You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG


PRASEKOLAH SK GUMBANG
2020

1.0 PENGENALAN
Pendidikan Prasekolah merupakan satu agenda pendidikan yang utama selain daripada
agenda besar pendidikan yang lain. Perlaksanaannya menjurus kepada pembangunan
insan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran separa formal. Lantaran itu,
Kerajaan Negeri melalui Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita,
Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak telah menyalurkan Geran tahunan Khas
(GTK) Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) sebanyak Lima Ribu Ringgit
(RM5, 000).
Tujuan geran ini adalah untuk menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang
berkualiti dengan berfokus kepada beberapa program. Dengan itu, pihak prasekolah
telah memilih empat program seperti berikut:
i. Pemakanan yang sihat dan seimbang
ii. Penglibatan ibu bapa
iii. Pembelajaran berteraskan Fun Learning dan pendigitalan
iv. Kompetensi Guru dan Pengasuh
Oleh itu, dalam kertas kerja ini akan menjelaskan aktiviti yang akan dijalankan
bersama murid prasekolah iaitu pemakanan yang sihat dan seimbang.

.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Membolehkan murid-murid mengenali pelbagai jenis makanan yang sihat dan
seimbang agar dapat dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.
2.2 Memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang penyediaan makanan
sihat dan seimbang.
2.3 Membolehkan murid mengenali pelbagai jenis makanan yang sihat dan
seimbang agar dapat dijadikan amalan harian.

3.0 BUTIRAN PELAKSANAAN


3.1 Dilaksanakan sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
3.2 Tempoh pelaksanaan: Mac-Oktober 2020
3.3 Tempat di kelas Prasekolah SK Gumbang, Bau.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Penyertaan program ini adalah terdiri daripada guru prasekolah, pembantu pengurusan
murid dan murid-murid prasekolah.

5.0 JAWATANKUASA UNIT PRASEKOLAH


Pengerusi : Encik Fedrick Finlayson Nipo (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Encik Paul Dency (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Encik Francis Biran (PK HEM)
Naib Pengerusi II : Encik Deru Gubes (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Puan Khairunnisa Binti Asri
Setiausaha : Puan Sinsila Pojin
Ahli : Semua ibu bapa murid Prasekolah SK Gumbang

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan Anggaran Perbelanjaan


Bahan Basah RM100.00
Periuk Pengukus RM300.00
Jumlah RM400.00
7.0 PENUTUP
Kesimpulannya, makanan yang sihat dan seimbang memainkan peranan dalam
pertumbuhan mental dan emosi kanak-kanak terutamanya dalam program pendidikan
prasekolah. Oleh itu, amatlah diharapkan agar program yang dirancang dapat
dilaksanakan mengikut tempoh dan masa yang ditetapkan. Melalui program ini, semua
pihak boleh mendapat manfaat.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(KHAIRUNNISA BINTI ASRI ) (FEDRICK FINLAYSON NIPO)

Guru Prasekolah Guru Besar


SK Gumbang, Bau SK Gumbang, Bau

You might also like