You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR

Jalan Sempadan, 34200 Parit Buntar Perak

MEMO DALAMAN

Kepada : Semua AJK Panitia RBT


Daripada : Setiausaha Panitia RBT

Tuan /Puan Tarikh :


Notis Mesyuarat Panitia RBT Kali Ke -2 2023

Perkara di atas dirujuk,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh :
Hari : KHAMIS
Masa : 1.00 TENGAH HARI
Tempat : Bengkel RBT

3. Agenda Perjumpaan adalah seperti berikut :


3.1 Ucapan Alu –aluan Pengerusi
3.2 Ucapan Penasihat
3.3 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 1 2023
3.4 Perkara Berbangkit
3.5 Perkara yang dibincangkan
3.5.1 PBD
3.5.2 Pelaksanaaan PKSR 1
3.5.3 Perancangan dan Pelaksanaan Program Panitia
4. Hal-hal Lain
5. Ucapan Penangguhan

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan amat dihargai.

Sekian ,Terima kasih,

Saya yang menjalankan amanah,

_______________________
( PN SUZANA BINTI ALIAS)
Setiausaha Panitia RBT 2023
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR,
JALAN SEMPADAN 34200 PARIT BUNTAR,PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT


BIL 2 : TAHUN 2023

Tarikh :
Hari : Khamis
Tempat : Bilik RBT
Masa : 1.00 tengah hari

KEHADIRAN :

HADIR

1. Pn,Zaitun binti Md Saad Penasihat


2. Pn.Suzana binti Alias Ketua Panitia
3. Cik Wan Ni Aswani bt Mohd Nazim Setiausaha
4. En Shaikh Ismail Guru RBT
5. Pn. Norimah binti hussin Guru RBT
6. Pn.Noratikah binti Hassan Guru RBT

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru atas kehadiran dalam
mesyuarat panitia pada kali kedua ini.
1.3 Pengerusi mengharapkan bahawa Panitia Reka Bentuk dan Teknologi akan dapat
memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas masing-masing bagi
meningkatkan pencapaian panitia.

2. UCAPAN ALU-ALUAN PENASIHAT

2.1 Pn.Zaitun selaku Penasihat mengucapkan terima kasih atas kehadiran


guru dalam mesyuarat panitia kali ke 2, beliau berharap agar Panitia RBT dapat
bekerjasama untuk memajukan bidang pendidikan di sekolah ini.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1 TAHUN 2023

Minit mesyuarat Bil.1 Tahun 2023 telah disahkan tanpa pindaan

Pencadang : Pn.Norimah binti Hussin


Penyokong : En.Shaikh Ismail b. Shaikh Salim

4. PERKARA BERBANGKIT

Tiada Perkara Berbangkit


5. PERKARA YANG DIBINCANGKAN

5.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Rekod Perkembangan Murid (RPM)

Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru Panitia RBT perlu menyediakan


Pentaksiran Bilik Darjah dan Rekod Perkembangan Murid. Penguasaan murid
berdasarkan Standard Pembelajaran (TP) boleh membantu guru membuat
pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik pengajaran masing-
masing.

Tindakan : Semua guru

5.2 Pelaksanaan PKSR 1

Peperiksaan Pertengahan Tahun harus dijalankan sebelum cuti penggal.


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru yang menyediakan soalan
berdasarkan sukatan. Soalan diberi berdasarkan tajuk yang telah dipelajari oleh
murid bagi tahun semasa terutamanya tahun 4 dan tahun 5 manakala tahun 6
diuji berdasarkan sukatan dari tahun 5 dan tahun semasa.

Tindakan : Semua guru

5.3 Merancang Program Panitia

- Pertandingan Reka Cipta dari Bahan Terbuang


- Mengemaskini Bilik RBT/TMK
-

Tindakan : makluman

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru RBT bahawa keceriaan bilik
RBT adalah tanggungjawab bersama

6.2 Semua guru hendaklah memastikan kelas dibersihkan setelah kelas tamat.
Pastikan alatan yang digunakan disusun ditempat yang telah disediakan.

6.3 Pastikan hanya guru sahaja yang dibenarkan untuk mengambil alatan tangan
yang hendak dipinjam.

Tindakan : Semua guru


7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberikan kerjasama dalam perbincangan dan aktiviti yang dijalankan pada
masa ini.

7.2 Pengerusi berharap agar kerjasama sebegini akan dapat ditingkatkan lagi demi
kemajuan murid-murid sekolah ini.

7.3 Mengakhiri ucapan dengan membaca surah Al-Asr dan tasbih kaffarah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang

Disediakan Oleh , Disemak Oleh;

………………………….. …………………………..
( Cik Wan Ni Aswani binti Mohd Nazim ) (Pn.Suzana binti Alias)
Setiausaha Panitia RBT, Ketua Panitia RBT
SKSS SKSS

You might also like