You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PIBG KALI PERTAMA 2022/2023

Tarikh : 13 Ogos 2022


Masa : 12.15 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Convent Green Lane

Kehadiran:

1.Encik Syed Ahmad Safarudin bin Syed Zainal Abidin


2. Puan Norul Huda bt Mohamad Yunus
5. Puan Ganesvaree a/p Ramasamy
6. Puan Syamimi Izzati Binti Elias
7. Encik Rasul Vijai Bin Abdullah
9. Encik Mohamad Nizam bin Mohd Nasir
10. Puan Nor Hazliza binti Mohd Razali
11. Puan Surina binti Abdul Majid
12. Puan Julini binti Abdussalam
14. Encik Lee Wee Hian
14. Puan Annie Khoo Swan Ann
15. Encik Lee Sooi Keat
16. Encik Mohd Azrul Nizam Bin Md Tahir
17. Encik Mustaffa Kamal Bin Esa

Tidak Hadir
1. Puan Geetha a/p V. Balakrishnan
2. Puan Janice Loh Shiau Ting
3. Cik Amira Nazneen binti Abd Rahman
4. Puan Nor Fatimah binti Abdul Rahman
5. Puan Nur Akma Nawwarah binti Mohamad Nasir
6. Cik Shareenjit Kaur

AGENDA
1. Ucapan YDP
2. Ucapan Penasihat
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
4. Perkara-perkara Berbangkit

1
5. Hari Sukan Tahunan SKCGL Tahun 2022
6. Hal-hal Lain
7. Ucapan Penangguhan

1.0 UCAPAN YDP PIBG


1.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua pentadbir, AJK Ibu
Bapa dan Guru ke mesyuarat kali pertama bagi sesi 2022/2023.

1.2 YDP menyatakan bahawa mesyuarat pada hari ini bertujuan untuk membincangkan
mengenai persediaan Hari Sukan Tahunan SKCGL Tahun 2022.

Tindakan: Untuk makluman

2.0 UCAPAN PENASIHAT

2.1 Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semua pentadbir dan AJK PIBG.

2.2 Guru Besar menyatakan bahawa Hari Sukan merupakan acara yang besar dan
berharap segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Tindakan: Untuk makluman

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 AJK PIBG membentangkan minit mesyuarat pertama sesi 2021/2022 yang lalu.

3.2 Semua AJK PIBG meneliti minit mesyuarat pertama sesi 2021/2022 bertarikh 18
Jun 2022.

3.3 Encik Rasul mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Encik
Lee Sooi Keat.

Tindakan: Untuk makluman

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Penukaran papan putih


4.1.1 YDP menyatakan bahawa keadaan papan putih di dalam kelas sangat tidak
memuaskan.
4.1.2 YDP menyatakan bahawa ada cadangan untuk menukar 13 buah papan putih.
Namun, bergantung kepada kewangan PIBG.

2
4.1.3 Guru Besar menyatakan bahawa kutipan sumbangan dari ibu bapa akan dibuat.
Kelulusan daripada JPN diperlukan terlebih dahulu sebelum memulakan kutipan.

4.2 Penaiktarafan tandas


4.2.1 Untuk projek menaiktaraf tandas, YDP menyatakan bahawa pada mesyuarat
seterusnya, perbincangan akan dibuat Puan Geetha untuk tindakan selanjutnya.

4.3 Masalah disiplin sekolah

4.3.1 Puan Surina memberitahu bahawa ada CCTV yang tidak dapat berfungsi untuk
merakam suasana di kantin. Terdapat juga CCTV di kawasan sekolah yang tidak dapat
berfungsi merakam persekitaran sekolah dari tahun 2020.

4.3.2 YDP menyatakan bahawa hal ini perlu diselesaikan dengan menyelenggara
CCTV demi keselamatan murid-murid di sekolah.

4.3.3 Puan Hazliza menyatakan bahawa terdapat kawasan sekolah yang tiada
pengawasan CCTV. Oleh itu, perlu diusahakan untuk memasang CCTV di seluruh
kawasan sekolah.

4.3.4 YDP menyatakan bahawa pihak sekolah perlu berhubung dengan syarikat yang
memberi perkhidmatan menyediakan CCTV di sekolah untuk tujuan membaik pulih
dan memasang CCTV.

