You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG MENTAKAB

28400 MENTAKAB
PAHANG DARUL MAKMUR

No. Tel : 019-9555634 (GB)


Email : sjkt_ladang_mentakab@yahoo.com.my
____________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN 3K

( KEBERSIHAN , KESIHATAN & KESELAMATAN )

BIL 1 / 2020

Tarikh : 20 Januari 2020

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Bilik Gerakan

Pengerusi : Pn.M.Yasini Devi

Kehadiran : 13 / 13 Orang

Hadir : 1. Pn.T.Uama Thevi


2. Cik.A.Raja Lecthumi
3. Pn.K.Shamalah
4. En.A.Kathiravan
5. Pn.M.Yasini Devi
6. Cik.M.Rhubambikhei
7. Pn.S.Sitra Kumari
8. Pn.G.Yogeswary
9. Cik.S.Dashaiyani
10. Pn.Katijah Abdullah Kunji
11. Pn.M.Vasuki
12. Pn.C.Shiamila
13. Cik.M.Indra Devi
1.0 KATA ALUAN : Penyelaras 3K

1.1 Mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan berterima kasih di atas kerjasama yang
diberikan dalam pengurusan 3K.
1.2 Berharap semua yang hadir dapat memberi tumpuan dan kerjasama sepenuhnya
sepanjang mesyuarat.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang : Pn.G.Yogeswary

Disokong : Pn.M.Vasuki

3.0 VISI & MISI PENGURUSAN 3K

3.1 Visi & Misi Pengurusan 3K telah dibentang oleh Pn.M.Yasini Devi selaku Penyelaras 3K.

3.1.1 Visi - SJK ( T ) Ladang Mentakab mencapai cemerlang dengan mengutamakan


Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan menjelang tahun 2025.
3.1.2 Misi - Menjadikan SJK ( T ) Ladang Mentakab sebagai sebuah sekolah yang lengkap ,
bersih , sihat dan selamat melalui pengurusan yang berkualiti.

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Rancangan Tahunan - Pengerusi menyatakan bahawa perancangan strategik Unit 3K Tahun
2020 telah siap.
- Pengerusi juga menerangkan tentang kepentingan Unit 3K di
sekolah.
4.2 Agihan Tugas AJK - Bagi melicinkan pelaksanaan program , agihan tugas perlu dilakukan
mengikut Unit 3K.
- Unit-unit ini kemudiannya perlu memperincikan tugas kepada
jawatankuasa kecil yang lain.
- Penyelaras perlu mengagihkan tugas dengan adil dan menyerahkan
menjalankanya dengan sempurna.
4.3 Perincian Tugas :

A) Am
i. Mengedarkan carta organisasi JK 3K
ii. Menyediakan fail khas 3K
iii. Mengemaskini fail 3K
iv. Mewujudkan fail kebenaran ibu bapa untuk aktiviti dalam dan luar sekolah

B) Unit Kebersihan dan Keceriaan


i. Pertandingan kebersihan antara kelas ( Unit Kebersihan )
ii. Pemantauan kebersihan tandas ( Unit Kebersihan )
iii. Gotong-royong perdana ( Unit Kebersihan )
iv. Pertandingan keceriaan kelas ( Unit Keceriaan )
v. Program membaik pulih mural ( Unit Keceriaan )

C) Unit Keselamatan
i. Cara pelajar pergi dan balik sekolah dengan selamat
ii. Program peningkatan keselamatan bangunan dan kawasan
iii. Program pencegahan kebakaran

D) Unit Kesihatan
i. Program Anti Dadah
ii. Program bebas denggi
iii. Melengkap dan mengemaskini buku rekod kesihatan
iv. Program ujian saringan mata & Program pemeriksaan gigi
v. Program ceramah kesihatan
vi. Pemeriksaan peti kecemasan

4.4 Tatacara / Pemantauan


Setiap program yang dijalankan perlu mempunyai tatacara atau pemantauan. Pengerusi telah
menyatakan tatacara dan cara pemantauan yang boleh dilakukan terhadap aktiviti yang telah dirancang.

