You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KINYAU

96100 SARIKEI SARAWAK.

MINIT MESYUARAT BIL.4/2023


JAWATANKUASA BANTUAN BAGI PEMILIHAN PEMBEKAL
BAHARU JANUARI 2024 HINGGA DISEMBER 2024

TARIKH : 12.12.2023
HARI : Selasa
MASA : 2.15 p.m.
TEMPAT : Bilik Mesyuarat
KEHADIRAN :
1.Semua AJK Bantuan 2. Puan Radiah Ismail 3. Puan Rathina Binti Man (NYDP PIBG)

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir kerana dapat
meluangkan masa untuk menjayakan mesyuarat RMT yang pertama.

1.2 Pengerusi menyatakan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan untuk memilih
PEMBEKAL BAHARU bagi RMT Januari 2024 hingga Disember 2024 kepada semua
murid yang layak diberi RMT 2024.
Tindakan : Makluman

2 Pelaksanaan dan Pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

2.1 Dasar Pemberian Rancangan Makanan Tambahan (RMT) boleh dirujuk melalui Surat
Perkeliling Kewangan Bilangan 2 2016 bil: KPMSP.100-1/7/1 Jld.4(94) bertarikh 14
Oktober 2016, juga melalui surat bertarikh 15 Mac 2023 bil. KPM.100-1/7/56(45).

2.2 Kadar baharu RMT yang sedang berkuatkuasa ialah RM4.00 per murid, 190 hari dalam
satu tahun kalender serta berdasarkan PGK2019 yang berkuatkuasa bermula Januari 2022
menggantikan PGK2016.

2.3 PKHEM menjelaskan bahawa anggaran Jumlah Perjanjian RMT 2024 adalah seperti
berikut : 27 murid X RM 4.00 X 190 hari = RM 20,520.00

2.4 Senarai murid yang layak bagi sekolah ini adalah berdasarkan Senarai Sedia Ada
mengikut kohort murid Mac 2023, iaitu 27 orang.
2.5 PKHEM menjelaskan bahawa, mengikut arahan Surat daripada Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian bertarikh 15 Mac 2023, bil. KPM.100-1/7/56(45), RMT tidak
dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan bagi murid yang beragama Islam dan pemberian
makanan RMT untuk dibawa pulang adalah TIDAK DIBENARKAN, tetapi bagi murid
yang bukan beragama Islam, RMT diteruskan seperti biasa.
Tindakan : Makluman

3 Menu RMT
3.1 Menu RMT sebaik-baiknya mengikut cadangan menu seperti dalam Surat Pekeliling
BT 19 bertarikh 17 Julai 2020, bil. KPM.100-1/4/2 Jld.2(25).

3.2 Terdapat 20 jenis menu yang dicadangkan dalam Pekeliling tersebut.

Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat

4 Pemilihan Pembekal Baharu Bagi Pelaksanaan RMT 2024.


4.1 Jawatankuasa Bantuan Sekolah ini mencadangkan Puan Radiah Binti Ismail bagi
melaksanakan RMT bagi tahun 2024.

4.2 PKHEM, En. Japar Bin Yusup, dimaklumkan terdahulu oleh Puan Radiah bahawa beliau
bersetuju bagi membekalkan makanan RMT bermula Januari 2024.

4.3 Cadangan ini dibincangkan dalam mesyuarat, dan ahli mesyuarat BERSETUJU melantik
Puan Radiah Binti Ismail sebagai pembekal RMT bagi pelaksanaan Tahun 2024.

4.4 PKHEM menjelaskan bahawa, surat perjanjian dan surat setuju terima (SST) akan
ditandatangan oleh Pembekal RMT di hadapan Guru Besar beserta saksi, ini akan
dilakukan dalam masa terdekat sebelum cuti penggal bermula.

Tindakan: AJK Bantuan, Guru Besar

5 Hal-Hal Lain

5.1 Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Tahun 2024.
a. Pelaksanaan ini merujuk kepada surat Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM.100-
1/7/1 Jld.9 (78) bertarikh 16 April 2019.
b. Program susu sekolah Sesi Mac 2024 akan bermula pada 2 Januari 2024.
c. PK HEM menyatakan bahawa, bekalan susu masih ada bagi agihan Januari 2024.

Tindakan : Guru RMT/SUSU dan Guru Kelas


5.2 Borang PB1 Dan PB2

a. Borang ini telah diisi oleh semua murid dan akan dimajukan kepada Guru Besar setelah
disemak oleh PKHEM, bagi tujuan pengesahan.

b. PKHEM menjelaskan bahawa, borang-borang ini wajib diisi oleh semua murid dan
kegunaannya meliputi permohonan Bantuan seperti RMT, BAP dan KWAPM.

Tindakan : Makluman

6 Ucapan Penangguhan
Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan usaha
yang amat baik bagi memastikan pelaksanaan RMT sekolah ini dijalankan dengan baik dan
berkualiti dan berharap RMT dan PSS memberi manfaat kepada semua murid terutama
dalam
aspek kemenjadian murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.38 petang.

_________________________________________________________________________________________

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

(HELENA LAU WEN WEN) (MUDA BIN PATA)


Penyelaras RMT/PSS 2023, Guru Besar,
SK Bukit Kinyau, Sarikei Sarawak. SK Bukit Kinyau, Sarikei.
Tarikh: 13 Disember 2023

Disemak oleh:

(JAPAR BIN YUSUP)


Penolong Kanan HEM,
SK Bukit Kinyau, Sarikei.

You might also like