You are on page 1of 19

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS (BTPSE)

SEMESTER MEI 2019

HBEF3203
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA ,
TANJUNG MALIM
HBEF3203

Isi kandungan
...........................................................................................................................................................
Topik 1 Domain Objektif Pembelajaran Bloom 3
1.1 Domain Kognitif 4
1.2 Afektif 4-5
1.3 Psikomotor 5-7

Topik 2 Domain Kognitif Taksonomi Bloom 8


2.1 Elemen Pemikiran Aras Rendah 9-10
2.2 Elemen Pemikiran Aras Tinggi 10-11

Topik 3 Penilaian
3.1 Penilaian Formatif 11-12
3.2 Penilaian Sumatif 12
3.3 Persamaan antara Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif 12-13
3.4 Perbezaan antara Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif 13-15

Topik 4 Dapatan Prestasi Pelajara Sebelum Dan Selepas Pelaksanaan Program TMK
Dalam Pendidikan. 15-17

Rujukan 18-19

2
HBEF3203

1.0 DOMAIN OBJEKTIF PEMBELAJARAN BLOOM

Domain adalah taksonomi tingkah laku pembelajaran yang boleh dianggap sebagai "matlamat
proses pembelajaran" iaitu murid seharusnya telah memperoleh kemahiran baru, pengetahuan,
atau sikap selepas episod pembelajaran.

Taksonomi bermaksud satu set pengelasan yang disusun dan disesuaikan atas dasar yang
konsisten (Bloom, 1964).

Taksonomi Bloom telah diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi pendidikan iaitu Dr
Benjamin Bloom untuk menggalakkan bentuk pemikiran yang tinggi dalam pendidikan, seperti
menganalisis dan menilai yang bukan setakat mengingati fakta (pembelajaran hafalan) pada
tahun 1956. Beliau telah memperkenalkan tiga domain objektif pembelajaran dalam aktiviti
pengajaran atau pembelajaran, iaitu:

i) Kognitif: kemahiran mental (Pengetahuan)


ii) Afektif: perkembangnan perasaan atau emosi (Sikap)
iii) Psikomotor: kemahiran fizikal (Kemahiran)

Rajah 1 : Tiga Domain Objektif Pembelajaran Bloom

3
HBEF3203

1.1 Domain Kognitif

Domain kognitif melibatkan pengetahuan dan pembangunan kemahiran intelek (Bloom, 1956).
Ini termasuk mengingati atau mengenali fakta tertentu, corak prosedur, dan konsep yang
terkandung dalam perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. Objektif kognitif berubah-
ubah daripada mengingati kembali bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada
menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
Terdapat enam kategori utama, iaitu pengetahuan, pemahaman, penerapan, analisis, sintesis dan
penilaian yang bermula daripada tingkah laku yang paling mudah kepada yang paling kompleks.
Kategori boleh dianggap sebagai darjah kesukaran. Iaitu, perkara yang pertama biasanya mesti
dikuasai sebelum yang seterusnya boleh berlaku.

Sebagai contoh, matlamat aspek kognitif berorientasikan kepada kebolehan berfikir yang
termasuk kebolehan intelek yang mudah, iaitu mengingati, sehingga kemahiran menyelesaikan
masalah yang memerlukan pelajar menyambung dan menggabungkan beberapa idea, kaedah
atau prosedur yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, aspek kognitif adalah
subtaksonomi yang mendedahkan aktiviti mental yang sering bermula dari tahap pengetahuan ke
tahap tertinggi, iaitu penilaian.

1.2 Afektif

Domain afektif merangkumi aspek emosi misalnya perasaan, nilai, penghargaan, semangat,
minat, motivasi dan sikap.

Berikut adalah lima kategori domain afektif dari tingkah laku sederhana hingga kompleks
yang disusun oleh Bloom dan David Krathwol (1964) , iaitu:

i) Penerimaan

Kemampuan untuk menunjukkan penerimaan dan penghargaan terhadap orang lain

Contoh: menerima pendapat orang lain semasa perbincangan

4
HBEF3203

ii) Responsif

Kemampuan turut serta secara aktif dalam pembelajaran dan selalu motivasi untuk segera
bereaksi dan mengambil tindakan atas suatu perbincangan.

Contoh: menyertai perbincangan di dalam kelas

iii) Nilai diri

Kemampuan menunjukkan nilai yang diamalkan untuk membezakan baik, buruk terhadap
suatu kejadian atau objek, dan nilai tersebut ditunjukkan dalam perilaku.

Contoh : membantu orang yang dalam kesusahan

iv) Organisasi

Kemampuan membentuk sistem nilai dan budaya organisasi dengan mengharmonikan


perbezaan nilai.

