You are on page 1of 21

ASSIGNMENT

JANUARY 2019 SEMESTER

SUBJECT CODE : EEA 622

SUBJECT TITLE : EDUCATIONAL ASSESSMENT

LEVEL : MASTER OF EDUCATION

STUDENT’S NAME : YASINI DEVI A/P MOGAN

MATRIC NO. : E 60109170069

PROGRAMME : MASTER OF EDUCATION

ACADEMIC FACILITATOR : MR.SUPRAMANIAM A/L T.ARJUNAN

LEARNING CENTRE : VKOM TEMERLOH


Bahagian A :

“ Assessing ‘ hard to assess ’ Skills ”


oleh Ayesha Ahmed

Artikel yang diberikan merupakan suatu nukilan yang dihasilkan oleh Ayesha Ahmed.
Menurut penulis , bekerja dalam kumpulan atau berkolaboratif merupakan suatu kemahiran
yang penting bagi menuju ke arah abad ke-21. Sistem pendidikan masa kini perlu bertindak
balas kepada perubahan yang berlaku. Salah satu cara untuk melakukan perubahan ini adalah
dengan mengajar kanak-kanak kemahiran untuk perbincangan dalam kumpulan. Apabila
kanak-kanak diajar dengan kemahiran yang berkesan , maka mereka boleh bekerjasama
antara satu sama lain dalam kumpulan serta berkebolehan dalam sesuatu penyelesaian
masalah.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Organisasi London Chamber of Commerce


( Wright et al, 2010 ) , penulis telah menyatakan bahawa pihak atasan dan para peniaga amat
mengharapkan agar kanak - kanak meninggalkan alam persekolahan dengan kemahiran yang
berkesan ini. Namun , mereka belum memberikan keutamaan atau penekanan kepada kanak –
kanak di dalam kelas atau dalam penilaian.

Penulis telah mencadangkan beberapa teknik untuk meningkatkan keberkesanan


pengajaran dan pembelajaran terhadap perbincangan kumpulan dan kemahiran
menyelesaikan masalah. Pada asasnya , kita perlu mengambil kira bagaimana cara untuk
memantau dan menilai kemahiran ini. Penilaian yang baik mempunyai kesan yang positif
kepada pengajaran dan pembelajaran.

Penulis juga menekankan bahawa kemahiran kolaboratif merupakan aktiviti


kumpulan yang memerlukan kerjasama sesama para pelajar. Apabila para pelajar
mengadakan sesi perbincangan secara berkesan , maka mereka dapat menyelesaikan
masalah secara positif. Beliau menyatakan terdapat pelbagai konstruk yang perlu
dipertimbangkan untuk meningkatkan kemahiran kolaboratif di kalangan pelajar. Konstruk
yang ditakrifkan berkaitan dengan perbincangan kumpulan serta penyelesaian masalah.
Ia menggambarkan salah satu daripada isu dengan menilai kanak-kanak bekerja
dalam kumpulan. Selalunya kanak-kanak dinilai melalui proses kerja kumpulan
( perbincangan ) , produk ( penyelesaian masalah ) atau kedua-duanya ? Penulis
merangsangkan agar kita perlu berusaha untuk menilai kedua-duanya. Beliau menyatakan
satu lagi persoalan penting yang perlu dipertimbangkan apabila pemetaan kemahiran untuk
membentuk konstruk ini. Ia adalah dengan bertanya apakah perkembangan yang mungkin
kelihatan untuk kemahiran ini. Bagaimana kita boleh membuat keputusan jika seseorang
pelajar telah menunjukkan perkembangan ? Kadang - kala pelajar akan menunjukkan
peningkatan yang lebih dalam kemahiran tertentu. Namun , mungkin ada pelajar akan
menunjukkan perubahan dari segi kualitatif iaitu dengan cara yang berbeza seperti dalam
perbincangan atau persembahan.

