You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEGAH RIA


MINIT MESYUARAT AGUNG KEBIRUS 2021

Tarikh : 23.3.2021
Masa : 2.10 petang
Tempat : Dewan BZ, Taman Rinting
Pengerusi : Puan Herney ‘Aqilah Bt Muhaimin

Kehadiran(Bilangan) : 38 orang
Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan staf yang hadir
mesyuarat.
1.2 Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada Cikgu Zainul Abidin.
1.3 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kelab Kebirus kerana
dapat bersama-sama menjayakan pelbagai program pada tahun 2020 dengan jayanya.

2 UCAPAN GURU BESAR


2.1 Guru besar menyatakan maksud Kebirus iaitu Kebirus adalah satu kelab yang mewakili
semua warga sekolah secara sepenuhnya.
2.2 Guru besar menyatakan bahawa segala keputusan yang dibuat dalam mesyuarat
adalah melibatkan semua warga.
2.3 Tahniah diucapkan kepada semua warga Kebirus kerana berjaya menjalankan jamuan
perpisahan Cikgu Shafie, Jamuan Penutup 2020 dan Mesyuarat Agung Kebirus 2021
mengikut SOP yang ditetapkan.
2.4 Jawatankuasa Kebirus ini bertujuan untuk melaksanakan dan menjaga kebajikan
semua warga sekolah.
2.5 Guru besar selaku penasihat Kebirus, meminta ahli jawatankuasa Kebirus menjalankan
majlis seperti ini mengikut prosedur.
2.6 Guru besar menyeru jawatankuasa 2021 agar harus bersedia dengan majlis-majlis
yang bakal datang.

3 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG 2020


3.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat tahun 2020.
3.2 Pengerusi meminta seorang wakil untuk mencadangkan pengesahan minit mesyuarat
tersebut.
3.3 Cik Noorlizah Bt Tamin mencadangkan pengesahan minit Mesyuarat Agung tahun
2020.
3.4 Puan Norsiah Bt Mamat menyokong cadangan tersebut.

4 PELAPORAN DAN PENGESAHAN AKTIVITI KEBIRUS 2020


4.1 En. Dzulfikar selaku setiausaha kelab Kebirus 2020 membentangkan aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan sepanjang 2020.
4.2 Sepanjang AJK KEBIRUS menerajui KEBIRUS 2020, pelbagai aktiviti telah
dijalankan dengan kerjasama semua guru dan staf SKTMR.Antaranya ialah:-
4.2.1 Majlis Perpisahan En. Fadhil ke SK Sri Makmur, Muar.
4.2.2 Majlis Persaraan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,Puan Engku
Noraini.
4.2.3 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Budimu Dikenang (Puan
Miskiah).
4.2.4 Program baju sukan guru.
4.2.5 Pertandingan Mobile Legend SKTMR.
4.2.6 Pertandingan Bowling.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.2.7 Jualan Gerai Kebirus (sepanjang sekolah beroperasi)


4.2.8 Tayangan Perdana
4.2.9 Pembangunan Bilik Kebirus @ One Stop Center
4.2.10 Sambutan Hari Raya
4.2.11 Program Bacaan Yassin Hari Guru
4.2.12 Projek gambar murid dan guru (tergendala kerana PKP)
4.2.13 Pertandingan catur
4.2.14 Pertandingan Video Pendek Hari Guru

4.3 Program yang tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor iaitu Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dan lain-lain.
4.3.1 Projek Kesihatan Guru
4.3.2 Projek Kitar Semula
4.3.3 Projek Pawagam Guru
4.3.4 Tayangan Perdana Sekolah
4.3.5 Pertandingan Memanah
4.3.6 Pertandingan Nyanyian
4.3.7 Family Day Pulau Rawa
4.3.8 Annual Dinner

4.4 Pengerusi meminta seorang wakil untuk mencadangkan pengesahan aktiviti KEBIRUS
2021
4.5 Encik Zainul Abidin mencadangkan pengesahan aktiviti KEBIRUS 2020.
4.6 Puan Herna menyokong cadangan tersebut.

5 PELAPORAN DAN PENGESAHAN KEWANGAN KEBIRUS 2020


5.1 Cik Zetty Akthar selaku bendahari KEBIRUS 2020 membentangkan Kewangan
KEBIRUS sesi 2020.
5.2 Hasil kerjasama semua AJK KEBIRUS serta semua guru dan staf SKTMR, KEBIRUS
dapat mengumpul dana yang amat memberangsangkan.Semua ahli boleh merujuk
edaran yang disediakan untuk mengetahui lebih tepat rekod kewangan KEBIRUS
2020.