Contoh: Bersepakat dan mematuhi etika profesion

v) Perwatakan

Kemampuan mengendalikan tingkah laku berdasarkan nilai murni dan memperbaiki


hubungan intrapersonal, interpersonal dan sosial.

Contoh: Menunjukkan kepercayaan ketika bekerja sendiri, bekerjasama dalam kelompok

1.3 Psikomotor

Domain psikomotor merangkumi pergerakan dan penyelarasan jasmani, keterampilan motor


dan kemampuan fizikal. Keterampilan ini dapat diasuh jika biasa melakukannya.
Perkembangan Psikomotor di ukur dari sudut kepantasan, ketepatan, jarak, cara atau teknik

5
HBEF3203

pelaksanaan. Domain psikomotor mempunyai hierarki tersendiri. Simpson (1972)


mengemukakan tujuh peringkat dalam domain psikomotor seperti berikut:

i) Persepsi

Kemampuan seseorang itu memerhatikan satu pergerakkan tertentu, melalui


pemerhatian itu, seseorang itu akan dapat mengingat pergerakan motor berkaitan
dengan pergerakan yang dilihat.

Contoh: Apabila pelajar melihat pergerakkan menggelecek dalam permainan bola


sepak, dia akan mengingat cara pemain menggelecek bola dan dapat menjelaskan
cara menggelecek dalam permainan bola sepak.

ii) Persediaan

Kemampuan untuk mempersiapkan diri, baik dari segi mental, fizikal, dan emosi
untuk melakukan sesuatu pergerakan.

Contoh: Selepas memerhatikan pergerakkan menggelecek bola sepak, pelajar dapat


mengingat pergerakan tersebut (persediaan mental) dan dengan itu bersedia untuk
melakukannya.

iii) Pergerakan Terkawal

Kemampuan melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari


dengan peniruan dan cuba jaya..

Contoh: Pelajar meniru cara pemain menggelecek bola sepak dalam permainan bola
sepak dan berkemampuan melakukan pergerakkan awal cara tersebut.

iv) Pergerakan Mekanistik

Kemampuan untuk melakukan sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir
dan yakin.

6
HBEF3203

Contoh: Pelajar berjaya meniru dan melakukan pergerakan menggelecek bola sepak
seperti yang diperhatikan.

v) Pergerakan kompleks

Kemampuan untuk melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap,


spontan, lancar dan tanpa ragu.

Contoh: pelajar dapat melakukan pergerakan menggelecek bola dalam permainan


dengan cekap dan licin tanpa meniru pemain.

vi) Pergerakan Suaian

Kemampuan melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu
keadaan tertentu

Contoh: pelajar berjaya melakukan pergerakan menggelecek dalam permainan


dengan cekap dan licin untuk masuk ke dalam ruang kecil

vii) Pergerakan Ciptaan

Kemampuan untuk melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin dalam
sesuatu keadaan tertentu.

Contoh: pelajar dapat melakukan pergerakan menggelecek baru dalam permainan


bola sepak dengan cekap dan licin.

7
HBEF3203

2.0 DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM

Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di
dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959.
Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini
bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Menurut Bloom et al.,
1989, idea pengelasan mengikut kategori tersebut dicadangkan dalam mesyuarat
jawatankuasa pemeriksa kolej semasa menghadiri Konvensyen Persatuan Psikologi Amerika
di Boston pada tahun 1984 . Elemen - elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua
aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini,
kita akan mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hinggalah yang tertinggi. Berikut
adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S
Bloom.

Rajah 2 : hierarki Taksonomi Bloom

8
HBEF3203

2.1 Elemen Pemikiran Aras rendah


2.1.1 Pengetahuan
Aras pengetahuan merupakan aras taksonomi yang paling rendah. Objektif pertama
domain kognitif ialah pengetahuan yang bermaksud keupayaan mengingat fakta, idea,
pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin, 1986). Ciri-
ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental
untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan
prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas. Terdapat tiga
tahap dalam aras pengetahuan ini, iaitu:
i) Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau
simbol.
ii) Pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau
prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
iii) Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu
bidang.

2.1.2 Kefahaman

Aras kefahaman merupakan elemen yang kedua. Aras ini memerlukan keupayaan murid
memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah
seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat
menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru. Aras kefahaman
ini terbahagi kepada tiga aspek pemahaman, iaitu:

i) Penterjemahan yang memerlukan pelajar menterjemah satu bahasa ke bahasa lain

tanpa menggubah makna asal.

ii) Mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri.

iii) Ekstrapolasi. Iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa

hadapan berdasarkan maklumat yang diberi.