Penulis telah menyimpulkan bahawa penyelesaian masalah secara kolaboratif


merupakan keupayaan seseorang individu untuk melibatkan diri secara berkesan dalam
proses penyelesaian masalah dengan berkongsi pendapat dan pemahaman. Kriteria yang
diperlukan untuk penyelesaian masalah adalah pengetahuan , kemahiran dan usaha untuk
mencapai penyelesaian secara berkesan. Penulis juga telah membincangkan peraturan asas
untuk bercakap dan menunjukkan bagaimana perbincangan kumpulan yang mengikuti
peraturan-peraturan ini boleh memberi manfaat kepada pembelajaran. Penulis menyarankan
agar semua orang dalam sesuatu kumpulan digalakkan untuk menyumbang dan semua ahli
kumpulan bersedia untuk menerima cabaran. Peraturan-peraturan yang asas ini memberikan
kita cara yang berguna untuk menilai perbincangan kumpulan. Penulis juga telah menyatakan
bahawa seseorang pelajar perlu menguasai kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan
agar dapat membuat perbincangan dalam kumpulan.

Menurut penulis , apabila menilai kanak – kanak dalam kumpulan beberapa faktor
perlu dipertimbangkan. Antaranya ialah perlu menilai proses atau hasil kerja kumpulan ,
menilai prestasi pelajar secara individu atau kumpulan , menilai sumbangan murid terhadap
kumpulan , menilai sumbangan sendiri untuk kumpulan , cara belajar semasa penilaian ,
kesan daripada konteks tugas , komposisi kumpulan dan peranan khusus seseorang dalam
tugasan kumpulan. Ia adalah soalan yang perlu dipertimbangkan semasa penilaian kerja
kumpulan. Ia adalah penting kerana isu-isu sukar yang dinamik tidak diabaikan , tetapi
digabungkan dalam beberapa cara penilaian.
Penulis mencadangkan memberikan markah berdasarkan kepada kualiti hasil peranan
tertentu ( contohnya fasilitator, pemimpin ). Markah pelajar boleh diberi skor individu dan
skor kumpulan. Penulis juga membincangkan beberapa syarat yang diperlukan untuk ini. Jika
kerja kumpulan dilihat sebagai aktiviti kelas normal , kriteria menilai ini akan menjadi lebih
mudah kerana pelajar akan dinilai untuk perkongsiaan idea semasa kerja kumpulan. Penulis
menyatakan bahawa persoalan bagaimana untuk menilai kanak-kanak bekerja secara
kolaboratif dalam kumpulan bukan sesuatu yang mudah untuk dijawab.

Penulis telah memberitahu bahawa terdapat beberapa kritikan yang memberitahu


kerja kumpulan di dalam kelas tidak berkesan. Namun , penulis telah menyatakan yang
kerja berkumpulan boleh menjadi tidak produktif apabila kanak - kanak tidak diajar cara
bagaimana untuk melakukannya dengan baik. Jika peraturan asas sesuai digunakan maka ia
boleh menjadi sangat bermanfaat untuk belajar. Penulis telah menghujahkan jika menilai
kemahiran ini dengan cara yang mudah , maka akhirnya ia hanya akan menentukan sesuatu
yang tidak sah sahaja. Ini boleh memberi kesan yang amat buruk kepada kekayaan dan
keluasan pembelajaran di dalam kelas. Jika ada sesuatu yang sukar untuk menilai , maka
kita tidak harus hanya mengelakkan menilai , tetapi sebaliknya kita perlu mencari cara yang
lebih baik untuk menilai konstruk tersebut.

Berdasarkan artikel yang diberikan , saya berpendapat bahawa kemahiran


berkolaboratif dan kemahiran penyelesaian masalah adalah amat penting bagi seseorang
kanak – kanak yang meninggalkan bangku persekolahan. Semasa menerajui kehidupan pada
masa akan datang , kanak – kanak masa kini perlu menguasai kemahiran berkomunikasi serta
teknik penyelesaian masalah secara berkesan. Salah satu cara untuk memastikan bahawa
kemahiran ini diajar dengan baik adalah dengan mereka bentuk kaedah - kaedah kualiti baik
untuk menilai mereka. Maka , semua pihak termasuk para pengajar , pihak sekolah, lembaga
peperiksaan , kementerian pelajaran harus bekerjasama untuk membangunkan dan menilai
para pelajar dengan penilaian yang sah. Kerajaan dan lembaga peperiksaan perlu mengambil
kira cara yang berkesan untuk menilai kemahiran berkomunikasi , berkolaboratif serta
penyelesaian masalah pada masa hadapan.
Bahagian B :

“ Authentic Assessment ”

Berdasarkan video klip yang dihasilkan oleh Frank Arella , saya telah mendapat
pelbagai maklumat mengenai penilaian autentik. Penulisan esei dan penilaian kelas yang
dijalankan pada masa kini tidak memberikan suatu kesan yang positif kerana ia tidak
berkaitan dengan kehidupan harian. Penilaian autentik merupakan suatu instrumen yang baik
bagi menentukan pencapaian kehidupan seseorang pelajar.

