You are on page 1of 12

Perancangan Kampus Lestari Di Peringkat Pendidikan Tinggi

Tugasan Kursus:
GGGC 6233
PERANCANGAN PENDIDIKAN
Disediakan Oleh:
NUR SHERRIMA BT BAHARIM
GP03938

SARJANA PENTADBIRAN PENDIDIKAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pensyarah Kursus:
PROF. MADYA DR. MOHD. IZHAM BIN HAJI MOHD. HAMZAH
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
Kandungan
Muka Surat
Pengenalan

Model Kelestarian Pengajian Tinggi

Kajian Literatur

Perbincangan Dapatan Kajian aspek Perancangan

Implikasi Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia.

Kesimpulan

10

Rujukan

Perancangan Kampus Lestari Di Peringkat Pendidikan Tinggi

Abstrak
Kertas konsep ini membincangkan penggunaan kampus lestari di institusi pendidikan tinggi
US. Selain itu, kertas ini juga membincangkan integrasi kelestarian di institusi pendidikan
tinggi Maryland dan diaplikasikan ke dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia.
Pengenalan
Setiap negara mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Namun begitu matlamat setiap
sistem pendidikan ialah untuk mendidik golongan muda supaya menjadi insan yang bersedia
untuk meneruskan pembangunan sesebuah negara. Hal ini penting kerana golongan muda ini
yang akan memacu sesebuah negara pada masa hadapan. Maka haruslah kita menyediakan
golongan muda dari aspek intelek, rohani,emosi dan jasmani yang seimbang.
Di Malaysia, kebanyakan sekolah sangat menumpukan perhatian kepada prestasi
pelajar untuk menghadapi peperiksaan dan kurang memberi perhatian kepada pembentukan
sahsiah pelajar untuk berhadapan dengan cabaran masa hadapan. Jika di sekolah masa yang
di peruntukan untuk mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) juga sering
digunakan untuk mengajar mata pelajaran teras yang lain. PSK ini di pandang ringan kerana
kesannya tidak dapat dilihat pada masa kini tidak seperti mata pelajaran lain yang kesannya
akan membberi impak kepada presatasi sekolah. Kesilapan inilah yang sering berlaku di
setiap sekolah.
Hal ini menyebabkan bila pelajar masuk ke peringkat pengajian tinggi, mereka
perlu di beri kesedaran, pengetahuan dan nilai untuk mewujudkan suasana yang lestari. Bagi
merealisasikan perkara ini maka di perkenalkan pendidikan kelestarian. Moore (2005) telah
mendefinisikan Pendidikan Kelestarian sebagai semua pelajaran yang berkaitan dengan nilai
kelestarian. Hanifah, Shaharuddin, Mohamad , dan Noraziah (2014) menyatakan pendidikan
pembangunan lestari secara umumnya merupakan suatu proses untuk membangunkan
keprihatinan, kemampuan, sikap dan nilai-nilai yang ada pada para pelajar.

Bagi menyokong matlamat ini, kampus lestari telah diperkenalkan. Rancangan


ini merupakan satu rancangan jangka panjang. Namun begitu tidak dinafikan perubahan ini
memakan masa dan menghadapi kesukaran untuk berubah. Sebuah universiti juga perlu
secara aktif melibatkan pengetahuan komuniti universiti untuk menangani cabaran ekologi
dan sosial yang dihadapi pada masa kini dan mendatang (Cole, 2002). Konsep kampus lestari
yang diguna pada peringkat pengajian tinggi merupakan salah satu cara untuk memenuhi
keperluan, menyatakan potensi dan keupayaan, merancang dan bertindak mengekalkan
prinsip kelestarian secara berterusan.

