You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD 2

KLUANG, JOHOR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG


BIL. 1/2023

Tarikh : 8 Mei 2023 (Isnin)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tunku Mahmood 2, Kluang

Pengerusi : En. Mohd Shahrulnizam bin Ab Rahim

Kehadiran (Bilangan) : 12 orang

1. En. Mohd Shahrulnizam bin Ab Rahim


2. Pn. Shuhaila binti Shaaran
3. Pn. Azrina binti Mohd Sahil
4. Pn. Hjh. Norazura binti Abu Bakar
5. Pn. Siti Norlina binti Mohamd Saleh
6. Pn. Siti Noorhaslyza binti Tarno
7. Pn. Saliza Binti Yaakub
8. En. Shah Rudy bin Mohd Harun
9. Pn. Hasriana binti Basri
10. Pn. Catherine Ak Hillary Bayang

Turut Hadir (Jika ada) :

1. En. Safiee bin Kassim - Guru Besar


2. En. Ahmad Basri bin Yaakub - PK HEM

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rudy.

1.2 En. Mohd Shahrulnizam selaku pengerusi mengalu - alukan kehadiran ahli
mesyuarat dan mengucapkan tahniah kepada semua ahli AJK PIBG atas pelantikan
bagi sesi 2023/2025. Beliau juga berterima kasih kepada semua AJK PIBG yang
dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat kali pertama bagi tahun 2023.

1.3 En. Mohd Shahrulnizam memberi maklum agenda mesyuarat kali ini
membincangkan berkaitan Dapatan Mesyuarat Agung PIBG kali- 47 dan
permohonan kewangan untuk Unit HEM dan Kokurikulum SK Tunku Mahmood 2.

1
2.0 UCAPAN PENASIHAT

2.1 Guru Besar merakamkan ucapan tahniah kepada YDP dan Ahli Jawatankuasa
PIBG yang telah dilantikan secara pungutan suara pada mesyuarat Agung PIBG kali
ke- 47 yang lalu. Beliau mengharapkan dengan pelantikan Ahli Jawatankuasa yang
baharu ini dapat memberi sokongan untuk kecemerlangan SK Tunku Mahmood 2.

2.2 Guru Besar memberi maklum bahawa pihak sekolah akur dengan penangguhan
aktiviti di luar bilik darjah telah diputuskan oleh pihak kementerian. Hanya aktiviti
yang melibatkan secara dalaman sahaja yang akan dilaksanakan sepanjang
tempoh tersebut. Semua guru dan murid dibenarkan memakai pakaian sukan dan
pakaian yang sesuai ketika cuaca panas seperti yang telah diwar-warkan oleh pihak
KPM.

2.3 Perhimpunan pagi diteruskan di astaka dan murid-murid digalakan membawa air
masak ke sekolah.

2.4 Peratus kehadiran murid pada bulan Mac 95%.Peratus tersebut telah menurun di
bulan April. Guru Besar berharap agar ibu bapa perlu lebih cakna tentang kehadiran
anak-anak ke sekolah.

2.5 Beliau telah memberi maklum beberapa program telah dilaksanakan iaitu :
2.5.1 Minggu Transisi Tahun 1 : 19 Mac Hingga 10 April 2023
2.5.2 Progran Nuzul Al- Quran pada 6 April 2023
2.5.3 Majlis Berbuka Puasa bersama murid tahun 6 pada 15 April 2023
2.5.4 Majlis Khatam Al- Quran pada 18 April 2023.

2.6 Beliau memaklumkan Merentas Desa yang akan dilaksanakan pada 11 Mei 2023
dan Hari Sukan 25 Mei 2023 akan ditangguhkan pada tarikh yang akan
dimaklumkan oleh pihak sekolah.

2.7 Program yang akan dilaksanakan ialah :


2.7.1 Sambutan Hari Guru bertemakan Hari Raya pada 16 Mei 2023
2.7.2 Pertandingan Nyanyian Hari Raya pada 16 Mei 2023
2.7.3 Majlis sambutan Hari Raya GASABIRU SK Tunku Mahmood 2 pada 18 Mei
2023

2.8 Beliau mengalu-alukan Ahli Jawatankuasa PIBG untuk turut serta dalam meraikan
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

2.9 Beliau menyarankan kepada pihak PIBG untuk menyediakan pihak RELA bertugas
pada waktu murid hadir dari 6.50 hingga 7.20 pagi dan waktu pulang dari pukul
12.00 hingga 1.20 tengah hari.

2.10 Beliau juga mohon pihak PIBG menyediakan dana pemotongan pelepah pokok
sawit di sekolah secara berkala 2 bulan atau 3 bulan sekali.
Tindakan : Makluman

2
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Tiada pengesahan minit mesyuarat yang lalu tetapi hanya menyemak minit
Mesyuarat Agung Kali ke-47 pada bahagian perkara-perkara berbangkit untuk di
ambil tindakan sepanjang tahun 2023.