Sebagai contohnya , kita boleh kaitkan penilaian autentik dengan ujian memandu. Jika
seseorang pemandu yang hanya lulus ujian bertulis tidak cukup untuk menentukan
pemanduannya akan baik. Walaupun pemandu yang baru belajar tersebut sudah lulus ujian
bertulis , namun dia masih perlu menjalani ujian pemanduan di jalan raya untuk mendapatkan
suatu lesen memandu. Maka , kita boleh nyatakan bahawa ujian memandu merupakan suatu
penilaian autentik yang amat berkait dengan kehidupan sebenar.

Berdasarkan video klip tersebut , seseorang pelajar harus dinilai dengan kemahiran
yang dipelajarinya serta penilaian tersebut harus berkaitan dengan kehidupan sebenar mereka.
Umpamanya , seorang pelajar yang mempelajari muzik perlu diuji dengan unsur muzik ,
nyanyian , lirik lagu atau dengan ton muzik. Maka , pelajar tersebut boleh mempraktikkan
apa yang dipelajarinya pada masa akan datang dalam kehidupan sebenar. Penilaian autentik
juga perlu mengambil kira kemahiran berfikir aras tinggi , dimana ia seharusnya mencabar
minda dan pemikiran seseorang pelajar. Kemahiran penyelesaian masalah juga mempunyai
kaitan dengan penilaian ini.

Seterusnya , kita mengharapkan agar semua pelajar masa kini akan mempunyai
sesuatu kerjaya pada masa akan datang. Pelajar yang mempunyai kerjaya masing – masing
perlu menggunakan pengetahuan yang dipelajarinya dalam kehidupan harian mereka.
Misalnya , seorang doktor yang mempelajari unsur anatomi boleh menggunakan kemahiran
yang dipelajari terhadap pesakitnya. Itu yang menunjukkan keberkesanan penilaian autentik.
Kehidupan sebenar tidak terikat pada menjawab soalan objektif , penulisan esei ataupun
penilaian kelas.
Penilaian autentik juga berbeza dari rubrik pemarkahan , dimana ia berbeza dari
penilaian formatif kerana ia bersifat holistik. Gred untuk penilaian diberikan bagi
persembahan murid berdasarkan kriteria dan matlamat yang telah ditetapkan. Penilaian
autentik boleh dilaksanakan melalui tiga langkah , iaitu persediaan awal , penilaian
pertengahan dan penilaian utama. Penilaian ini boleh dinilai melalui kerja projek ,
persembahan , penghasilan model , tugasan , penciptaan media seperti laman web atau blog
dan akhirnya penilaian bertulis.

Alat aktiviti yang paling popular digunakan dalam penilaian sahih ini ialah sesi
perbincangan. Pelajar akan diberi peluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing
berkaitan isu yang dibincangkan. Semasa aktiviti ini , murid dapat berkongsi idea dalam
sesuatu kajian kes , kerja projek serta perdebatan. Dengan cara ini , pelajar dapat mempelajari
cara berkolaboratif antara rakan mereka. Seseorang pelajar seharusnya berusaha untuk
mengenali penilaian ini dengan berlatih berbicara ( penilaian ketrampilan ) , komen hasil
kerja rakan ( penilaian sikap teman ) dan menilai hasil kerja sendiri ( penilaian pengetahuan ).

Video klip yang dihasilkan oleh Steven Tompson memberikan pandangan bahawa
penilaian autentik ini selalunya bersifat subjektif. Ia lebih bermanfaat jika penilaian ini
digunakan pada pendidikan peringkat awal kanak-kanak. Para pengajar boleh mendidik
kanak-kanak untuk menggunakan pengetahuan yang dipelajari dalam kehidupan harian.
Seorang guru seharusnya mengaitkan suatu topik dengan pelbagai kemahiran yang boleh
diselitkan bersama agar pelajar mudah memahaminya. Sebagai contohnya , semasa guru ajar
topik buah-buahan , dia boleh mengajar sekali murid untuk mengenali buah , warna , bentuk
dan bilangan. Dengan cara sebegini , murid akan mempelajari pelbagai kemahiran dengan
mudah serta boleh menguasainya pada waktu yang singkat.

