You are on page 1of 5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEK KEB DATO’ PENGHULU LUAK JEMPOL


72120 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-4584475, FAX: 06-4581102 NBA6025
Emel : nba6025@ppdjempoljelebu.net
_________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG BIL (2) 2020/2021

Tarikh : 14.8.2020
Hari : Jumaat
Masa : 8.15 malam
Tempat : Balai Muafakat, SKDPLJ

Kehadiran :

1. En. Mohd Najib bin Mat Asin Yang Dipertua


2. Ahmad Fitri bin Hamdan N. Yang Dipertua
3. En. Jaffry Ros bin Abu Kassim DNS,ANS,PMC,PJK Guru Besar
4. En. Rosli bin Talib GPK Pentadbiran
5. En. Mohd Amar bin Mohamad GPK HEM
6. En. Irwan Farid bin Idris GPK Ko-Kurikulum
7. Pn. Asiah binti Mohd Dom GPK PPKI
8. En. Mohamad Fairus bin Mohd Shah Setiausaha
9. Pn. Aidai binti Mohd Razali Pen. Setiausaha
10. Pn Nurhidayah binti Yaakop Bendahari
11. Pn. Samah binti Kamis Penolong Bendahari
12. En. Nordin bin Md Nor AJK Guru
13. En. Faiza bin Abdu Rahman AJK Guru
14. Pn. Nurul Khairiah binti Kahar AJK Guru
15. Cik Marliza binti Ghazali AJK Guru
16. Pn. Saerah binti Karin AJK Guru
17. Pn. Zakiah binti Hashim AJK Guru
18. Pn. Ainin Syakirah binti Adzman AJK Guru
19. En. Mohd Tasha bin Rahim AJK Ibu bapa
20. Pn. Ruzila binti Adam AJK Ibu bapa
21. Pn. Hafsah binti Djahari AJK Ibu bapa
22. Pn. Norisna Aidawaty binti Mohd Jamil AJK Ibu bapa
23. Pn. Noorhasliza binti Abd Rahman AJK Ibu bapa
24. Pn. Azizah binti Mamat AJK Ibu bapa
25. Pn. Nor Suraya binti Aziz AJK Ibu bapa

Tidak Hadir :

1. Pn. Radiah binti Basiron AJK Ibu bapa


2. Pn. Ummi Saleha binti Sulaiman AJK Ibu bapa

1
Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Guru Besar
3. Pembentangan Laporan Kewangan
4. Perkara Berbangkit
5. Penutupan akaun lama
6. Pembukaan akaun baharu
7. Hal-hal lain.

1.0 Ucapan Pengerusi (En Mohd Najib bin Mat Asin)

1.1 Tuan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al-
Fatihah.
1.2 Beliau mengalu-alukan kedatangan ahli jawatankuasa PIBG ke mesyuarat
dan mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang hadir.

2.0 Ucapan Guru Besar (En. Jaffry Ros bin Abu Kassim DNS,ANS,PMC,PJK)

2.1 Guru Besar mengalu-alukan kedatangan ahli jawatankuasa ke mesyuarat dan


mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang hadir. Beliau
memaklumkan bahawa mesyuarat kali pertama PIBG 2020 / 2021 harus
segera dijalankan selepas Mesyuarat Agung PIBG dan pelantikan ahli
jawatankuasa yang baharu.
2.2 Guru Besar memaklumkan mengenai kekurangan guru seramai 2 orang.
2.3 Beliau turut memaklumkan kutipan sumbangan PIBG masih berterusan
sebanyak RM90.00 sahaja untuk aktiviti dan program sekolah.
2.4 Makluman mengenai sesi persekolah telah bermula pada 15 Julai 2020 dan
mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) yang di tetapkan oleh Majlis
Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
2.5 Sekolah telah membuat pengeluaran RM1000.00 untuk persiapan
pembukaan sesi persekolahan seperti alat penyukat suhu, tali keselamatan,
bahan sanitasi, perpaipan dan tempat mencuci tangan.
2.6 Guru Besar mengalu-alukan AJK PIBG agar turut serta membantu pihak
sekolah dalam pengurusan murid seperti mengambil suhu.
2.7 Beliau juga memaklumkan mengenai masalah yang timbul apabila sesi
persekolahan habis kerana kurang kawalan dan telah ditegur oleh pihak
polis / tentera yang bertugas.
2.8 Guru Besar memaklumkan sekolah telah mengambil tindakan dengan
membuat pemantauan setelah tamat sesi persekolahan serta setelah selesai
Kelas Agama Petang (KAP).

2
2.9 Guru Besar membentangkan jawatankuasa kerja / pelaksana kertas kerja
Istiadat Pemasyhuran.
2.9.1 Istiadat berkonsepkan kenduri rakyat.
2.9.2 Kertas kerja cadangan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Salim
b. Mohd Sharif bertemakan ‘Budaya dan Budi’ yang berteraskan adat
dalam kehidupan murid di sekolah.
2.9.3 Baju T-shirt akan diberi percuma kepada ajk PIBG untuk dipakai
semasa persiapan majlis.

