya
membentuk perubahan sahsiah murid ke arah yang lebih baik untuk menjadi insan yang
unggul. Semua program ini juga diharapkan dapat membantu diri murid untuk membentuk
jati diri yang tinggi dan bersedia menghadapi cabaran.
Disediakan oleh:

………………........................................
( Nurhanani Bt Mahmud)
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SK Kepong Baru

Disemak oleh:

……………...........................……...
( Pn. Hjh.Roslah Bt Abbas )
Penolong Kanan Pentadbiran Dan Kurikulum,
SK Kepong Baru

Disahkan oleh:

……………...........................……....
( Pn. Hjh. Zarina Bt Zahari)
Guru Besar,
SK Kepong Baru

You might also like