Jika seseorang pelajar sentiasa mengangguk kepalanya semasa diajar , kita tidak boleh
membuat keputusan yang murid tersebut memahami semua pelajaran. Walaupun pelajar
mampu menulis semua nota dan membuat latihan dengan betul , namun ia tidak
membuktikan bahawa murid memahami pengajaran yang dijalankan. Penilaian autentik yang
mampu menilai seseorang pelajar , dimana pelajar boleh menunjukkan kefahamannya melalui
tugasan atau persembahan yang diberikan. Murid akan menggunakan kemahiran yang
dipelajarinya pada situasi sebenar pada masa akan datang.
Melalui video klip yang dihasilkan oleh Beth Etopio ( Pengajar GSE Online ) , saya
mengetahui yang penilaian autentik merupakan suatu yang boleh mengukur intelektual
seseorang. Penilaian ini amat penting dan bermakna kerana ia akan memberikan pencapaian
pelajar yang positif. Ia akan menilai prestasi kehidupan sebenar dengan menggabungkan
kemahiran berfikir aras tinggi. Kemahiran sebegini amat diperlukan untuk berjaya di dunia
nyata pada masa akan datang. Penilaian autentik dapat mengukur keupayaan seseorang
pelajar untuk menerapkan pengetahuan yang dipelajarinya dalam kehidupan sebenar.

Beliau juga telah menyatakan tentang bagaimana dia gabungkan penilaian sahih ini ke
dalam pengajarannya. Di kelas muziknya , beliau menggunakan penilaian ini untuk
memperbaiki dan membangunkan nyanyian pelajarnya. Pada mulanya , penilaian dilakukan
pada suara lagu dan nyanyian. Para pelajar lain mendengar persembahan seorang pelajar
kemudian , para rakan perlu memberikan komen pada persembahannya. Akhirnya , guru akan
berikan maklum balas dengan senarai semak dan ulasan terbuka. Dengan cara sebegini ,
beliau menyatakan murid akan mampu memperbetulkan kesilapannya dengan terbuka serta
mampu mempraktikkan pada kehidupan sebenar.

Penilaian autentik juga berkaitan secara langsung dengan kurikulum. Ia mesti


melibatkan pelbagai aspek untuk mengukur bagi mengetahuai pencapaian seseorang pelajar.
Penilaian ini sentiasa mempunyai suatu sambungan ke dunia sebenar , dimana murid perlu
gunakan kemahiran yang dipelajarinya pada kehidupan sebenar. Ia juga merupakan suatu alat
untuk menilai kemajuan pelajar secara langsung. Ia boleh dinilai melalui aktiviti lisan seperti
temuramah atau wawancara dan persembahan kerj kumpulan. Penilaian harus dinilai pada
bagaimana pelajar gunakan pembelajaran , bukan berapa banyak yang dia ingat. Murid perlu
ditunjukkan dengan kemahiran penyelesaian masalah , dimana murid perlu mengaplikasi
pengetahuan yang ada dan menerima maklum balas yang positif.

Ujian kertas dan pensil masih boleh digunakan tetapi penekanan harus diberikan pada
tugasan prestasi. Tugasan yang dimaksudkan adalah seperti portfolio , permainan , projek ,
model dan wawancara. Dengan menilai portfolio , kita boleh menilai persembahan seseorang
secara individu atau kumpulan. Melalui permainan , projek dan penghasilan model , kita
boleh mengukur kefahaman kemahiran seseorang. Melalui wawancara , kita boleh
memperoleh pemahaman khusus seseorang.
Penilaian boleh dilakukan melalui pentaksiran prestasi. Pelajar dikehendaki untuk
mencipta sesuatu produk yang menunjukkan penguasaan dalam kemahiran. Pemerhatian
guru juga merupakan suatu cara untuk penilaian ini. Guru akan memerhatikan pelajar yang
terlibat dalam pelbagai aktiviti dengan menggunakan senarai semak untuk merekodkan
prestasi pelajar dalam mencapai satu penanda aras yang tertentu. Melalui persidangan juga
murid boleh dinilai dalam penilaian ini. Guru berdialog dengan pelajar untuk menilai
kemajuan pelajar untuk mencapai satu atau lebih matlamat yang tertentu.