Makluman : Ibu bapa & guru

3.0 Pembentangan minit mesyuarat AJK PIBG kali ke 2 (2020 / 2021)

3.1 Cadangan pengesahan minit mesyuarat : Pn. Ruzila binti Adam


3.2 Sokongan : Pn. Samah binti Kamis.

Makluman : semua AJK

4.0 Laporan Kewangan

4.1 Pn. Nurhidayah binti Yaakop memaklumkan surat sumbangan PIBG diberikan
kepada ibu bapa penjaga sebelum hari kecemerlangan. Guru kelas juga telah
maklumkan dalam Whatsapps group kelas.
4.2 Beliau juga telah membentangkan Laporan kewangan dari bulan Januari –
Mei berjumlah RM32,801.60.

5.0 Perkara Berbangkit

5.1 Makluman oleh Pn. Samah binti Kamis mengenai akaun Bank Rakyat PIBG
tidak boleh dibuka kerana pihak bank memerlukan sijil pendaftaran PIBG
yang asal.
5.2 Beliau juga telah memaklumkan bahawa sijil Pendaftaran PIBG telah
diperolehi dan pihak berkenaan akan membuat pertukaran akaun bank PIBG
kepada Bank Rakyat untuk memudahkan urusan.
5.3 Pn. Nurul Khairiah binti Kahar memaklumkan duit kecemerlangan tahun
enam telah dipulangkan kepada murid semula dan ada segelintir ibu bapa
yang mohon wang tersebut disumbangkan ke akaun PIBG.

6.0 Penutupan Akaun Lama

6.1 Hasil perbincangan mesyuarat, semua ahli sebulat suara membuat keputusan
untuk menutup akaun lama PIBG di PUBLIC Bank Berhad.

3
7.0 Pembukaan Akaun Bank Baharu, Pertukaran Tandatangan dan Pengesahan
Buku akaun PIBG, Sek. Keb. Dato Penghulu Luak Jempol.

7.1 Semua ahli mesyuarat telah bersetuju membuka akaun PIBG yang baharu di
Bank Kerjasama Rakyat serta menukar tandatangan dan mengesahkan buku
akaun PIBG, Sk Dato’ Penghulu Luak Jempol.

Pemegang Akaun : i) En. Mohd Najib bin Mat Asin


Jawatan : Yang Di Pertua PIBG
790911-06-5155
ii) Pn. Nurhidayah binti Yaakop
Jawatan : Bendahari PIBG
890526-05-5012
iii) En. Mohamad Fairus bin Mohd Shah
Jawatan : Setiausaha PIBG
790610-13-5439

7.2 Mesyuarat telah memutuskan urusan pengeluaran wang, sekurang-kurangnya 2


daripada 3 orang pemegang akaun yang telah dinyatakan diatas.

7.3 En. Mohd Najib bin Mat Asin kekal sebagai Yang Di Pertua PIBG, SK Dato’
Penghulu Luak Jempol

7.4 Pn. Nurhidayah binti Yaakop kekal sebagai Bendahari PIBG, SK Dato’ Penghulu
Luak Jempol

7.5 En. Mohamad Fairus bin Mohd Shah merupakan setiausaha PIBG yang baharu
menggantikan setiausaha yang lama.

Tindakan & Makluman : AJK

8.0 Penutupan Akaun lama.

8.1 Mesyuarat memutuskan bahawa akaun lama PIBG di Public Bank Berhad,
cawangan Bahau perlu ditutup untuk memudahkan pengurusan kewangan.

9.0 Hal-hal lain.

9.1 En. Rosli bin Talib memaklumkan pembelajaran dan pengajaran secara
bersemuka di dalam kelas dan secara maya tetap diteruskan dan berharap ibu
bapa bekerjasama dalam talian walaupun murid telah kembali ke sekolah seperti
biasa. Beliau juga memaklumkan perubahan jadual waktu persekolahan dan
perubahan lirik lagu sekolah yang baharu.

4
9.2 En. Ahmad Fitri bin Hamdan meminta agar pihak sekolah mengeluarkan
makluman rumusan mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakkan (PKP). En. Rosli bin Talib
memberi respon dengan mengatakan bahawa topik semasa PKP menggunakan
kaedah penjajaran kurikulum yang baharu bermula bulan Mac sehingga Ogos.
Garis panduan telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
9.3 Tuan Guru Besar memaklumkan peperiksaan akhir tahun dan juga sambutan lain
seperti Hari Apresiasi Murid / Hari Kecemerlangan murid akan dilaksanakan
mengikup SOP yang ditetapkan.
9.4 En. Rosli bin Talib memohon agar AJK turut serta dalam Istiadat Pemasyhuran
sekolah.
9.5 Beliau turut bertanya mengenai bajet Istiadat tersebut kepada ahli jawatankuasa
yang lain.
9.6 Yang Dipertua PIBG En. Mohd Najib bin Mat Asin memaklumkan sumbangan
PIBG untuk istiadat pemasyhuran sekolah adalah sebanyak RM5000.00 sahaja.
Makluman Ibu bapa & guru

10.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 malam.

Makluman : Ibu bapa & guru

Disediakan oleh,

.................................................................
(MOHAMAD FAIRUS BIN MOHD SHAH)
Setiausaha PIBG,
Sek. Keb. Dato’ Penghulu Luak Jempol

You might also like