9
HBEF3203

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti
jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.

2.1.3 Aplikasi.
Aras ini menguji keupayaan pelajar dengan menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan
prosedur. Pelajar perlu memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan
masalah pada aras ini. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi
mental. Secara ringkas, soalan aras ini biasanya melibatkan tiga jenis, iaitu analisis unsur,
hubungan dan prinsip. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan aras ini adalah
selesaikan, tunjukkan dan susunkan.

2.2 Elemen Pemikiran aras tinggi

2.2.1 Analisis
Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Pelajar
dikehendaki memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan
pertalian antara unsur-unsur pada aras ini. Analisis terbahagi kepada tiga jenis.
i) Analisis Unsur
Pelajar perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.
ii) Analisis hubungan
Pelajar perlu membuat perkaitan bukti dan hipotesis
iii) Analisis prinsip
Pelajar perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan
memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan
melihat perkaitan antara komponen.

2.2.2 Sintesis

Aras sintesis bermaksud keupayaan murid untuk menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-
bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih struktur, tersusun dan menyeluruh.

10
HBEF3203

Menurut Bloom (1971), salah satu bentuk penghasilan sintesis adalah menghasilkan
komunikasi unik dalam bentuk penulisan esei, puisi atau lukisan. Aras yang kelima ini terdiri
daripada tiga jenis sintesis, iaitu:

i) Sintesis penyampaian yang menghasilkan bentuk penyampaian dengan tujuan


tertentu. Contohnya, pelajar dapat menyampaikan perbahasan dengan hujah yang
menarik.
ii) Sintesis himpunan yang menghasilkan satu himpunan perlakuan. Misalnya,
pelajar dapat menyusun kandungan pelajaran untuk persediaan peperiksaan.
iii) Sintesis cadangan yang menghasilkan cadangan melalui andaian, analisis dan
hubungan yang abstrak. Contohnya, pelajar dapat mengemukakan teori yang
dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2.3 Penilaian
Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu
diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja,
penyelesaian, bahan dan sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti
tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Pertimbangan dalam penilaian
dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman dan pertimbangan dari
segi kriteria luaran.
Untuk keterangan lanjut, sila melayari: https://www.youtube.com/watch?v=GthgYBkL9u0

3.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA PENILAIAN


FORMATIF DAN PENILAIAN SUMATIF
3.1 Penilaian Formatif
Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan pelajar
setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang
terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku teks. Keputusan yang
diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukanlah untuk
memberikan gred atau kedudukan di dalam kelas (Lee Shok Mee, Mok Soon Sang
,1989). Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan

11
HBEF3203

pembelajaran murid-murid. Dengan itu kaedah dan isi pelajaran boleh disediakan.
Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-murid gagal dalam sesuatu unit pelajaran,
unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang sesuai seperti kaedah kumpulan.
Pencapaian murid akan dicatat dalam laporan prestasi dan maklumat ini akan
membantu guru merancang akitivit-aktiviti pemulihan serta mengubah strategi
pengajarannya jika perlu.

Contoh-contoh penilaian formatif ialah seperti pentaksiran bilik darjah (PBD) tahap 1
dan ujian bulanan.

3.2 Penilaian Sumatif

Menurut Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989), penilaian sumatif dikaitkan dengan
penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang
membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan
untuk membuat pemilihan. Penilaian dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang
perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan
dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. Penilaian
boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak
dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM
dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan
penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh
negara. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.

3.3 Persamaan Antara Penilaian Fomatif Dan Penilaian Sumatif

Berdasarkan utusan online pada 21 November 2017, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr
Amin Senin telah mengumunkan bahawa Kementerian Pendidikan tidak lagi
mengumumkan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
semata-mata, tetapi bersekali dengan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah

12
HBEF3203

(PBD). Ini bermaksud penilaian formatif dan penilaian sumatif juga perlu direkod dan
dianalisis serta membuat pelaporan setiap kali penilaian dan akan dilaporkan kepada
ibubapa.

Ini juga membuktikan penilaian formatif dan sumatif adalah bahagian yang paling
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kerana pelaksanaan penilaian dapat
menentukan keberhasilan , dan juga dapat diukur hasil yang dicapai oleh suatu program.

Di samping itu, kedua-dua jenis penilaian ini juga dapat diijadikan petunjuk, sama ada
pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru, pelajar dikehendaki
menduduki ujian untuk menentukan sama ada telah menguasai kemahiran asas yang
diperlukan. Sekiranya mereka sudah mencapai peringkat tertentu, barulah mereka
dibenarkan untuk mengambil mata pelajaran baru.