Model Kelestarian Pengajian Tinggi


Velazquez al. (2006) mendefinisikan kampus lestari sebagai sebuah institusi yang terlibat
secara keseluruhan untuk mempromosikan pada peringkat antarabangsa, meminimakan kesan
negatif alam sekitar dan membuat perubahan ke arah gaya hidup lestari. Model kampus
lestari merupakan prosedur sistematik untuk menjalankan proses mencapai lestari. Model ini
melibatkan integrasi kelestarian dalam semua aktiviti universiti seperti pengajaran,
penyelidik, operasi dan hubungan dengan komuniti luar. Model ini biasa diguna oleh sebuah
institusi untuk membuat perubahan secara menyeluruh untuk membentuk kampus lestari.

Rajah 1: Model Kelestarian Pengajian Tinggi sebagai Sistem Bersepadu Sepenuhnya


(Cortese, 2001, 2003 dan Campus, 2008)
3

Moudrak (2011) menyatakan terdapat empat teras utama dalam mengintegrasikan kelestarian
di universiti. Iaitu pendidikan, operasi universiti, penyelidikan dan komuniti luar. Semua
aspek ini akan mempengaruhi amalan kelestarian di institut pengajian tinggi. Malahan
menurut Stephen et al. (2008), pengaruh model kelestarian dalam institusi pendidikan tinggi
ialah untuk mengenali, menghargai, mempelajari, dan seterunya menjadi contoh untuk
melakukan perubahan. Institut pengajian tinggi yang mengambil langkah mengintegrasikan
kelestarian ke dalam semua aktiviti utama universiti telah mengamalkan pendekatan secara
menyeluruh seperti model di atas.
Kajian Literatur
Perancangan Kampus lestari di Amerika Syarikat
Saha dan Paterson (2008) menyatakan terdapat banyak kajian rancangan lestari di bandar dan
menekankan cara menjalankan konsep kelestarian. Selain itu, kebanyakan kajian melihat
secara khusus pada rancangan mengunakan tanah tempatan dan terdapat beberapa bandar
mengunakan pelan kelestarian tertentu. Kajian mengenai perancangan kampus lestari
semakin banyak seperti Jurnal Antarabangsa Kelestarian dalam Pendidikan Tinggi.
Abbott dan Kasprzyk (2012) menyatakan program baru telah mendorong perhatian
kepada penerimaan kampus lestari di Amerika Syarikat. Selain itu, di Amerika Syarikat juga
berlaku banyak penaiktarafan kedudukan dan sistem seperti memperkenalkan Kad Laporan
Institut College Sustainability Lestari (AASHE). Hal ini akan menjadi ikutan kepada kampus
lain sebagai satu cara melakukan perubahan secara menyeluruh.
Perancangan yang memerlukan usaha banyak usaha ialah untuk menangani masalah
pelaburan modal untuk strategi akademik dan penggunaan tanah. Calhoun (2011) telah
mencadangkan kelestarian menjadi faktor penting dalam membolehkan pengiktirafan yang
baru muncul tentang kepentingan integrasi usaha perancangan yang berbeza. Kampus lesatari
menjadi semakin penting dalam pendidikan tinggi di Amerika Syarikat.
.

Perancangan Kampus Lestari di Mary Land


Amalan terbaik dalam pendidikan kelestarian yang di guna pakai di Institut Maryland ialah
torientasi hijau, pendidikan tahun pertama, keperluan pengijazahan, pendidikan antara
disiplin, kampus sebagai masyarakat mampan model, dan program-program akademik
4

kemampanan berfokuskan digabungkan untuk membina, mudah untuk meniru strategi yang
komprehensif yang pentadbir, fakulti , kakitangan dan pelajar boleh gunakan untuk
meningkatkan usaha pendidikan kelestarian di institusi mereka sendiri.
Pendidikan Pembangunan Lestari di Malaysia
Pendidikan Lestari ialah mengintegrasikan kelestarian dalam setiap aspek dalam kehidupan di
sekitar kawasan sekolah yang melibatkan pentadbiran, proses pembelajaran, pengurusan
bangunan dan hubungan sekolah dengan komuniti (Huckle 2010). Penglibatan aktif pelajar
dan komuniti sekolah yang lain dalam bertindak balas terhadap program kelestarian akan
mewujudkan rasa tanggungjawab yang kemudian di guna dalam pergaulan masyarakat.
Di Malaysia, program penerapan kelestarian telah bermula pada tahun 2001 dengan
perancangan pelan pembentukan program sekolah lestari dan diikuti dengan kampus lestari.

