You are on page 1of 4

LAPORAN MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH ZON BANDAR ,KULAIJAYA 2015

1.NAMA PROGRAM : Majlis Graduasi Prasekolah Zon Bandar tahun 2015


2.TARIKH PELAKSANAAN:
Majlis Sebenar : 4hb. November, 2015
3.MASA : 9.00 pagi 1.00 tengahari
4.TEMPAT : IOI MALL Kulai,Aras 1.
5.NAMA PERASMI :Encik Anuar Bin Jaafar (PPPD Menengah (murid)
6.SENARAI NAMA KEHORMAT YANG LAIN YANG HADIR :
-En Sukor Bin Marzuki (Penyelia Prasekolah & Permata PPPD Kulai)
-Guru Besar jemputan seramai 13 orang
7.KEHADIRAN SELURUH TETAMU DAN PESERTA : 572 orang tidak termasuk ibu
bapa
8.KEHADIRAN RASMI MURID PRASEKOLAH : 556 orang
9.PELAKSANAAN :
9.00 pagi Pendaftaran semua murid prasekolah.
9.30 pagi Ketibaan Perasmi dan jemputan
10.00 pagi Bacaan doa
10.05 pagi -Ucapan alu aluan oleh Encik Sukor Bin Marzuki Penyelia Prasekolah dan
Permata. Di dalam ucapan tersebut, beliau banyak menyentuh tentang peranan guru
prasekolah yang telah berusaha untuk mendidik murid prasekolah dalam mencapai
matlamat sebenar. Usaha murni guru prasekolah akan sentiasa di nilai sebagai suatu
pengorbanan yang sangat mulia disisi oleh semua pihak khasnya para ibu bapa ,
pentadbir sekolah malah masyarakat seluruhnya.
10.15 pagi Ucapan Perasmian oleh En Anuar Bin Jaafar Pen PPD Rendah Kulaijaya
10.20 Pagi - Penyampaian sijil kepada 11 kelas prasekolah dengan jumlah murid
seramai 248 orang seperti berikut :
1. SK. Bandar Putra (48 orang murid)
2. SK. Indahpura 2 (50 orang murid)
3. SK Indahpura 1 (25 orang murid)
4. SK. Putra Utama (50 orang murid)
5. SK. Taman Muhibah (50 orang murid)
6. SK Kulai (50 orang murid)

11.30 Pagi - Majlis berhenti rehat dengan acara tarian oleh SK. Bandar Putra.Selesai
majlis tarian sessi cabutan bertuah untuk sesi 1 diadakan dengan jumlah hadiah adalah
sebanyak 11 hadiah disertakan.
11.40 Pagi Penyampaian sijil bahagian kedua diteruskan 13 buah kelas prasekolah
yang melibatkan jumlah murid seramai 308 orang terdiri daripada :
1. SK. Taman Kota Kulai (75 orang murid)
2. SK. Taman Kota Kulai 2 (50 orang murid)
3. SJK ( C ) Saleng (11 orang murid)
4. SJK ( C ) Kulai 1 (25 orang murid)
5. SJK ( C ) Kulai 2 (24 orang murid)
6. SK. Senai (50 orang murid)
7. SK. Senai Utama (74 orang murid)
Selesai acara penyampaian sijil para jemputan disediakan dengan cabutan bertuah
untuk sesi yang kedua melibatkan jumlah hadiah sebanyak 13 buah.
12.45 tgh Penyampaian Cenderamata kepada Encik Sukor Marzuki dan wakil perasmi
Encik Anuar Bin Jaafar.
1.00 - Majlis diakhiri dengan Lagu Negaraku.
9. IMPAK
Majlis Graduasi Peringkat Zon Bandar pada tahun ini telah memberi impak yang
berkesan kepada semua pihak iaitu :
i)Majlis ini telah dapat menyedarkan betapa pentingnya peranan guru dan pembantu
pengurusan murid yang bukan sahaja melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas prasekolah tetapi juga dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga dan
mendidik anak didik semasa aktiviti yang dijalankan semasa majlis konvokesyen ini.
ii.Majlis ini telah dapat menimbulkan rasa gembira dan bangga dalam kalangan semua
pihak khasnya para jawatankuasa tentang betapa segala keringat yang dicurahkan
kepada persediaan dan persiapan majlis ini telah dapat dinikmati apabila majlis dapat
berjalan dengan baik.
iii.Majlis ini telah membuka mata semua pihak khasnya kepada pihak yang optimis dan
sinis dengan pendidikan prasekolah yang dianggap remeh dan tidak memerlukan
sebarang bentuk penhargaan dan sebagainya.
iv.Majlis ini telah dapat memberikan pengalaman yang indah dan bermakna kepada
seluruh murid sebagai murid prasekolah yang berjaya. Semoga pengalaman ini akan
menjadi kenangan manis mereka sepanjang hayat dan pembuka semangat kepada
kecemerlangan pada masa hadapan.

Pelaporan Disediakan Oleh : SK Taman Kota Kulai 2 selaku AJK Buku


Program,Jurugambar & Laporan
LAPORAN

MAJLIS GRADUASI

PRASEKOLAH

ZON BANDAR

KULAIJAYA

2015

You might also like