Penilaian autentik boleh dikaitkan dengan pentaksiran sendiri dimana , pelajar perlu
memikirkan dan menilai kerja mereka sendiri dengan kriteria taksiran yang ditetapkan oleh
guru. Pentaksiran rakan sebaya pula merujuk kepada menilai kerja antara satu sama lain
dengan kriteria penilaian yang ditetapkan oleh guru. Pentaksiran kerja kursus atau portfolio
juga suatu kaedah yang digunakan dalam penilaian autentik. Kerja seseorang pelajar
direkodkan dalam koleksi bahan-bahan yang disediakan oleh pelajar , yang menggambarkan
proses pembelajaran pelajar , perkembangan , dan pencapaian dalam cara yang teratur dan
sistematik.

Pada pandangan saya penilaian autentik ini ialah suatu elemen yang berpusatkan
murid. Pelbagai jenis alat pentaksiran seperti esei , potfolio , eksperimen , persembahan dan
pameran digunakan untuk menilai pelajar. Murid akan mengalami situasi sebenar dalam
sesuatu perkara / ujian. Penilaian autentik ini akan sentiasa memimpin pada kurikulum yang
sedia ada. Dengan adanya penilaian autentik ini , murid akan sentiasa menganalis , sintesis
dan menggunakan apa yang diperolehi dalam skop yang lebih luas pada kehidupan sebenar.
Soalan yang dinilai dalam penilaian ini adalah bertumpu kepada aras tinggi. Pentaksiran akan
sentiasa berterusan dari semasa ke semasa. Kriteria pemarkahan penilaian autentik ditentukan
mengikut rubrik yang disediakan untuk mencapai keputusan yang terbaik.

Murid akan lebih aktif dan terlatih secara langsung dalam aktiviti sebenar kehidupan.
Penilaian autentik ini dapat membuktikan pencapaian murid secara langsung. Kemahiran
yang dikuasai oleh pelajar akan lebih kepada kaedah membina dan mengaplikasi. Penilaian
autentik ini berlangsung secara langsung kepada konteks kehidupan sebenar. Dalam penilaian
ini pelajar perlu melakukan tugasan secara individu atau kumpulan untuk menunjukkan
kefahaman. Penilaian secara holistik dan bersepadu dapat membantu pelajar untuk
menunjukkan kemahiran mereka tersendiri dengan terbuka.
Pentaksiran autentik ini ialah suatu proses yang menerangkan sama ada aktiviti atau
pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat. Hasil
pembelajaran pelajar itu akan mampu memberikan perubahan kepada pelajar tersebut sama
ada dari segi kognitif , social , emosi dan sebagainya. Pentaksiran autentik akan memberikan
pelbagai kebaikan kepada pelajar. Ini kerana , penilaian ini dapat memberi peluang kepada
pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui
cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan
pengetahuan yang dipelajari di sekolah sahaja.

Selain itu , pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar , pemahaman dalaman , penyelesaian masalah , kemahiran
berkolaboratif dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Seterusnya , pentaksiran autentik
ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang
boleh memberikan refleksi terhadap tahap pembelajaran seseorang pelajar , motivasi dan
sikap pada aktiviti yang releven. Pentaksiran autentik ini dapat memberikan peluang kepada
pelajar untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari
masa ke semasa.

Di samping itu , pentaksiran autentik membolehkan pelajar untuk memahami


kehendak hasil pembelajaran dari guru kerana pentaksirannya lebih konsisten dan telus.
Dimana , murid sentiasa dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil
pembelajaran yang terbaik seperti yang diinginkan. Hai ini secara tidak langsung dapat
mengungkapkan secara keseluruhan seberapa baik pemahaman akademik mereka kerana
mereka dapat menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri , dunia
mereka dan masyarakat luas.