Perbincangan Dapatan Kajian


Rancangan kelestarian kampus di Amerika Syarikat terdapat dalam pelbagai bentuk. Dapatan
kajian daripada 27 kampus dari 16 buah negeri yang berbeza di Columbia. Institusi dari
seluruh Amerika Syarikat adalah mencari jalan untuk menyelaras dan meningkatkan usaha
kelestarian mereka. Aspek yang paling menonjol adalah aspek alam sekitar dan aspek
keadilan sosial adalah kurang menonjol. Hal ini menunjukkan setiap institusi lebih menjaga
alam sekitar daripada aspek keadilan sosial.
Aspek operasi kampus mendapat perhatian lebih daripada melakukan aspek akademik
atau pentadbiran. Kebanyakan kampus telah mengambil pendekatan secara menyeluruh untuk
merancang pelan kelestarian mereka. Setiap rancangan yang diambil perlu mengambil kira
kedua-dua proses dan peruntukan yang ada untuk pendidikan tinggi. Operasi kampus
melibatkan semua aktiviti penting dalam kampus. Kebanyakan responden mengambil berat
mengenai operasi kampus dan mahu berubah mengikut pembangunan kampus lestari. Jika
mahu melakukan perubahan secara menyeluruh, jumlah peruntukan juga agak besar.
Walaupun dilihat membazir dalam jangka masa pendek tetapi akan berbaloi jika difikirkan
untuk jangka masa panjang.
Dapatan kajian seterusnya pula memperkenalkan sebuah pelan yang komprehensif
untuk mengintegrasikan pendidikan kelestarian di universiti of Maryland :
5

1. Orientasi hijau
Setiap kali kemasukan pelajar baru pasti akan ada satu program orientasi. Jika
orientasi pelajar biasa hanya akan membuat program untuk memperkenalkan suasana
belajar di kampus. Berbeza dengan orientasi hijau, semasa orientasi ini akan di
perkenalkan pelajar kepada semua aktiviti yang menerapkan nilai lestari. Antara
aktiviti yang dibuat ialah mengajar pelajar membuang samapah dengan betul. Sampah
perlu diasingkan mengikut tong sampah yang sesuai. Selain itu semasa minggu
orientasi ini juga pelajar akan diterapkan dengan nilai berjimat cermat. Sebagai
contoh, pelajar akan diingatkan untuk memadamkan suiz kipas dan lampu sebelum
keluar daripada bilik. Aktiviti minggu orientasi hijau ini lebih menyediakan pelajar
supaya menerapkan sikap lesatari dalam diri pelajar.
2. Pendidikan tahun pertama
Jika pelajar tahun akhir yang ditegur mengenai kelestarian pasti mereka sukar hendak
menerima teguran. Berbanding dengan pelajar tahun pertama yang masih baru agak
mudah ditegur dan masih banyak masa untuk menerapkan nilai lestari dalam diri
pelajar. Hal ini yang dilakukan oleh university of Maryland. Mereka mementingkan
pelajar mengamalkan amalan lestari.
3. Keperluan pengijazahan
Bagi menjayakan kampus lestari pihak universiti mewajibkan pelajar untuk
mengambil subjek Asas Alam Sekitar untuk memupuk nilai lestari. Jika pelajar tidak
mengambil subjek ini mereka tidak akan dapat menamatkan pembelajarn di
Universiti. Hal ini penting supaya pelajar yang tamat belajar dapat bersedia untuk
menghadapi cabaran lestari diluar sana. Selain itu, kampus lestari ini juga
merupakansatu langkah untuk menyediakan generasi muda supaya bersedia
menghadapi masa hadapan.
4. Perspektif pelbagai bidang
Pendidikan lestari tidak terhad dalam satu bidang tetapi ia adalah bersifat tanpa
sempadan. Setiap bidang boleh menyumbang kepada masyarakat lestari. Integrasi ini
seluruh disiplin membantu pelajar berfikir secara kritis tentang persekitaran tempat
mereka, memupuk penyelesaian pembelajaran, dan menyediakan pelajar untuk
mencari penyelesaian kepada masalah abad ke-21 yang rumit. Pelajar harus bersedia
menghadapi isu kelestarian. Maryland telah mencipta program pembangunan fakulti
untuk menggalakkan integrasi kelestarian dalam seluruh kurikulum.

