You are on page 1of 5

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PAPAN KOTA TINGGI

MINIT MESYUARAT AWAL TAHUN 2015

Tarikh : 28 DISEMBER 2014

Masa : 8.00 PAGI

Tempat : BILIK MESYUARAT SERI ANGGERIK

Pengerusi : EN MOHD JOHARI BIN MUDA

Kehadiran(Bilangan) :

1. En. Mohd Johari bin Muda


2. En. Mohd Sobirin bin Mohd Azehar
3. En. Addy Amey bin Zainl Abdin
4. Pn. Norlaila binti Ahmad
5. En. Asri bin Buang
6. En. Mohammad Haidil bin Misiran
7. En Abdul Rahman bin H.A. Bakar
8. En. Nornikman B. Hj Ramli
9. Cik Maslina binti Ayob
10. Pn. Azizah binti Sadri
11. Pn. Siti Zubaidah binti Mislihan
12. Pn. Rozanah bt Hussin
13. Pn. Fauziah bt Mustapa
14. En. Mohd Hanif b Hassan

Tidak hadir:

1) En. Samsul b. A Wahab


2) Pn. Nurazimah binti Bardothan
3) Pn. Norhayati binti Idris

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulai dengan bacaan al-Fatihah oleh pengerusi.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
1.3 Pengerusi dan semua ahli mesyuarat menghadiahkan al-Fatihah kepada mangsa-
mangsa banjir.
1.4 Pengerusi mengucapkan takziah kepada mangsa banjir dan mengingatkan kepada
semua ahli mesyuarat agar mengambil iktibar supaya bersiap sedia untuk
menghadapi banjir dan sentiasa mendoakan mangsa-mangsa banjir.
1.5 Pengerusi memaklumkan bahawa semua bilik telahpun dikunci. Kunci akan
diserahkan kepada pegawai keselamatan.
1.6 Pihak sekolah telah mendapat peruntukan kewangan daripada UMNO Bahagian
Pengerang. Hasil daripada peruntukan kewangan tersebut, pihak sekolah telah
membeli karpet baru dan komputer 1 set serta membuat wiring pemasangan
internet.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

1.7 Payung sudah diganti dengan yang baru.


1.8 Kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah tanpa urusan
rasmi.
1.9 Bilik Kesihatan telah dikemaskan.
Tindakan: Makluman
1.10 Bilik Akses telah dikemaskan. Perlu dihiaskan.
Tindakan: En Sobirin
1.11 Tandas tingkat 2 di sebelah bilik wudhuk akan dijadikan sebagai tandas pelawat.
Tandas tersebut telah dipasang shower.
1.12 Antara perkara yang diberi perhatian oleh pelawat adalah tandas. Jadi jagalah
kebersihan tandas.
Tindakan: Makluman
1.13 Belikan cadar untuk tilam di Bilik Kesihatan.
Tindakan: En Asri
1.14 Tagline Pengarah JPNJ untuk tahun 2015 ini adalah Johor Showcase.
Tindakan: Makluman
2. PENGESAHAN MINIT YANG LALU
Dibentang oleh En. Mohd Sobirin bin Mohd Azehar.
Dicadang untuk disahkan oleh En. Asri bin Buang.
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Siti Zubaidah bt Mislihan.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.

4. FOKUS MESYUARAT

4.1 BUKU PENGURUSAN SEKOLAH

4.1.1
Terdapat jawatankuasa yang perlu dibuang kerana terlampau banyak.
Tindakan: Makluman
4.2 WAR ROOM

4.2.1War Room adalah merupakan sebuah bilik kerja di mana semua barang yang
berkaitan dengan 21st century classroom akan diletakkan di sini.
Tindakan: Semua guru
4.3 21st century classroom

4.3.1 Kelas-kelas lain selain daripada kelas tahun 4 juga perlu mempunyai ciri-ciri
21st century classroom. Contohnya susunan meja.
Tindakan: Semua guru
kelas
4.4 PPPM

4.4.1
Gelombang pertama PPPM berakhir setelah berakhirnya tahun 2015.
Tindakan: Makluman
4.5 PERALATAN KELAS

4.5.1 Peralatan kelas seperti penyapu, pengaut sampah dan buku kedatangan boleh
diambil di pejabat.
Tindakan: Guru Kelas

4.6 FAIL PPB, SURAT AKUAN KUASA & AJK SKSP 2015

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.6.1 Guru Besar mengedarkan fail PPB Individu, surat akuan kuasa dan AJK
SKSP untuk tahun 2015 kepada semua guru.