3.4 Perbezaan Di Antara Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif

Menurut Dr. Hj. Zulkeflee bin Hj. Yaacob (2016), penilaian formatif dan penilaian
sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan yang boleh dilihat dari pelbagai aspek
iaitu konsep, tujuan, aktiviti, masa, bentuk, sasaran, liputan, rekod dan tindakan seperti
berikut:

3.4.1 Pengertian
Penilaian formatif ditakrifkan sebagai satu jenis ujian formal atau tak formal
untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas, manakala
penilaian sumatif merupakan satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap
pencapaian dalam sesuatu tatap persekolahan.

3.4.2 Tujuan
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan murid
untuk membaiki kelemahan dengan kadar segera. Manakala, Penilaian sumatif
digunakan untuk mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit
pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas.

13
HBEF3203

3.4.3 Aktiviti
Penilaian formatif dijalankan secara formal atau tidak formal semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau
menyeluruh. Manakala, penilaian sumatif akan menjalankan ujian formal dalam
beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu mengikut kelas.

3.4.4 Masa
Penilaian formatif dijalankan semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap
hujung bulan. Manakala, Penilaian sumatif akan diadakan semasa semester
pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun).

3.4.5 Bentuk
Penilaian formatif merupakan ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soal
jawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan ujian pensel-kertas dan masa yang
singkat. Manakala, Penilaian Sumatif merupakan ujian formal adalah ujian
pensel-kertas atau ujian lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut
kesesuaiannya.

3.4.6 Sasaran
Penilaian formatif dijalankan secara individu, kumpulan atau kelas, manakala
penilaian sumatif dijalankan secara kelas.

3.4.7 Liputan
Penilaian formatif meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa
kemahiran (ujian formal), manakala penilaian sumatif meliputi beberapa unit
pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan.

14
HBEF3203

3.4.8 Rekod
Penialai Formatif penggunaan senarai semak atau rekod prestasi bagi ujian
formal tetapi tiada rekod bagi ujian tidak formal, kerana ujian tidak formal boleh
dijalankan secara pemerhatian. Ujian sumatif menggunaan rekod profil atau
pensijilan.

3.4.9 Tindakan
Guru boleh membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan
aktiviti pengayaan atau pemulihan di dalam kelas selepas ujian formatif,
manakala, penilaian sumatif akan digunakan untuk menempatkan murid
kumpulan atau kelas yang sesuai atau merancang dan mengubahsuai pelajaran
atau kurikulum. Di samping itu, biasanya sekolah akan memberi sijil berdasarkan
pencapaian dalam peperiksaan selepas penilaian sumatif.

3.4.10 Contoh,

Contoh ujian formatif adalah ujian bulanan ,lembaran kerja dan Pentaksiran
dalam bilik darjah (PBD). Contoh ujian sumatif termasuklah peperiksaan UPSR,
PMR, SPM, STPM dan seumpamanya.

4.0 DAPATAN PRESTASI PELAJAR SEBELUM DAN SELEPAS PELAKSANAAN


PROGRAM TMK DALAM PENDIDIKAN

Ujian merupakan kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengesan tahap pencapaian murid
serta keberkesanan pangajaran dan pembelajaran. Secara umumnya, terdapat dua jenis ujian
yang akan dijalankan iaitu ujian pra dan pasca. Skor ujian pra adalah skor yang diperoleh
pelajar sebelum pelaksanaan program manakala skor ujian pasca adalah skor yang diperoleh
pelajar selepas pelaksanaan program.

15
HBEF3203

Statistik asas merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis
dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif. Dalam ujian dan
peperiksaan, kaedah statistik digunakan untuk membuat analisis dan kesimpulan.
Ukuran memusat ialah ukuran yang mengambarkan skor tengah bagi sesuatu set data.
Ukuran memusat ini termasuklah mod, median dan min. Mod ialah skor yang mempunyai
kekerapan paling tinggi. Pengiraan median ialah skor tengah sesuatu set data, manakala min
ialah purata sesuatu set data.
Ukuran kedua bagi sesuatu set data ialah ukuran serakan iaitu ukuran yang menggambarkan
darjah serakan bagi sesuatu set data. Ukuran serakan taburan termasuklah julat , varians dan
sisihan piawai. Julat ialah perbezaan skor yang tertinggi dengan terendah, Varians ialah
ukuran serakan yang mengambil kira semua data yang ada, berbeza daripada julat yang
bergantung kepada dua ukuran sahaja, iaitu yang terendah dan tertinggi. Sisihan piawai
adalah ukuran serakan dan ia amatlah berkait dengan varians, iaitu sisihan piawai adalah
punca-ganda dua varians.