Tindakan: Untuk makluman

5.0 HARI SUKAN TAHUNAN SKCGL TAHUN 2022

5.1.1 Guru Besar menyatakan pihak sekolah dalam proses untuk mendapatkan
persetujuan Datuk Nicol Ann David untuk perasmian Hari Sukan Sekolah. Guru-guru
sedang menunggu maklumbalas daripada pihak Datuk Nicol Ann David.

5.1.2 Guru Besar memaklumkan sekiranya tidak dapat menjemput Datuk Nicol Ann
David, pihak sekolah akan menjemput pegawai prosa PPD untuk merasmikan Hari
Sukan Sekolah.

5.1.3 Puan Julini memaklumkan bahawa Hari Sukan akan diadakan pada tarikh 24
September 2022, jam 8.30 pagi – 11.00 pagi.

5.1.4 Puan Julini memaparkan slaid acara sukan yang akan diadakan semasa Hari
Sukan.

5.1.5 Puan Julini menyatakan bahawa acara sukan bagi ahli PIBG juga akan diadakan.

3
5.1.6 YDP meminta cadangan daripada AJK PIBG mengenai acara yang akan diadakan.
Acara yang dicadangkan ialah acara tarik tali dan lari dalam guni. Peralatan yang
diperlukan untuk acara tersebut perlu disediakan oleh AJK ibu bapa. Sekiranya masa
tidak mencukupi, hanya satu acara yang akan dijalankan.

5.1.7 Puan Julini menyatakan bahawa Hari Sukan Sekolah akan diadakan di padang
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dan membentangkan ‘floor plan’
semasa Hari Sukan.

5.1.8 Puan Julini memaklumkan anggaran perbelanjaan untuk Hari Sukan setakat ini
ialah RM9665.

5.1.9 Pihak AJK PIBG bersetuju untuk menempah medal besi sebagai hadiah kepada
pemenang-pemenang acara Hari Sukan nanti.

5.2.1 Guru Besar menyatakan bahawa Bantuan Sukan Tahunan yang diterima ialah
dalam anggaran RM4000 sahaja. Perbelanjaan selebihnya memerlukan sumbangan
dari pihak PIBG.

5.2.2 YDP memaklumkan bahawa anggaran perbelanjaan untuk Hari Sukan ialah
RM10, 000. Guru Besar akan mencari alternatif bagi mendapatkan baki lagi
RM6000 untuk mencukupkan perbelanjaan.

5.2.3 Puan Julini menyatakan bahawa acara sukaneka akan melibatkan semua murid
Tahap 1. Pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga akan menerima medal.

5.2.4 Semua AJK PIBG bersetuju untuk memberikan hadiah saguhati kepada
pemenang tempat keempat bagi acara sukaneka. Encik Rasul akan memberikan
sumbangan untuk hadiah saguhati.

5.2.5 YDP PIBG meminta pihak sekolah untuk menyenaraikan segala kos perbelanjaan
Hari Sukan secara menyeluruh termasuk dari penyumbang yang telah dikenalpasti.

Tindakan: Untuk makluman

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 YDP menyatakan bahawa tempahan t-shirt PIBG yang diterima dari ibu bapa
adalah sangat sedikit. Oleh itu, AJK PIBG bersepakat untuk melanjutkan tarikh
tempahan sehingga 30.8.2022. Tempahan secara tunai akan dibuka melalui borang
yang akan diedarkan kepada guru kelas.

6.2 Anggaran tarikh untuk mengedarkan t-shirt PIBG ialah pada 17 September 2022.
Bantuan dari AJK PIBG diperlukan untuk edaran t-shirt kepada ibu bapa.
Tindakan: Untuk makluman

4
7.0 UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 YDP mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua AJK PIBG yang hadir.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3 petang.

Tindakan: Untuk makluman

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. ………………………………
(SYAMIMI IZZATI BINTI ELIAS) (SYED AHMAD SAFARUDIN
BIN SYED ZAINAL ABIDIN)

AJK PIBG Yang DiPertua PIBG


SK Convent Green Lane SK Convent Green Lane

You might also like