Tindakan: Makluman
4.7 PROGRAM SEKOLAH

4.7.1 Undang-undang semasa membuat apa-apa program di luar sekolah adalah


sangat ketat. Ini termasuklah lawatan sekolah ke mana-mana tempat yang
menarik seperti di Kuala Lumpur dan sebagainya. Perlu patuhi peraturan
dan undang-undang.

Tindakan: Semua guru

4.8 MAKMAL KOMPUTER

4.8.1 Jika sesiapa datang ke sekolah untuk membaiki komputer - terutama dari
syarikat tender tanpa pengetahuan PKG - pihak sekolah perlu
memaklumkan terlebih dahulu kepada PKG Pengerang.
Tindakan: En Sobirin

4.9 PERUTUSAN GPK 1 (EN HAIDIL)

4.9.1 En. Haidil membentangkan beberapa perkara seperti berikut:


1. Jadual tugas mingguan semua guru
2. Senarai Tugas Kurikulum tahun 2015
3. Carta Organisasi Hal Ehwal Murid 2015
4. Carta Organisasi Kokurikulum 2015
4.9.2 SK Sungai Papan menjadi hotspot PPD kerana tergolong dalam kalangan
sekolah-sekolah yang mempunyai GPS yang besar. Pemantauan SIC & SIP
Partner akan datang ke sekolah.
Tindakan: Makluman
4.9.3 Aku Janji UPSR dijangka akan dibuat pada awal Februari
Tindakan: Penyelaras
Tahun 6
4.9.4 Mesyuarat PIBG dijangka akan dibuat pada 28 Januari 2015.
Tindakan: Pn. Norlaila
4.9.5 En. Haidil mengedarkan jadual waktu mengajar dan kelas kepada semua
guru.
Tindakan: Makluman

4.10 PERUTUSAN GPK HEM (PN. SITI)

4.10.1 Pn. Siti membentangkan Carta Organisasi Hal Ehwal Murid untuk tahun
2015.
4.10.2 RMT berjalan sepertimana biasa. Bilangan murid RMT akan dimaklumkan
kemudian.
4.10.3 Lagu Patriotik iaitu Lagu Gemuruh oleh Faizal Tahir akan dinyanyikan
selepas lagu Negaraku.
Tindakan: Makluman
4.10.4 Sesi Tasmi boleh dibuat pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Perlu buat
surat untuk mengadakannya.
4.10.5 Untuk mendaftar APDM bagi murid tahun 1, perlu gunakan IC Pn.
Norhayati.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.10.6 Orientasi bagi tahun 1 akan diadakan pada hari Khamis 1 Januari 2015.
Antara aturcara bagi majlis tersebut ialah taklimat ringkas daripada tuan
Guru Besar.
Tindakan: En Sobirin
4.10.7 Pn. Siti membentangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan SPBT.
4.10.8 Pn. Siti membentangkan laporan mingguan kajian aedes di sekolah.
Tindakan: Makluman

4.11 PERUTUSAN GPK KOKO (EN. ADDY)

4.11.1 En. Addy membentangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan


pengurusan Kokurikulum SKSP bagi tahun 2015.
4.11.2 En. Addy membacakan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan aktiviti
Kokurikulum secara ringkas.
4.11.3 En. Addy membentangkan Carta Organisasi KOKO bagi tahun 2015.
4.11.4 En. Addy membacakan senarai tugas KOKO untuk tahun 2015.
4.11.5 En. Addy membentangkan laporan perjumpaan KOKO bagi tahun lepas.
Untuk tahun 2015 perjumpaan akan dibuat mengikut kelas.
4.11.6 En. Addy membacakan program KOKO sepanjang tahun 2015.
Tindakan: Makluman

5. HAL-HAL LAIN

5.1 UNIFORM

5.1.1 Guru Besar mencadangkan agar pihak sekolah memberitahu ibu bapa tentang
kedai-kedai yang berdekatan untuk membeli pakaian beruniform, pakaian untuk
ketua kelas dan sebagainya. Guru-guru juga tidak perlu memaksa murid untuk
memakai pakaian tersebut. Ini kerana pihak sekolah akan memberikan tempoh
tertentu sehingga semua murid memakai pakaian tersebut.
Tindakan: Pn. Siti
5.2 RPH

5.2.1Pastikan RPH lengkap terutama pada hari pertama persekolahan.


Tindakan: Semua guru
5.3 KELAS & BILIK KHAS

5.3.1 Kemaskan semua kelas dan bilik khas iaitu di bahagian dalam. Ini kerana
pekerja swasta tidak akan mengemas bahagian dalam kelas atau bilik khas
melainkan jika diminta untuk berbuat demikian.
Tindakan: Guru Kelas
& Bilik Khas

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

PENUTUP

a. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... ................................
( ) ( )
Setiausaha Pengerusi / Ahli Mesyuarat
Tarikh : Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like