You are on page 1of 2

SPSK PK07-03

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA


LORONG MAAROF,BUKIT BANDARAYA,
59000, BANGSAR KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BIL 2/2022/2023

Tarikh : 25 Julai 2023


Masa : 2.00- 3.30 Petang
Tempat : Bilik Seni SMK Bukit Bandaraya
Pengerusi : Pn Fatiem binti Abdul Mutalif
Kehadiran :
1. En Zairul Syazeri Bin Zainal Abidin
2. Pn.Nurliza binti Mohd Khalil
3. Pn. Fatiem binti Abdul Mutalif
Nama Yang Tidak Hadir : Tiada
Urus Setia/ Setiausaha : En Zairul Syazeri B Zainal Abidin

1.0 UCAPAN ALU- ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat
bersemuka ini.
1.2 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua guru kerana telah
menjalankan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun ini.
.

Tindakan: Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pn. Nurliza binti Mohd Khalil mengesahkan minit mesyuarat bil 1/2023 dan disokong sebulat
suara oleh semua ahli panitia.

Tindakan: Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1.1 Peperiksaan Sumatif 2 dan Peperiksaan Petengahan Tahun 2023
Pengerusi telah mengingatkan untuk guru-guru penggubal soalan untuk
menyediakan soalan peperiksaan Pertengahan tahun
SPSK PK07-03
3.1.2 Senarai guru penggubal soalan adalah seperti di bawah

Nama Penyelaras Tingkatan


Tingkatan 1 Pn. Fatiem binti Abdul Mutalif
Tingkatan 2 Pn. Fatiem binti Abdul Mutalif
Tingkatan 3 En. Zairul Syazeri B Zainal Abidin
Tingkatan 4 Pn Nurliza binti Mohd Khalil
Tingkatan 5 En Zairul Syazeri B Zainal Abidin

Tindakan: Makluman

3.2 Penghantaran E-RPH


3.2.1 Pengerusi mengingatkan ahli panitia supaya menghantar E-RPH setiap minggu
walaupun lewat.
3.2.2 E-RPH sepatutnya di sediakan setiap hari sebelum PDPC berjalan.

Tindakan: Makluman

3.3 Melengkapkan Pentaksiran Bilik darjah (PBD)


3.3.1 Pengerusi mengingatkan agar guru-guru melengkapkan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) setiap tingkatan mengikut masa yang ditetapkan.

Tindakan: Makluman
3.4 Semakan Buku
3.4.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru menyemak dan mengumpulkan buku latihan serta
menghantar kepada penyemak mengikut jadual yang telah disediakan oleh pentadbir.
3.4.2 Beliau berharap guru dapat memberikan kata semangat kepada pelajar sewaktu
penandaan penyemakan buku.
Tindakan: Makluman
3.5 Pencerapan Guru 2023
3.5.1 Pengerusi berharap agar guru-guru bersedia untuk dicerap oleh Pegawai Penilai yang
telah di aturkan oleh pihak pentadbir.

4.0 Hal-hal lain


4.1 Pengerusi meminta cadangan dari guru-guru untuk mencadangkan perbelanjaan duit
PCG untuk kegunaan panitia.
Tindakan :Makluman

5.0 PENUTUP

5.1 Mesyuarat ditangguhkan jam 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………………….. ..............……………………………………
(En Zairul Syazeri B Zainal Abidin) (Pn. Fatiem Binti Abdul Mutalif)
Pengetua SMK Seri Mulia

You might also like