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Guru Besar mengutarakan cadangan yang diusulkan semasa mesyuarat Agung
PIBG kali ke-47 berkenaan dengan penyediaan lokar di setiap kelas. Pn.
Noorhaslyza akan membuat tinjauan harga untuk tujuan tersebut. Pn. Azrina
mencadangkan kutipan untuk lokar daripada semua ibu bapa tidak melebihi RM20.

4.2 Guru Besar mencadangkan PIBG tidak mengeluarkan 50% untuk membeli Rak
kerana melihat kepada kekangan kewangan PIBG masakini.

4.3 Guru Besar memohon kewangan PIBG untuk pembelian kerusi di perhimpunan.

4.4 Guru Besar mengingatkan kepada Bendahari atau setiausaha untuk membuat surat
pembayaran yuran PIBG selepas mendapat kelulusan JPN untuk kutipan
sumbangan PIBG.

Makluman:Tindakan

5.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN

5.1 Penyata Kewangan PIBG dibentangkan oleh bendahari iaitu Pn. Azrina binti Mohd
Sahil pada bulan 2023. Beliau menerangkan PIBG mempunyai 2 bank iaitu Bank
Islam dan Bank Rakyat. PIBG juga ada tunai simpanan tetap (beku) di Bank Islam.
Kewangan berbaki di Bank Islam sebanyak RM21,168.61 ditambah dengan baki
tunai Bank Rakyat : RM2719.58. Jumlah baki tunai ialah RM377.88. Manakala
simpanan tetap ialah RM7557.20. Jumlah keseluruhan ialah RM31,823.27.

5.2 Pn. Azrina memberi maklum tentang perbelanjaan yang digunakan untuk mesyuarat
Agung PIBG sebanyak RM 2540.00.

5.3 Pn. Azrina menerangkan berkaitan beberapa pecahan. Antaranya baki di bawah
Pengurusan : RM4336.99, Kebajikan : RM2125.00, Kurikulum : RM5395.00, HEM :
RM2944.50 , Kokurikulum : RM5735.00 dan Smart TV : RM 1010.00. Jumlah
keseluruhan RM21546.49.

5.4 Pn. Azrina memberi maklum dalam Akaun PIBG bukan sahaja akaun PIBG tetapi
ada 3 akaun iaitu akaun PIBG ,akaun kedai buku dan akaun lain-lain.Tranksaksi
terakhir Bulan Mac 2023 sahaja.

3
5.5 Pn. Azrina memaklumkan bahawa simpanan tetap boleh dicairkan dan dipindahkan
ke dalam akaun PIBG sekiranya ada keperluan.

Tindakan:Makluman

6.0 PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Puan Siti Noorhaslyza binti Tarno


Disokong untuk pengesahan oleh Puan Siti Norlina binti Mohamd Saleh

7.0 FOKUS MESYUARAT

7.1 Yang Dipertua PIBG mohon semua Ahli Jawatankuasa memperkenalkan diri
masing-masing.
7.2 Guru Besar memohon perbelanjaan untuk pembelian hadiah persembahan murid
sempena Program Sambutan Hari Raya.
7.3 Guru Besar memaklumkan Unit Koko mohon peruntukan ubah suai bilik sukan
sekolah sebanyak RM2400.00.
7.4 Pn. Azrina memaklumkan pihak GASABIRU mohon sumbangan Kek Sempena Hari
Guru dan PIBG bersetuju untuk sumbangan tersebut.

8.0 HAL- HAL LAIN

8.1 Guru Besar memaklumkan berkaitan dengan pertukaran AJK PIBG iaitu En. Wan
Mohd Shafiq bin Wan Shazi dengan melantik En. Haris bin Sahot sebagai Ahli
Jawatankuasa PIBG yang baharu.

8.2 Pn. Hasriana mencadangkan hadiah untuk semua murid yang menyertai
pertandingan Nyanyian Lagu Raya semasa Majlis Sambutan Hari Raya peringkat
sekolah.

8.3 Guru Besar memaklumkan berkenaan Program Robotik dari UTHM akan diadakan
11-12 Julai 2023. Guru besar sudah memberi maklum kepada Cikgu Mohd Ezzam
untuk melatih dan membawa murid berkenaan. Guru Besar mencadangkan
penyertaan dan peluang di berikan kepada Murid Tahap 2. YDP memberi maklum
sekiranya sekolah kita menyertai Program Robotik tersebut, PIBG layak menerima
Geran sebanyak RM10000.00.

Tindakan : Makluman

9.0 PENUTUP

9.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat .

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

4
Disediakan oleh,

SHUHAILA BINTI SHAARAN


Setiausaha PIBG
SK Tunku Mahmood 2

Tarikh : 8 Mei 2023

You might also like