5. Kampus sebagai model komuniti lestari


Perubahan untukberubah menjadi kampus hijau amat penting dalam perubahan
menjadi kampus lestari. institusi Maryland sedang berusaha untuk mengurangkan
kesan alam sekitar dan perbelanjaan utiliti. Sebagai contoh penggunaan lampu yang
menggunakan tenaga solar boleh lebih menjimatkan. Jika kampus menjadi kampus
lestari ia akan menjadi model untuk ditiru oleh masyarakat di luar. Telah menjadi
realiti kehidupan semua orang meletakkan golongan yang masuk universiti sebagai
orang yang terbaik dan boleh menjadi contoh dalam semua perkara.Jadi tidak
mustahil Kampus boleh menjadi role model kepada masyarakat setempat.
Implikasi terhadap Sistem Pendidikan Malaysia dari Aspek Perancangan
1.

Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau di Kawasan Kampus


Pertama, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di kawasan kampus. Gas rumah hijau
merupakan punca utama berlakunya fenomena rumah hijau yang seterusnya menyebabkan
pemanasan global. Pertambahan gas-gas tersebut di udara bukan sahaja menyebabkan
pencemaran udara, malah turut memerangkap haba daripada terlepas ke angkasa. Haba yang
terperangkap di ruang atmosfera ini menyebabkan peningkatan suhu di kawasan tersebut.
Pengeluaran gas rumah hijau secara tidak terkawal boleh mewujudkan beberapa masalah
seperti menyebabkan kejadian pulau haba, mengurangkan kelembapan udara, dan seterusnya
boleh mendorong kepada fenomena el-nino.
Pengurangan rumah hujau boleh dikurangkan jika amalan kampus lestari Berjaya
diaplikasikan. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan mengurangkan jumlah
kenderaan bermotor di kawasan kampus. Hal ini boleh dilakukan dengan mempromosikan
budaya sihat iaitu dengan berbasikal atau berjalan kaki. Bagi aktiviti berbasikal di kawasan
kampus, pihak universiti boleh menawarkan rebat kepada mana-mana pelajar yang ingin
membeli basikal. Hal ini seperti yang telah dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM)
pada tahun 2013 yang mana, pihak universiti memberikan rebat sehingga RM300 kepada
mana-mana graduannya yang ingin membeli basikal. Seterusnya menerapkan

budaya

berjalan kaki, pihak universiti perlu menyediakan kemudahan seperti kawasan pejalan kaki
untuk memastikan mereka selamat untuk berjalan kaki. Selain itu, kawasan pejalan kaki
tersebut perlu dilengkapi dengan bumbung agar mereka tidak terkena panas terik matahari
dan tidak juga dibasahi hujan. Lampu-lampu di sepanjang jalan juga perlu diperbanyakkan
untuk memberi keselesaan dan keselamatan kepada pejalan kaki pada waktu malam. Hal ini

sejajar dengan salah satu prinsip pembangunan lestari iaitu membantu golongan yang kurang
bernasib baik.
2.