Akhirnya , saya ingin kaitkan penilaian autentik dengan suatu ungkapan yang
dihasilkan oleh ahli akademik Confucious ,
“ Saya dengar , saya lupa ;
Saya lihat , saya masih ingat ;
Saya lakukan dan saya faham ! ”
Apabila seseorang pelajar dengar , dia akan lupa. Bila lihat , dia akan masih ingat.
Manakala , bila dia lakukannya dia akan faham dan ingat sentiasa , itulah yang dikatakan
sebagai Penilaian Autentik.
Bahagian C :
Kertas Soalan Matematik
Tahun 6
1 0.74 juta =

A 74 000
B 740 000
C 7 040 000
D 7 400 000

2 Rajah 1 menunjukkan satu urutan nombor.

8.5, 9.7, P, 12.1, 13.3


Rajah 1

Apakah nilai P ?

A 9.8
B 10.9
C 11.0
D 12.0

3 Tukarkan 1.3 kepada peratus

A 1.3 %
B 13 %
C 103 %
D 130 %

4 jam =

A 180 minit
B 192 minit
C 204 minit
D 216 minit
5 Rajah 2 menunjukkan satu perkataan

PAHANG

Rajah 2

Berapa nisbah huruf H kepada huruf bukan A ?

A 1:3
B 1:4
C 1:5
D 1:6

6 Rajah 3 menunjukkan satah Cartesan.

Rajah 3
Titik yang manakah berada pada koordinat ( 6 , 4 ) ?

A M
B N
C P
D L

7 927 ÷ 9 = x 100
Apakah nombor yang mesti ditulis dalam itu ?

A 103
B 10.3
C 1.03
D 0.13
8 Jadual 1 menunjukkan bilangan hari berkursus bagi 3 orang guru dalam setahun.

Data Bilangan Hari

Arin 24 hari

Arina 5 minggu 4 hari

Aina Lebih 6 hari daripada Arin

Jadual 1

Hitung min bilangan hari bagi ketiga-tiga data itu.


A 29
B 31
C 54
D 93

9 Rajah 4 menunjukkan sebuah kuboid P dan sebuah kubus Q.

9 cm P
Q
3 cm
4 cm 5 cm
Rajah 4

Berapakah jumlah isi padu, dalam cm3, kedua-dua bentuk tersebut ?

A 233
B 125
C 108
D 31
10 Rajah 5 menunjukkan bil yang tidak lengkap bagi barang yang dibeli oleh Puan Shera.

Kuantiti Barang Harga seunit Harga

5 Pen RM5.90 RM29.50

3 Pembaris

12 Pensil RM1.00

Jumlah

Rajah 5

Puan Shera membayar RM50 dan diberi baki RM5.20. Berapakah harga sebatang
pembaris ?

A 90 sen
B RM 1.00
C RM 1.10
D RM 3.30

TAMAT

ANALISIS ITEM UJIAN


1.0 Analisis Item Ujian

Proses analisis item bagi soalan objektif dilaksanakan dengan menganalisis indeks
kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item yang dibina dalam ujian. Analisis item
telah dibuat yang melibatkan 10 item objektif. Analisis ini juga melibatkan kumpulan tinggi
dan kumpulan rendah. Oleh itu , daripada 20 orang murid , saya memilih 10 orang murid
sebagai kumpulan tinggi dan 10 orang murid sebagai kumpulan rendah. Dalam analisis item
ujian , saya akan mengirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk setiap item
ujian dan rumuskan tahap kesukaran soalan atau item tersebut.

2.0 Indeks Kesukaran ( I.K )

Indeks kesukaran ( IK ) menunjukkan aras kesukaran sesuatu item , iaitu sama ada
sesuatu item itu mudah dijawab atau sukar dijawab. Pengukuran IK adalah bertujuan untuk
mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula , iaitu apabila guru mendapati item yang
dibina tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar. Selain itu , IK juga mampu
mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu
sama ada murid dapat menguasai sesuatu sukatan itu. IK turut memberi maklum balas
kepada murid tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang
diuji.

