You are on page 1of 6

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 14(1)

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA


PIBG BIL (03)/2022/23

Tarikh : 1 April 2022 (Jumaat)

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Hotel Everly, Putrajaya

Kehadiran:

1. Lt. Kol (B) Rainizuddin Hanur bin Harith Yang Dipertua - Pengerusi

2. Pn Hanita binti Kamal Arif Guru Besar - Penasihat

3. En Mohd Fuad bin Yahya Naib Yang Dipertua

4. Pn. Nurhaslina binti. Mohd Hanip PK Pentadbiran &


Kurikulum
5. En Mohd Zainuddin bin Abdul Ghani PK Hal Ehwal Murid

6. Pn. Zuliana binti Zam Zam PK Kokurikulum

7. Nor Hasiah binti Ismail PK Pendidikan Khas

8. Pn Musfirah binti Al Mubarak Naib Bendahari

9. Che Suharra binti Che Ali Mohamed AJK

10. En. Mohammad Faizal bin Ramli AJK

11. Pn Norzaila binti Ab. Rahman AJK

12. Pn. Haliza binti Abdul Aziz AJK

13. En. Mohd Zul-Izzi bin Mat Yusof AJK

14. Pn Suraya Hani binti Othman AJK

15. En. Noor Azizi bin Arifin AJK

16. En Mohd Mahfuz bin Mohd Isa AJK


17. Pn Norsharin binti Alias AJK

18. En. Ahmad Fahmi Bin Zulkifli Setiausaha


Tidak Hadir Bersebab :
1. Pn. Zakiah Hanim binti Ahmad Bendahari - Kuarantin

2. Pn. Naidayatunor binti Abu Bakar Setiuasaha - Lawatan


Penanda Aras
3. Pn. Erwani binti Ismail AJK - Urusan Kerja

4. En. Muhamad Khairul Anwar bin Hamidon AJK - Tugas Luar

5. En. Norhamidi Bin Leham AJK - Di luar kawasan

6.. En. Jamaluddin bin Jaapar AJK - Urusan Kerja

7. Pn. Nur Khairiah binti Chek Kassim AJK - Lapor DIri di jabatan
Baru
8. Pn. Zuliah binti Sapuan Juru Audit Luar - Urusan
Keluarga

1. UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA

1.1 Tuan Yang Dipertua merakamkan ucapan terima kasih dan mengalu-alukan
kehadiran semua AJK yang menghadiri Mesyuarat PIBG Kali ketiga bagi Sesi
2022/2023.
1.2 Tuan Yang Dipertua meminta menyemak dan pembetulan minit sebelum memulakan
agenda mesyuarat.

Makluman : Semua AJK

2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AJK BIL 3 SESI 2021/22

2.1 Yang Dipertua telah membentangkan minit Mesyuarat AJK PIBG Bil (3) sesi 2022/23.

2.2 NYDP mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dengan pembetulan dan
disokong oleh PKHEM.

Makluman : Semua AJK


3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Admin Facebook PIBG


3.1.1 Setiausaha dikehendaki menghubungi Puan Khairiah, AJK lepas untuk
mendapatkan password facebook tersebut. Password tersebut boleh diserahkan
pada NYDP untuk mengaktifkan Facebook tersebut.
Tindakan : Setiausaha
3.2 Perancangan Aktiviti Tahun 2022 mengikut biro telah dibentangkan oleh semua
Ketua Biro.
3.2.1 YDP akan mencadangkan peruntukan Kewangan dalam mesyuarat akan datang.
Makluman : Semua AJK
3.3 Keselamatan Jalan Raya
3.3.1 Biro Keselamatan akan mencari sukarelawan untuk menjaga lalu lintas jika tidak
dapat disediakan oleh pihak Rela.
Tindakan : Biro Keselamatan

4. PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN PIBG TERKINI

4.1 Bendahari menyampaikan Laporan Kewangan PIBG bagi bulan Februari 2022
sehingga Mac 2022. Baki di dalam bank adalah RM14,731.25 dan tunai di tangan
RM126.00. Laporan tersebut adalah seperti di Lampiran 1.