Memanfaatkan Sumber Tenaga Alternatif


Penjanaan tenaga melalui bahan bakar fossil dan permintaan terhadap minyak dan arang batu
berada pada tahap yang sanggat tinggi. Setiap negara di dunia memerlukan bahan bakar fossil
ini dalam menjalani kehidupan seharian. Negara kita menggunakan kira-kira 42 juta tan
arang batu untuk menjana tenaga dan jumlah ini semakin meningkat. Bukan sahaja
permintaan Malaysia, malah negara-negara lain di dunia turut mengalami trend peningkatan
permintaan untuk bahan api yang terhad ini. Oleh itu, untuk mengurangkan permintaan
terhadap bahan api tersebut, tenaga alternatif perlu dimanfaatkan.
Di Malaysia kita boleh memanfaatkan iklim negara yang sentiasa mendapat cahaya
matahari dengan mengaplikasikan penggunaan tenaga solar. Kawasan kampus merupakan
suatu kawasan yang luas. Oleh itu, untuk menerangi kawasan ini pada waktu malam,
penggunaan tenaga elektrik yang tinggi diperlukan kerana banyak lampuyang diperlukan
untuk menerangi jalan. Bagi mengatasi masalah ini, lampu terutamanya yang teletak di luar
bangunan boleh menggunakan tenaga solar. Lampu ini juga perlu disertakan dengan sensor
cahaya agar ia tidak hanya menyala pada waktu malam, namun turut menyala ketika cuaca
gelap seperti waktu hujan dan mendung. Walaupun pamasangan penel solar ini memakan kos
yang tinggi pada permulaannya namun perkara ini memberi keuntungan kepada pihak
pentadbiran universiti pada jangka masa depan. Hal ini kerana, permintaan bahan api dunia
yang semakin meningkat telah menyebabkan harga bahan api ini turut melambung dan sama
dengan jika kita memasang tenaga solar.

3.

Mengamalkan Konsep Jimat Tenaga


Jika di universiti, kita sememangnya tidak akan lari daripada menggunakan tenaga elektrik.
Bilik kuliah, makmal, bilik ICT, pejabat pentadbiran, cafe, dan sebagainya memerlukan
tenaga elektrik untuk beroperasi dengan baik. Sebagai sebuah kampus lestari, setiap
warganya harus mengamalkan konsep berjimat cermat dalam pelbagai aspek terutamanya
dalam penggunaan tenaga elektrik. Kesedaran mengenai penjimatan tenaga elektrik harus
dipupuk dalam menjayakan pembangunan kampus lestari. Para pelajar perlu didedahkan
dengan kepentingan menjimatkan tenaga. Hal ini kerana, pelajar merupakan golongan yang
paling ramai di universiti. Apabila pelajar ini diterapkan dengan nilai-nilai murni ini, mereka
8

boleh mempraktikannya di kolej kediaman, rumah sewa, mahupun ketika berada di kampung.
Antara perlakuan yang sering dilakukan oleh pelajar universiti ialah mereka tidak menutup
lampu dan kipas ketika keluar daripada bilik. Walaupun pekara ini dianggap remeh oleh
pelajar, namun sebenarnya hal ini merupakan satu pembaziran. Pelajar harus lebih peka
terhadap penggunaan tenaga elektrik dan menggunakannya dengan berhemah.
Pihak pentadbiran universiti juga perlu mengamalkan konsep berjimat cermat dalam
penggunaan tenaga elektrik. Ketika membeli peralatan elektrik yang baru untuk kegunaan
universiti, pihak pentadbiran perlu mempertimbangkan untuk membeli peralatan yang
mempunyai teknologi jimat tenaga. Walaupun harganya mungkin lebih mahal berbanding
produk biasa. Struktur bangunan di kampus juga perlu membolehkan cahaya matahari untuk
masuk. Hal ini dapat menjimatkan penggunaan lampu kerana cahaya matahari sendiri dapat
menembusi bangunan dan menerangi sesuatu kawasan. Selain itu, sistem penyaman udara di
bilik-bilik kuliah dan bilik pensyarah perlu dirombak agar lebih sistematik. Seperti yang kita
sedia maklum, penyaman udara merupakan salah satu peralatan yang menggunakan tenaga
elektrik.Penggunaan gas CFC di dalam penyaman udara juga perlu dielakkan agar tidak
memberi kesan buruk kepada lapisan ozon.
4.