Bagi soalan berbentuk objektif, IK ini dikira dengan menggunakan nisbah murid yang
menjawab dengan betul daripada jumlah keseluruhan pelajar. Nilai IK adalah berada dalam
julat 0.0 hingga 1.0. Semakin tinggi bilangan murid menjawab sesuatu item itu dengan betul,
maka semakin mudah item tersebut mengikut pendapat Wood, 1960. Nilai dalam julat ini
menunjukkan tahap kesukaran item yang semakin berkurang dari nilai 0.0 hingga 1.0. Julat
kesukaran item yang ideal adalah item yang nilai IK berada dalam lingkungan 0.3 hingga
0.8. Jika nilai IK ialah kurang dari 0.3, maka ini bermakna item itu merupakan item yang
sangar sukar. Julat IK yang lebih dari 0.8 sehingga 1.00 pula merupakan item yang mudah
dan item ini perlu diubah agar tahap kesukarannya dapat ditingkatkan.
Indeks Kesukaran Pentafsiran Keputusan
IK < 0.3 Terlalu sukar Ubahsuai
0.3 ≤ IK≤ 0.8 Sederhana Terima
IK > 0.8 Terlalu mudah Ubahsuai

Jadual 2.0

2.1 Analisis Indeks Kesukaran

Nilai Indeks Kesukaran ( IK ) = Bil. Calon jawab betul


Jumlah calon cuba

Jawapan item 1 ialah : B

Pilihan
Item Ujian 1
A B* C D

10 pelajar kumpulan Tinggi 0 10 0 0

10 pelajar kumpulan Rendah 1 8 1 0

T+R 20

Indeks Kesukaran (IK) 0.90

Jadual 2.1.1 : Analisis IK Item 1

Jadual 2.1.1 merupakan ringkasan bagi hasil analisis indeks kesukaran item objektif 1.
Analisis yang dapat dibuat berdasarkan jadual tersebut didapati bahawa item 1 dalam kategori
terlalu mudah iaitu dalam lingkungan indeks IK > 0.8. Maka tindakannya , item ini perlu
diubahsuai sebelum simpan di dalam bank soalan.
Bil Murid Indeks
Item Tafsiran Keputusan
yang Betul Kesukaran

1 18 0.90 Terlalu Mudah Ubahsuai

2 15 0.75 Sederhana Terima

3 10 0.50 Sederhana Terima

4 14 0.70 Sederhana Terima

5 13 0.65 Sederhana Terima

6 7 0.35 Sederhana Terima

7 14 0.70 Sederhana Terima

8 2 0.10 Terlalu Sukar Ubahsuai

9 17 0.85 Terlalu Mudah Ubahsuai

10 4 0.20 Terlalu Sukar Ubahsuai

Jadual 2.1.2 : Analisis Keseluruhan Indeks Kesukaran Item Objektif


3.0 Indeks Diskriminasi ( I.D )

Indeks Diskriminasi (ID) digunakan untuk membezakan pencapaian antara murid


kumpulan tinggi dan murid berkumpulan rendah. Mehrens dan Lehmann (1991) berpendapat
bahawa item yang baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara murid yang
berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Julat ID boleh berada dalam lingkungan
-1.00 hingga 1.00. Diskriminasi yang positif menunjukkan bahawa item tersebut boleh
dijawab oleh ramai murid kumpulan tinggi tetapi ramai murid kumpulan rendah yang tidak
dapat menjawabnya dengan betul. Diskriminasi yang negatif pula menunjukkan bahawa item
tersebut tidak boleh dijawab oleh ramai murid kumpulan tinggi tetapi kumpulan rendah pula
yang boleh menjawabnya.

Analisis ID sesuatu item adalah penting bagi mengenal pasti konsep yang perlu diajar
semula serta bagi melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum yang
tidak dikuasai oleh murid kumpulan tinggi. Selain itu , ID juga akan memberi maklum balas
kepada murid kumpulan tinggi tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang
diuji. ID turut membantu untuk mengenal pasti soalan yang berat sebelah kepada sesuatu
kandungan, seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran atau langsung tidak
diajar.

Indeks Pentafsiran Keputusan


Diskriminasi
ID > 0.4 Diskriminasi positif yang tinggi Amat sesuai diterima
0.2 < ID ≤ 0.4 Diskriminasi positif yang sederhana Ubahsuai item dan cuba
sekali
0 ≤ ID ≤ 0.2 Diskriminasi positif yang rendah Tukar item
ID < 0 Diskriminasi negatif, prestasi Item itu buruk dan harus
kumpulan rendah lebih baik daripada dibuang
kumpulan tinggi.

