You are on page 1of 4

SK BERJAYA 45400 SEKINCHAN SELANGOR

KERTAS KERJA
TAKLIMAT PENTAKSIRAN BILIK
DARJAH (PBD) DAN PEMANSUHAN
PEPERIKSAAN MURID TAHAP 1
2019

TARIKH: 18 JANUARI 2019


HARI: JUMAAT
MASA: 8.00-10.00 PAGI
TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk
mengadakan majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga murid tahap 1 berkaitan dengan
Pentaksiran Bilik Darjah dan Pemansuhan Peperiksaan Murid Tahap 1.

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi penerangan kepada semua ibu bapa /
penjaga mengenai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan juga memaklumkan mengenai
pemansuhan peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.

OBJEKTIF

Objektif utama perjumpaan ini ialah:

1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman ibubapa/penjaga tentang


perubahan danpenambahbaikan terhadap Sistem Pentaksiran Kebangsaan.
2. Mendedahkan secara terperinci tentang tatacara melaksanakan PBS/PBD
bagi setiap subjek
3. Memberi pendedahan yang lebih jelas tentang Pentaksiran Bilik Darjah dan
cara pentaksirannya.

SASARAN

- Semua ibu bapa dan murid tahap 1 2019.

CADANGAN MASA PELAKSANAAN


Hari : Jumaat

Tarikh : 18 Januari 2019

Tempat : Dewan Bestari SK Berjaya

Masa : 8.00 – 10.00 pagi

PENCERAMAH
1. Guru Besar SK Berjaya

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.50 pg Ketibaan dan Pendaftaran Ibu Bapa
8.15 pg Ucapan pengerusi
8.20 pg Bacaan Doa
8.30 pg Taklimat oleh : Guru Besar
9.45 pg Soal jawab
10.00 pg Bersurai

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Pengerusi : Pn Norsiah bt Khalil (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : En. Kamal Bahrin b Jemahadi (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Siti Noor Haslinda bt Mohd Sani (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : Tn Hj Mubarak b Samuri (Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Sharifah Aini binti Mokhtar ( Penyelaras PBS/PBD)
Pengacara : Pn Masnon bt Abdul Kadir
AJK Brosur : Cik Siti Hajar bt Rahman
Pendaftaran : Pn Radzmah bt Abdul Rahman
Pn Sharifah Aini bt Mokhtar
Dokumentasi : Pn Badariah bt Badli
Persiapan Tempat : Pn Azimah bt Mohd Ramli
En Saipulddin b Dollah
En Mohd Sabri b Harun
AJK Siaraya : En. Mohd Afiq Azfar b Zainuddin
En Kairo Amri b Mohamad
Penyambut tetamu : Guru Besar
Guru-Guru Penolong Kanan
Juru Foto : En Mohd Aiman b Mohd Yazam
: Pn Siti Fadilah bt Bahari
Baca Doa : Ustaz Abdul Halim b Sharif
PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar taklimat ini akan dapat dijalankan dengan
jayanya dan seterusnya mencapai matlamat serta objektif yang dirancang. Ini secara
tidak langsung dapat memberi pengetahuan kepada ibubapa tentang situasi
pendidikan masakini sekaligus mengeratkan hubungan ibubapa/penjaga dengan pihak
sekolah.

Disediakan Oleh, , Disahkan Oleh,

........................... ..........................
(SHARIFAH AINI BT MOKHTAR) (NORSIAH BT KHALIL)
Penyelaras PBS/PBD, Guru Besar,
SK Berjaya SK Berjaya

You might also like