Melahirkan Mahasiswa dan Mahasiswi Prihatin


Universiti dan instutusi pengajian tinggi merupakan tempat dimana akan lahir pemimpinpemimpin negara dan peneraju kepada sektor-sektor penting negara pada masa hadapan. Oleh
itu, ada wajar sekiranya mereka didedahkan berkaitan dengan pembangunan lestari ketika
masih bergelar pelajar. Nilai cinta akan alam sekitar boleh diterapkan melalui beberapa cara.
Antaranya ialah melalui pembangunan kampus lestari. Mahasiswa akan dapat melihat secara
lebih dekat berkaitan pembangunan yang mesra alam. Mereka dapat mempraktikan sendiri
budaya cinta akan alam sekitar itu dengan berbasikal atau berjalan kaki di kawasan kampus
melalui program pengurangan kenderaan di dalam kampus. Selain mengurangkan kesesakan
trafik di kampus, pelajar juga akan menjadi lebih sihat dengan aktiviti yang memerlukan
pergerakan tersebut dan juga kurangnya asap kenderaan di kawasan kampus.
Universiti juga boleh menyelitkan maklumat atau pendidikan berkaitan alam sekitar
serta nilai-nilai murni di dalam setiap mata pelajaran. Hal ini dianggap seperti serampang dua
mata kerana pelajar bukan hanya belajar subjek yang diambil, malah dapat mengetahui serba
sedikit ilmu-ilmu berkaitan alam sekitar. Selain itu, universiti juga boleh mewajibkan atau
menawarkan kepada para pelajar kursus berkaitan alam sekitar seperti Pembangunan Lestari
9

yang terdapat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dibawah Fakulti Sains
Kemanusiaan (FSK). Pelajar yang mengambil kursus ini sudah pasti akan dilengkapkan
dengan segala ilmu berkaitan alam sekitar dan pembangunan mampan yang secara tidak
langsung memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan alam sekitar. Selain itu,
program-program atau ceramah juga boleh dianjurkan oleh pihak universiti untuk memberi
pendedahan serta maklumat berkaitan alam sekitar atau pembangunan lestari kepada para
pelajar. Melalui program-program ini, pelajar akan lebih peka terhadap isu alam sekitar dan
mereka juga akan lebih prihatin dengan persekitaran. Kita tidak mahu melahirkan mahasiswa
dan mahasiswi yang hanya cemerlang dalam bidang akademik, namun tidak ada kesedaran
berkaitan kepentingan alam sekitar.
Kesimpulan
Pembangunan kampus lestari akan memberikan keseronokan kepada pelajar dan
pensyarah.Hal ini kerana suasana kampus yang ceria dengan pemandangan landskap yang
cantik akan memberi ketenangan kepada mereka. Apabila pelajar berasa selesa, mereka akan
dapat menumpukan pelajaran di dalam kelas. Persekitaran kampus yang dipenuhi tumbuhan
serta kurangnya pelepasan gas rumah hijau menjadikan udara di kawasan kampus adalah
sihat dan baik untuk kecergasan pelajar. Selain itu, kampus lestari yang penuh dengan
teknologi dan peralatan mesra alam juga mampu merangsang minda pelajar untuk
memikirkan peralatan baru yang boleh dicipta untuk memudahkan kerja manusia disamping
tidak memberi kesan kepada alam sekitar.

10

Rujukan
Velazquez, L. Munguia, N., Platt, A. & Taddei, J. (2006). Sustainable university: what can be
the matter? Journal of Cleaner Production 14 (2006) pp 810-819.
Huckle J (2010) ESD and the current crisis of capitalism: teaching beyond green new deals. Journal
of Education for Sustainable Development 4(1), 135142.

Calhoun, T.P. (2011), Campus sustainability is creating new planners and a better campuswide understanding of the need for integrated planning, Planning for Higher Education, Vol.
39 No. 2, pp. 48-50.

11

You might also like