You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
MINIT MESYUARAT PPDa DAN ROKOK
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SELASIH
BIL.3/2020

Tarikh : 16 November 2020


Hari : Isnin
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kediaman masing - masing
Pengerusi : Pn Aini Syazwani bt Abdul Rahman (Penyelaras)
Kehadiran : 8 orang

SENARAI KEHADIRAN
1. EN. ASRUL EFFENDI B. MD YUSOP 5. PN. FARIDAH BT YAMIN
2. EN. MOHD SYAMSHUL B. SIDIK 6. PN. MAISARAH BT IBRAHIM
3. EN. ZAMRI B. MAHYEDDIN 7. PN. MARIANA BT SAAUT
4. PN. AINI SYAZWANI BT ABDUL RAHMAN 8. PN. ZAINAB BT TAKHRIM

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan terima kasih kepada
semua ahli mesyuarat yang hadir Mesyuarat PPDa dan Rokok Bil 3 Tahun
2020.
1.2 Mesyuarat harini membincangkan tentang laporan Sambutan Minggu
Antidadah dan perancangan tahun 2021.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pengerusi membentangkan Mesyuarat PPDa Bil 2 Tahun 2020 yang lalu.
Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Maisarah bt Ibrahim
Disokong untuk pengesahan oleh : Pn. Zainab bt Takhrim

3. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN


3.1 LAPORAN SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH
3.1.1 Tahniah diucapakan kepada semua kerana telah menjayakan aktiviti
yang dirancangkan meskipun kekangan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 18 Oktober 2020.
3.1.2 Hadiah bagi aktiviti berikut akan diberikan apabila sekolah kembali
dibuka.
3.1.2.1 Pertandingan Melukis Poster Tahap 2

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor


PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3.1.2.2 Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Prasekolah


3.1.2.3 Program Cuma 5 Minit
Makluman
3.2 SUDUT / LALUAN PPDa DAN ROKOK
3.2.1 Peruntukan untuk sudut dan laluan PPDa di bawah unit bimbingan dan
kaunseling telah digunakan sepenuhnya oleh unit disiplin untuk naik taraf
bilik disiplin.
3.2.2 Jadi untuk naik taraf sudut PPDa kita akan menggunakan peruntukan
unit keceriaan dan aktiviti naik taraf sudut akan dimulakan pada tahun
2021.
3.2.3 Semua ahli boleh mencadangkan templat bunting untuk dibeli dan
digantung di laluan PPDa iaitu laluan tangga murid blok Akademik.
Makluman

3.3 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2021


3.3.1 Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan akan diadakan pada setiap bulan
Februari. Sekiranya sekolah masih belum dapat dibuka, kita akan
melaksanakan sambutan peringkat sekolah secara atas talian dengan
kerjasama unit bimbingan dan kaunseling.
3.3.2 Contoh aktiviti yang bersesuaian untuk atas talian adalah seperti berikut;
3.3.2.1 Permainan Bahasa
3.3.2.2 Penghasilan Video Kreatif
3.3.2.3 Video Cuma 5 Minit
Makluman

4. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang dengan ucapan terima kasih
daripada pengerusi. Mesyuarat Unit PPDa dan Rokok bilangan 1/2021 akan
diadakan pada 26 Januari 2021.

Unit PPDa
Sekolah Kebangsaan Taman Selasih
30 November 2020.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor

You might also like