You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL 3 / 2021

Tarikh : 13 September 2021 (Isnin)


Masa : 9.00 – 11.00 Pagi
Capaian : Google Meet https://meet.google.com/xkf-dfzg-uke

Kehadiran

Bil Nama Jawatan


1. En. Mohd Ismail bin Mohd Nor YDP
2. YM Dato’ Lela Bongsu Hj Muhamad Fairuz bin
Mohamad Sharip Naib Yang Dipertua
3. Pn. Noraini bt Abdul Aziz Penasihat
4. En. Sharifudin bin Idris GPK HEM
5. En. Mohd Aziz bin Ibrahim GPK Kokurikulum
6. Pn. Nurul Atiqah bt Jamalludin Setiausaha
7. Pn. Norliza bt Mahadzir Naib Setiausaha
8. Pn. Zarina bt Zorkeply Bendahari
9. Pn. Norhayati bt Yahaya AJK Guru
10. Pn. Siti Elyani bt Muda AJK Guru
11. Pn. Nurul Fatinah bt Abdul Malik AJK Guru
12. En. Muhamad Firdaus bin Mohd Azhar AJK Guru
13. En. Mohd Raizalhisyam bin Mohd Rais AJK Ibu Bapa
14. En. Mohd Khaire bin Mohamad AJK Ibu Bapa
15. En. Herrinizam bin Mohd Ghazali AJK Ibu Bapa
16. Pn. Liliyati bt Mohamad Yusof AJK Ibu Bapa
17. Pn. Hanisah bt Zat AJK Ibu Bapa

Tidak Hadir

Bil Nama Jawatan


1. En. Edi Mohd Ezral bin Mohammad AJK Guru
2. En. Mohd Fauzi bin Mohamad Nawi AJK Ibu Bapa
3. Pn. Yushalindasham bt Ibrahim AJK Ibu Bapa

AGENDA

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 YM Dato’ Lela Bongsu Hj Muhamad Fairuz bin Mohamad Sharip (NYDP)
memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah dan mengucapkan terima
kasih kepada semua pentadbir dan AJK PIBG yang hadir. Beliau selaku wakil
menggantikan YDP En. Mohd Ismail bin Mohd Nor mempengerusikan
mesyuarat ini kerana kesihatan YDP yang tidak mengizinkan untuk
mengendalikan mesyuarat ini.

1.2 NYDP meminta JK ibu bapa terutamanya dapat meluangkan masa untuk
memberi komitmen dengan menghadiri mesyuarat yang diadakan dan
bekerjasama untuk melaksanakan tugas dengan baik.

1.3 NYDP juga mengingatkan semua tentang perlunya mengamalkan norma


baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh
KPM untuk mencegah penularan wabak Covid-19.
2.0 UCAPAN ALUAN PENASIHAT

1.1 Penasihat mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK PIBG dan
komitmen yang diberikan sepanjang tahun ini dengan situasi negara yang
sedang menghadapi pandemik Covid-19.

1.2 Beliau menegaskan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG perlu


dilaksanakan segera sebelum 30 Oktober 2021 kerana telah tertangguh
selama 2 tahun.

1.3 Beliau memaklumkan bahawa pelaksanaan MAT perlu dijalankan secara


dalam talian. Sekolah perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan KPM
dan memenuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Makluman/Setiausah
a

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Pengerusi membentangkan Minit Mesyuarat AJK PIBG Bil 2/2020 untuk
pengesahan.

3.2 Minit mesyuarat diterima oleh semua AJK PIBG.

Pencadang : Nurul Atiqah bt Jamalludin


Penyokong : En. Mohd Khaire bin Mohamad

4.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.

5.0 LAPORAN KEWANGAN

5.1 Pembentangan laporan penerimaan dan baki kewangan dari 1 Januari 2020
sehingga 31 Julai 2020 oleh bendahari tanpa bantahan.

Pencadang : En. Herrinizam bin Mohd Ghazali


Penyokong : Pn. Liliyati bt Mohamad Yusof

Makluman

5.2 Bendahari membentangkan bilangan keluarga yang masih belum


menjelaskan sumbangan PIBG bagi Tahun 2021 iaitu seramai 60 buah
keluarga. Hal ini mungkin disebabkan ramai ibubapa yang kehilangan
pekerjaan dan terkesan dengan pandemic Covid-19.