Jumlah Debit : RM 12,542.00


Jumlah Kredit : RM10,706.80
Baki : RM 1,835.20

Bonus/rebat : RM49.60 x 37 orang kepada mereka yang membayar yuran

Duit modal untuk KEBIRUS 2021 : RM300

5.3 Encik Akmal mencadangkan pengesahan kewangan KEBIRUS 2020.


5.4 Puan Norishah menyokong cadangan tersebut.

6 PEMBENTANGAN USUL MESYUARAT AGUNG KEBIRUS


6.1 Borang usul mesyuarat Agung KEBIRUS telah diedarkan 2 minggu awal dan telah
berakhir pada 18 Mac 2021. Sebanyak dua respon telah diterima.
6.2 Usul yang pertama ialah dari Cikgu Zetty Akthar. Cikgu Zetty memberi maklum balas
bahawa penyertaan ahli yang kurang memuaskan dan kurang persepakatan antara
warga. Beliau juga memberi cadangan untuk membubarkan Kelab KEBIRUS.
6.3 Guru Besar memberi maklum balas tentang usul Cikgu Zetty. Beliau menyatakan
bahawa usul ini seharusnya dibahaskan secara dalaman iaitu antara pentadbir dan
AJK KEBIRUS. Usul ini juga dikategorikan sebagai usul yang luar biasa dan tidak
sesuai untuk diperbahaskan. Sebagai penasihat kelab KEBIRUS, beliau menyatakan
usul ini tidak sesuai untuk dibahaskan dan digugurkan secara rasmi.
6.4 Usul yang kedua ialah dari Cikgu Noor Lizah dengan kenyataan tiada usul.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

7 PEMBUBARAN AJK KEBIRUS 2020


7.1 Pengerusi KEBIRUS, Puan Herney telah menyerahkan sijil penghargaan kepada
semua AJK KEBIRUS sesi 2020.
7.2 Pada jam 3.10 petang , pengerusi KEBIRUS untuk sesi 2020, dengan rendah hati
membubarkan AJK KEBIRUS untuk sesi 2020.

8 PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA


8.1 Perlantikan pengerusi sementara telah dilakukan bagi proses melantik AJK baharu sesi
2021.
8.2 Encik Ramlee telah mencadangkan Encik Akmal sebagai pengerusi sementara.
8.3 Puan Fitria telah menyokong cadangan itu.
8.4 Pengerusi sementara bertanggungjawab untuk sempurnakan sesi pemilihan AJK
KEBIRUS 2021.
8.5 Encik Steven telah dipelawa untuk sesi penerangan pemilihan AJK dan cara proses
pengundian dilakukan.
8.6 Link pengundian telah diberikan di dalam group Whatapp rasmi SKTMR. Guru perlu
menekan link tersebut dan memilih nama yang hendak dilantik. Nama yang berada
dikedudukan tertinggi akan dilantik sebagai Pengerusi dan jawatan lain akan dilantik
mengikut kedudukan yang seterusnya.
8.7 Jam 3.20 petang proses pengundian dimulakan dan hasilnya dipertontonkan secara
langsung.

9 PERLANTIKAN AJK KEBIRUS 2021


9.1 Setelah selesai proses pengundian , berikut adalah hasil undian bagi AJK KEBIRUS
sesi 2021.

Pengerusi : Puan Berawati


Naib Pengerusi : Puan Punithawathi
Setiausaha : Cik Noorlizah
Bendahari : Cik Syamimi

10 HAL-HAL LAIN
10.1 Harapan dari Pengerusi KEBIRUS sesi 2021 ialah kerjasama warga SKTMR amat
diperlukan dan yang pasti beliau mengharapkan warga SKTMR gembira bersama.

11 PENUTUP
11.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi, disudahi dengan tasbih kifarah Sural Al-Asr.
11.2 Tarikh mesyuarat akan ditetapkan pada masa yang akan diberitahu kelak.

Mesyuarat Agung KEBIRUS 2020 untuk AJK KEBIRUS SESI 2021 ditangguhkan pada pukul 3.40
petang.

Disediakan oleh,

.............................................
(HERNEY ‘AQILAH BINTI MUHAIMIN)
Pengerusi KEBIRUS 2020
SK Taman Megah Ria

Tarikh : 25.3. 2021

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like