Jadual 3.0 : Indeks Diskriminasi


3.1 Analisis Indeks Diskriminasi (I.D)

Nilai Indeks Diskriminasi = Beza antara kumpulan tinggi dengan rendah (BT-BR)
½ daripada Jumlah calon yang cuba

Jawapan item 1 ialah : B

Pilihan
Item Ujian 1
A B* C D

10 pelajar kumpulan Tinggi 0 10 0 0

10 pelajar kumpulan Rendah 1 8 1 0

T–R 2

Indeks Diskriminasi (ID) 0.20

Jadual 3.1.1 : Analisis ID Item 1

Jadual 3.1.1 merupakan ringkasan bagi hasil analisis indeks diskriminasi item objektif 1.
Analisis yang dapat dibuat berdasarkan jadual tersebut bahawa item 1 ditafsir dalam kategori
item yang mempunyai diskriminasi positif yang rendah dimana 0 ≤ ID ≤ 0.2. Oleh kerana ia
merupakan diskriminasi positif yang rendah , maka item ini perlu ditukar dengan item yang
lebih baik dan sesuai.
Kumpulan Kumplan
Tinggi Rendah Indeks
Item Tafsiran Keputusan
Yang Yang Diskriminasi
Betul Betul
Diskriminasi
1 10 8 0.20 positif yang Tukar item
rendah
Diskriminasi
2 8 7 0.10 positif yang Tukar item
rendah
Diskriminasi
3 8 2 0.60 Amat sesuai
positif yang
diterima
tinggi
4 6 8 - 0.19 Diskriminasi Buang
negatif item
Diskriminasi
5 8 5 0.29 Ubahsuai
positif yang
item
sederhana
Diskriminasi
6 6 1 0.49 Amat sesuai
positif yang
diterima
tinggi
Diskriminasi
7 8 6 0.19 positif yang Tukar item
rendah
8 1 1 0 Diskriminasi
Buang item
negatif
Diskriminasi
9 9 8 0.10 positif yang Tukar item
rendah
10 2 2 0 Diskriminasi
Buang item
negatif

Jadual 3.1.1 : Analisis Keseluruhan Indeks Diskriminasi Item Objektif


4.0 Perbandingan Indeks

Perbandingan kedua-dua nilai IK dan ID bagi sesuatu item merupakan aspek yang
penting untuk menentukan keputusan sama ada sesuatu item soalan itu dikekalkan ,
digugurkan atau perlu diperbaikkan. Apabila kedua-dua IK dan ID diperoleh untuk setiap
item ujian , ia perlu dikumpulkan dan dibandingkan. Tindakan seterusnya ialah menentukan
sama ada item tersebut boleh dikekalkan atau tidak. Item soalan yang sangat sukar boleh
dipermudahkan manakala item yang sangat mudah perlu disukarkan. Tindakan ini penting
bagi mengumpulkan item yang berkualiti sahaja dalam bank soalan.

Item Indeks Indeks Tindakan


Kesukaran Diskriminasi

1 0.90 0.20 Tulis semula

2 0.75 0.10 Tulis semula

3 0.50 0.60 Terima, dikekalkan dan simpan


dalam bank soalan

4 0.70 - 0.19 Tukar item

5 0.65 0.29 Tulis semula

6 0.35 0.49 Terima, dikekalkan dan simpan


dalam bank soalan

7 0.70 0.19 Tulis semula

8 0.10 0 Tukar item

9 0.85 0.10 Tulis semula

10 0.20 0 Tukar item

Jadual 4.0 : Perbandingan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi


serta Tindakan
RUJUKAN :

 AQA Education ( 2015 ) , Assessing Hard To Assess Skills , Ayesha Ahmed , The

Future of Assessment 2025 and Beyond.

 Saptu, M., & Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif dalam Memperkayakan

Pengetahuan dan Meningkatkan Pembelajaran.

 http://kpd3016sesi1819.blogspot.com/2018/12/ciri-ciri-pentaksiran-autentik.html?m=1

 https://www.youtube.com/watch?v=rQPCk27tM4U&t=2s

 https://www.youtube.com/watch?v=9l5m66Y607U

 https://www.youtube.com/watch?v=OmiRPHi8o24

You might also like