You are on page 1of 4

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA IBU BAPA/PENJAGA

1. TARIKH PELAKSANAAN : 11 OGOS 2018

2. LOKASI PROGRAM : PRASEKOLAH SK KUALA SIGU

3. KUMPULAN SASARAN : IBU BAPA/PENJAGA DAN MURID PRASEKOLAH

SK KUALA SIGU

4. OBJEKTIF PROGRAM :

4.1 Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat


dikalangan ibu bapa/ penjaga, guru dan murid.

4.2 Membentuk amalan positif di kalangan murid, ibu bapa dan guru.

4.3 Mendedahkan kepada murid aspek kebersihan dan cara membersihkan


kawasan persekitaran.

4.4 Memberi pengalaman yang baru kepada murid kerana tidak semua ibu
bapa mengajak anak-anak mencuci persekitaran rumah.

LAPORAN :

Pada 11 Ogos 2018, pihak prasekolah bersama Ahli Jawatankuasa Permuafakatan


Ibu Bapa dan Penjaga telah mengadakan gotong royong di kelas prasekolah dan
sekitarnya.

Program inibertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada semua murid-


murid, guru dan ibu bapa bergaul dengan lebih mesra serta menambah pengetahuan
murid mengenai cara menjaga kebersihan sekeliling mereka. Di samping itu aspek
keselamat turut di titik beratkan.

Murid bersama ibu bapa di beri tugas dan peluang untuk sama-sama
membersihkan kawasan ersekitaran prasekolah. Ada yang mencabut rumput,
mencuci tandas, memotong rumput, bertukang membetulkan saluran paip, mengutip
botol-botol, mengemop lantai, mencuci tingkap dan membuat mural di dinding luar
kelas prasekolah. Program ini telah
berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancangkan. Kerjasama
daripada pihak ibu bapa , penjaga amatlah memberangsangkan.
Evidens :
Disediakan Oleh ,

………………………………….
(NURSHAHIRA BINTI ROSLI)
LAPORAN GOTONG ROYONG
BERSAMA IBU
BAPA/PENJAGA

2018

You might also like