You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT MESYUARAT

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN


BIL 2 / 2022

TARIKH : 05.10.2022
HARI : Rabu
TEMPAT : Bilik RBT
MASA :1.30 – 3.00 Ptg

KEHADIRAN :
1. Puan Azizah Binti Abu Bakar (PK Kokurikulum)
2. Encik Mohd Affendi Bin Abd Jamil (Ketua Panitia)
3. Encik Muhammad Naim Bin Abd Ghani ( S/u Panitia)
4. Encik Mohd Azrul bin Abdulrohman (Ahli Panitia)
5. Encik Mohd Nizar Bin Ahmad (Ahli Panitia)
6. Encik Muslim Bin Md Isa (Ahli Panitia)
7. Cik Umikalsum Binti Bakar (Ahli Panitia)

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Encik Mohd Affendi Bin Abd Jamil selaku Ketua Panitia RBT mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan ahli panitia kerana hadir
mesyuarat pada hari ini.
1.2 Pengerusi juga berharap mesyuarat pada hari ini dapat berjalan dengan lancar.

makluman :Semua AJK


2.0 Kata Aluan Pihak Pentadbir
2.1 Puan Azizah Binti Abu Bakar selaku Penolong Kanan Kokurikulum
mengucapkan tahniah kepada Panitia PJK kerana berjaya melaksanakan
mesyuarat panitia kali yang kedua bagi tahun 2022. Beliau juga berharap guru
dapat menjalankan tugas dengan baik bagi memantapkan lagi PdP PJK.

makluman :Semua AJK

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 1/2022


3.1 En Muhammad Naim selaku setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan membentangkan minit mesyuarat kali Pertama bagi tahun 2022 untuk
disahkan.

Pencadang : En. Mohd Nizar Bin Ahmad


Penyokong : En. Mohd Azrul Bin Abdulrohman
4.0 Perkara – Perkara Berbangkit
4.1 Perkara 6, Encik Mohd Affendi meminta agar lebih banyak siri PLC diadakan
supaya tahap kecekapan guru RBT dapat dipertingkatkan.

Makluman dan tindakan :Semua AJK

5.0 Maklum Balas Berkaitan Pencapaian Murid Sepanjang Penggal 1


5.1 Pencapaian Murid bagi setiap kelas tahun 2 hingga 6 bagi matapelajaran PJK
berada pada prestasi yang baik berada pada tahap penguasaan 4 dan 5. Namun
begitu, pencapaian murid boleh dipertingkatkan lagi pada penggal kedua.

Makluman dan Tindakan :Semua AJK

6.0 Laporan PBD Penggal 1


6.1 Berikut adalah laporan Pentaksiran Bilik Darjah untuk penggal pertama 2022.

TAHUN TAHAP PENGUASAAN JUMLAH


MURID
DITAKSIR
TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
Tahun 1 12 47 59
Tahun 2 29 29 58
Tahun 3 43 28 71
Tahun 4 38 38 76
Tahun 5 37 34 71
Tahun 6 31 54 86

Makluman :Semua AJK

7.0 Hal-Hal Lain


7.1 Encik Mohd Affendi memaklumkan bahawa panitia telah membuat pembelian bagi
peruntukkan semasa tahun 2022 dengan membuat pembelian seperti bola sepak,
bola balik, penanda, jaring bola baling, set baju traning dan lain-lain lagi.
7.2 Semua guru boleh menggunakan barang tersebut yang boleh didapati di dalam
bilik PJK.
7.3 Semua barang yang telah digunakan mestilah direkod penggunaannya dan
pemulangannya dalam buku rekod peralatan.
7.4 Bilik PJK akan ditingkatkan keceriaanya dan mohon jasa baik guru-guru bagi
memastikan bilik PJK berada dalam keadaan kemas dan baik setelah
menggunakan alatan sewaktu PJK.

.
Makluman dan tindakan : Semua AJK
8.0 Penutup
8.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat
yang berikutnya pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak pentadbir.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………….. ………………………………
(Muhammad Naim Bin Abd Ghani) (En Mohd Affendi Bin Abd Jamil)
Setiausaha Panitia PJK Ketua Panitia PJK
SK Teluk Wang SK Teluk Wang

Disahkan oleh:
…………………………..
(Mohd Jasni Bin Ramli)
Guru Besar
SK Teluk Wang

You might also like