Tindakan : Bendahari

6.0 LAPORAN GURU BESAR

6.1 Makluman kepada semua ahli mesyuarat tentang perancangan dan


persiapan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Tahun 2020 dan 2021. Tarikh
MAT PIBG adalah pada 18 September 2021.
6.2 Pihak sekolah telah menerima sumbangan sebanyak RM5000.00 daripada
YB Dato’ Dr. Mohamad Rafie untuk membina laluan berbumbung dihadapan
laluan utama SKTSR. Sekolah juga turut menerima sumbangan kewangan
daripada YB Khairy Jamaluddin sebanyak RM2000.00.

6.3 GB memaklumkan bahawa sekolah telah menerima bantuan iPad untuk


murid B40 dan iPad tersebut akan diagihkan kepada 44 orang murid Tahun
4 pada 15 September 2021. Bantuan tablet ini dibawah Program Cerdik dan
hanya 4 buah sekolah di daerah Rembau yang menerima bantuan ini.

6.4 Penyelenggaraan infrastruktur sekolah seperti syiling, pemasangan railing di


kaki lima sekolah, penutup longkang di sekeliling dataran sekolah dan
penukaran kesemua pintu kelas telah dilaksanakan.

6.5 Peruntukan penyelenggaran KPKP juga telah diterima untuk pembinaan


laluan kerusi roda berbumbung dari kantin ke kelas dan pemasangan
awning.

6.6 Penyelenggaran lain seperti baik pulih bumbung kantin, Prasekolah, baik
pulih pintu pagar utama masuk sekolah dan pemasangan awning di pondok
jaga juga telah dilaksanakan.

Makluman

7.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

7.1 Unit Kokurikulum memohon peruntukan sebanyak RM1885.00 untuk


pendaftaran pertandingan Robotik. Ahli mesyuarat telah memberi kelulusan
sebanyak RM1800.00.

7.2 HEM memohon peruntukan untuk melengkapkan prasarana persediaan


pembukaan sekolah seperti Kit Ujian Kendiri Covid, pelitup muka (NYDP
sponsor), penyukat suhu dan sanitizer. Ahli mesyuarat telah memberi
kelulusan sebanyak RM500.00.

7.3 Penasihat memohon sumbangan untuk kelancaran Mesyuarat Agung


Tahunan PIBG SKTSR pada minggu ini. Oleh itu pihak sekolah memerlukan
peruntukan PIBG bagi keperluan tersebut :-
a) Peralatan ICT untuk Google Meet (Bilik Green Screen) – RM 1000.00
b) Cerderamata – RM 563.90
c) Jamuan – RM 540.00

Tindakan : Bendahari
8.0 HAL-HAL LAIN

8.1 Penasihat memaklumkan berkaitan penataran dan pembukaan semula


sekolah. Sekolah akan dibuka secara penggiliran dengan kemasukan murid
tahap 1 dahulu kemudian murid tahap 2. Sekolah tetap akan dibuka dengan
SOP yang telah ditetapkan oleh KPM dan tertakluk kepada perubahan.

8.2 Guru kelas akan menyusun penggiliran murid mengikut kumpulan dan murid
yang mempunyai adik beradik akan disekalikan dalam satu kumpulan. Nama
murid akan diumumkan dalam KSIB.

8.3 Persiapan kelas akan dibuat 2 minggu sebelum sekolah dibuka. Jadual waktu
akan disusun semula.

8.4 Setiap kelas hanya ada 15 meja dan 15 kerusi murid sahaja. Selebihnya
perlu dikeluarkan.
8.5 UPKK akan diteruskan dan sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh
pihak JAKIM.

8.6 Penasihat memaklumkan tentang persaraan 2 orang GPK pada bulan


Disember ini iaitu Pn. Rohana bt Abdul Rahman (GPK 1) dan En. Sharifudin
bin Idris (GPK HEM).

8.7 NYDP mencadangkan agar pihak PIBG menyediakan piala pusingan untuk
keceriaan kelas.

8.8 Penasihat mengutarakan dan membincangkan beberapa usul/cadangan


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Tahun 2021. Antara usul yang
dibincangkan ialah :

8.8.1 Memansuhkan sumbangan PIBG Tahun 2020


8.8.2 Memohon melengkapkan bilik-bilik darjah dengan Televisyen Pintar.
8.8.3 Penyediaan water dispenser bagi kegunaan murid di SK Taman Seri
Rembau.

Makluman

9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan dengan mengharapkan sokongan daripada


semua pihak kepada guru besar dan pentadbiran sekolah dalam memacu hala tuju
sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Setiausaha
PIBG SK Taman Seri Rembau
Tarikh : 20 September 2021

You might also like