Makluman : Semua AJK

5. PENYELENGGARAAN SEKOLAH

5.1 PAGAR

5.1.1 YDP memaklumkan telah berbincang dengan Encik Jamal untuk menukarkannya
dengan pagar spesifikasi yang lain.

5.1.2 Guru besar meminta untuk memaklumkan kepada CC sekolah sekiranya hendak
memulakan penukaran jenis pagar.

Tindakan : Biro Keceriaan dan Kebersihan


5.2 TANDAS

5.2.1 Ada 12 buah tandas murid lelaki dan perempuan yang perlu diubahsuai/diperbaik.
Kos untuk pengubahsuaian tandas bagi satu kubikel adalah dalam anggaran
RM50,000. YDP meminta pihak kontraktor untuk melihat semula kos apabila
pihak luar boleh masuk semula ke dalam kawasan semula untuk kenalpasti
semula anggaran kos sebenar pengubahsuaian tandas.

5.2.2 Biro Kebajikan dikehendaki menyiapkan kertas kerja diatas untuk dibentangkan
dalam mesyuarat akan datang untuk pihak PIBG mencari penderma.

Tindakan : Biro Kebajikan

5.3 BILIK ICT STUDIO

5.3.1 Pencarian dana akan diusahakan oleh YDP sendiri bagi mewujudkan bilik ICT
Studio yang telah dirancang oleh pihak sekolah.

Makluman : Semua AJK

5.4 WAKAF

5.4.1 Biro Kerohanian telah mencadangkan pembinaan wakaf untuk murid - murid
beribadat.

5.4.2 Biro Kerohanian dikehendaki membuat kertas kerja perkara tersebut untuk
dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

Tindakan : Biro Kerohanian

5.5 SUMBANGAN UNTUK RBT

5.5.1 YDP memaklumkan bahawa untuk menangguh dahulu bagi melihat dana yang
akan diperoleh oleh RBT dari kewangan lain sebelum ditampung oleh pihak PIBG.

Makluman : Semua AJK


6. SAMBUTAN HARI GURU

6.1 Guru besar memaklumkan tiada apa-apa perancangan awal untuk sambutan hari
guru. Pihak sekolah akan berbincang dengan PIBG pada mesyuarat seterusnya
sekiranya ada perancangan baharu.

Makluman : Semua AJK

7. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SESI 2022/23

7.1 YDP memaklumkan bahawa mesyuarat perlu diadakan sebelum 30 Jun 2022.
Selepas daripada itu, AJK PIBG ibu bapa perlu ditukar melalui undian baharu oleh
ibu bapa. Ia merupakan arahan daripada Jabatan Pendidikan WP Putrajaya.

7.2 Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

Makluman : semua AJK

8. HAL - HAL LAIN

8.1 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa tiada apa - apa makluman
untuk aktiviti sekolah seperti sukan dan lain - lain. Hanya menunggu kelulusan dari
YBMK Pendidikan, Dato’ Dr, Radzi Jidin untuk melakukan aktiviti fizikal di dalam
sekolah.

8.2 Pn. Norsharin memaklumkan sekolah boleh membuat cenderamata untuk dijual
bagi mendapatkan dana untuk PIBG.

8.3 En. Fuad memaklumkan sekiranya ada cikgu yang menetap di Presint 12, 14 dan 15
boleh memaklumkan kepada beliau sekiranya ada apa - apa isu atau bantuan untuk
program - program sekolah.

Makluman : Semua AJK

9. UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YANG DIPERTUA PIBG SESI 2021/2022

9.1 Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2021/2022, Lt. Kol. (B) Rainizuddin Hanur bin Harith
mengucapkan terima kasih kerana sudi untuk hadir pada sesi mesyuarat ini.

9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.40 petang.


Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………...................................... ……..………..Rainizuddin………………….
Ahmad Fahmi Bin Zulkifli Lt. Kol. (B) Rainizuddin Hanur
Naib Setiusaha Yang Dipertua
Persatuan Ibu bapa Dan Guru Persatuan Ibu bapa Dan Guru
SK Putrajaya Presint 14(1) SK Putrajaya Presint 14(1)

LAMPIRAN :
1. Kedudukan Kewangan Terkini . 31 Mac 2022

You might also like