Statistik
Skor Ujian Pra Min 51.18
Median 50.00
Varians 277.122
Sisihan Piawai 16.647
Skor Terendah 23
Skor Tertinggi 89
Julat 66
Skor Ujian Pasca Min 59.50
Median 58.00
Varians 168.564
Sisihan Piawai 12.983
Skor Terendah 34
Skor Tertinggi 87
Julat 53

16
HBEF3203

Jadual 1: Statistik Deskriptif Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 1 di atas menunjukkan statistik asas Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi satu kumpulan pelajar
yang diajar melalui program TMK dalam pendidikan. Min skor ujian pra ialah 51.18 manakala
min skor bagi ujian pasca telah meningkat sebanyak 8.32 iaitu 59.50 semasa ujian pasca. Ini
menunjukkan bahawa markah purata murid telah meningkat selepas pelaksanaan program TMK
dalam pendidikan. Median skor ujian pra adalah 50 iaitu kurang daripada median skor ujian
pasca (58.00), ini menunjukkan kemajuan murid semasa pasca ujian, iaitu separuh daripada
murid tersebut telah berjaya mendapat skor 58 ke atas semasa ujian pasca. Jika bandingkan
varians kedua-dua ujian ini, varians skor ujian pra adalah lebih besar daripada varians skor ujian
pasca, iaitu ujian pra (277.122) dan ujian pasca (168.564), Begitu juga sisihan piawai skor
ujian pra adalah 16.647 lebih besar daripada sisihan piawai skor ujian pasca iaitu 12.983., ini
menunjukkan data skor ujian pra lebih bervariasi jika berbanding dengan data skor ujian pasca.
Jika dilihat pada skor terendah kedua-dua kali ujian ini, skor terrendah ujian Pra menunjukkan 23
markah jauh lebih rendah daripada skor terendah ujian pasca iaitu 34 markah, ini dapat
disimpulkan bahawa program TMK dapat membantu murid yang lemah dalam pendidikan.
Walaubagaimanapun, skor tertinggi bagi ujian pra adalah hampir sama dengan skor tertinggi
ujian pasca, iaitu 89 markah untuk ujian pra dan 87 markah untuk ujian pasca, ini mungkin
kerana kesukaran bagi kedua-dua kali ujian ini lebih kurang sama. Skor terendah dan skor
tertinggi di antara kedua-dua kali ujian ini telah menyebabkan julat di antara skor ujian pra
adalah 66 markah lebih tinggi berbanding dengan julat di antara skor ujian pasca iaitu 53 markah.

Secara kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa Program TMK yang dijalankan lebih
berkesan dan dapat meningkatkan pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

(2845 patah perkataan)

17
HBEF3203

RUJUKAN
Azizi Ahmad dan Mohd Isa Awang (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Bakar Nordin. (1987). Developing scale in affective domain. Occasional papers no.5. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia

Bloom, B.S., (Ed.). 1956. Taxonomy of educational objectives: The classification of educational

goals: Handbook I, cognitive domain. New York: Longman.

Bloom, B.S., Hasting, J.T., & Madaus, G.F. (1971). Handbook on formative and summative

evaluation of student learning. New York: Harper and Row Publisher.

Bloom, B. S., Krathwohl, D. R. & Masia, B. B. 1964. Taxonomy of educational objectives –

book 2 affective domain. London: Longman Group Limited.

Bloom, B. S. (1989). Taksonomi objektif pendidikan, buku pedoman 1: Domain kognitif (ed.).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Hj. Zulkeflee bin Hj. Yaacob (2016. Mei 6) Perbezaan Penilaian Formatif dan Sumatif ,

Dicapai dari http://saramahupsi.blogspot.com/2016/05/perbezaan-penilaian-dan-


pembelajaran.html

Fadzlena Jafar; Ridzuan Yop dan Irwan Shafrizan Ismail (2017. Nov11)), UPSR: Laporan empat

komponen, Dicapai dari https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan


/2017/11/353593/upsr-laporan-empat-komponen

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)

Mok S.S., Lee S.M., 1989. Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd, 1989.

18
HBEF3203

Mohamad Rosly Bin Mohamad Shah (2011. Nov 9) Perbezaan antara penilaian formatif dan

penialain sumatif, Dicapai dari http://mohdrosly78.blogspot.com/2011/11/perbezaan-


antara-penilaian-formatif-dan.html

Mok Soon Sang (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd.

Mok Soon Sang (2013). Falsafah dan Pendidikan Malaysia.Puchong: Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd.

Simpson, E. J. (1972). The Psychomotor Domain, vol. 3 Washington, DC: Gryphon House.

19

You might also like