4.4.1 Pertandingan Kelas Terbersih


Unit Kebersihan perlu maklumkan kepada pelajar tentang pertandingan ini dalam perhimpunan
supaya pelajar jelas tentang syarat-syarat pertandingan. Pertandingan ini akan bermula pada
bulan Februari.
Tindakan : Unit Kebersihan
4.4.2 Pemantauan Kebersihan Tandas
Pemantauan ini boleh dilakukan sebanyak tiga kali seminggu. Tandas juga harus diletakkan
tatacara penggunaan dengan kata-kata yang sesuai.
Tindakan : Unit Kebersihan
4.4.3 Gotong-Royong Perdana
Guru perlu merancang untuk mengadakan gotong-royong perdana di sekolah sebanyak dua
kali setahun. Gotong-royong ini perlu melibatkan semua warga sekolah, pihak ibubapa, PIBG
serta bekas pelajar sekolah.
Tindakan : Unit Kebersihan

4.4.4 Cara Pelajar Pergi dan Balik Sekolah dengan Selamat


Guru perlu mengedarkan tatacara pelajar pergi dan balik sekolah. Guru juga perlu memikirkan
taklimat berkenaan cara yang selamat untuk pelajar.
Tindakan : Unit Keselamatan

4.4.5 Program Peningkatan Keselamatan Bangunan


Kawasan dan bangunan yang berbahaya dan tidak selamat perlu dikenal pasti. Guru perlu
membuat pemantauan dan memastikan agar semua kawasan sekolah selamat bagi pelajar.
Tindakan : Unit Keselamatan

4.4.6 Program Pencegahan Kebakaran


Unit Keselamatan perlu mempunyai tatacara keluar masuk premis dalam pelan laluan
kecemasan. Unit ini juga perlu mengenal pasti jenis alat pemadam api dan tempat letak alat
pemadam api yang sesuai. Bilik khas, makmal dan bengkel perlu mempunyai alat pemadam
api. Latihan kebakaran perlu dijalankan.
Tindakan : Unit Keselamatan

4.4.7 Program Anti Dadah


Penyelaras harus menganjurkan aktiviti yang berkaitan seperti Minggu Anti Dadah bagi
memberikan kesedaran kepada para pelajar.
Tindakan : Unit Kesihatan

4.4.8 Program Bebas Denggi


Penyelaras perlu menyediakan folder yang mengadungi dokumen dan gambar. Guru Bebas
Denggi perlu aktif bergerak.
Tindakan : Unit Kesihatan
4.4.9 Ujian Saringan Mata
Guru Unit 3K perlu membantu guru kelas untuk membuat ujian saringan mata kepada semua
pelajar. Guru kelas harus memberikan keputusan ujian saringan mata pelajar kepada ibu bapa
agar mereka boleh membawa anak berjumpa dengan doktor.
Tindakan : Unit Kesihatan

4.4.10 Ceramah Kesihatan


Unit Kesihatan akan mengadakan ceramah berkaitan pergigian kepada pelajar. Unit ini boleh
cuba menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah untuk mendapatkan penceramah. Tempahan
perlu dibuat lebih awal,
Tindakan : Unit Kesihatan

4.4.11 Pemeriksaan Peti Kecemasan


Penyelaras kesihatan dikehendaki mengumpul data tentang peti kecemasan di sekolah ini.
Tarikh luput ubat perlu diberi perhatian.
Tindakan : Unit Kesihatan

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru perlu menyediakan dokumen yang diperlukan mengikut masa yang telah
ditetapkan tanpa menunggu di saat akhir.
5.2 Sentiasa memantau dan memastikan kawasan sekolah bebas daripada pembiakkan
nyamuk aedes.
5.3 Memantau dan memastikan semua tandas,kelas,bangunan sekolah telah diselenggara
oleh pekerja setiap hari.
5.4 Guru harus memastikan semua rekod kesihatan dan pergigian disimpan dengan baik.
5.5 Penjagaan kebersihan kelas akan diberi penghargaan melalui Piala Kelas Terunggul.

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN


6.1 Penyelaras 3K mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua guru.
6.2 Mesyuarat Pengurusan 3K Bil 1/2020 ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari. Tarikh dan
masa mesyuarat seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

Disediakan oleh,

______________________________
( YASINI DEVI A/P MOGAN )
PENYELARAS 3K

You might also like