You are on page 1of 11

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH, PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA PERNIAGAAN BIL. 1/2024

Panitia Mata Pelajaran : PERNIAGAAN


Tarikh/ Hari : 08 Mac 2024 / Jumaat
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Bilik Guru Sesi Pagi, SMK Sultan Yussuf
Pengerusi : Encik Ahmad Tasdiqi bin Ahamad Thamizi
Kehadiran (Bilangan) : 02 orang ahli
Guru Yang Hadir : 1. En. Ahmad Tasdiqi Bin Ahamad Thamizi (KP
Perniagaan)
2. Pn. Rozimah Bt Yaacob (Guru Perniagaan)

Agenda:

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Encik Ahmad Tasdiqi selaku Ketua Panitia Perniagaan merangkap pengerusi
mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru Perniagaan ke mesyuarat
Panitia Perniagaan kali pertama bagi tahun 2024 / 2025. Harapan Ketua Panitia,
semoga sesi 2024 / 2025 ini guru – guru Perniagaan lebih berdaya saing dan kreatif
kerana cabaran tempoh masa yang singkat sesi ini terutama dalam mempersiapkan
calon SPM 2024.
Tindakan: Makluman

1.2 Ketua Panitia melantik Puan Rozimah binti Yaacob sebagai Setiausaha Panitia
Perniagaan bagi sesi 2024 / 2025 ini untuk tujuan rekod dan catatan aktiviti berkaitan
panitia Perniagaan.
Tindakan: Makluman

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil 3/2023

2.1 Minit mesyuarat Panitia Perniagaan Bil. 3/2023 dibaca dan dibentangkan oleh Pengerusi
untuk diterima dan diluluskan.

2.2 Minit mesyuarat dicadang untuk disahkan oleh Pengerusi dan disokong oleh Puan
Rozimah.
Tindakan: Makluman

3. Maklum Balas

3.1 Berikut merupakan perkara yang dibangkitkan melalui Minit Mesyuarat Perniagaan Bil
3/2023 untuk tindakan selanjutnya

1
Agenda / Para Perkara Maklum balas
Agenda 4 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tindakan untuk sesi 2024
Tingkatan 4 2023 ini, bagi pelajar kelas 5KA
akan diuruskan oleh Encik
4.6 Nama – nama pelajar Perniagaan dalam Ahmad Tasdiqi, manakala
Senarai Nama Murid Sasaran untuk pelajar 5PA akan
Cemerlang SPM 2024
diuruskan oleh Puan
Rozimah
Agenda 7 Takwim Perancangan Panitia Mata Maklumat terkini:
Pelajaran 2024
Encik Ahmad Tasdiqi –
7.3 4PA, 4PNG2, 5KA, 5PNG1
Cadangan guru – guru yang bakal
Puan Rozimah – 4PNG1,
mengajar subjek Perniagaan bagi tahun
2024 setelah berbincang dengan Cik 5PA, 5PNG2
Maslin binti Kamarudin, Guru Kanan
Vokasional & Teknik
Tindakan: Makluman

4. Dasar Kurikulum Sekolah

4.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa dasar kurikulum sekolah secara bertulis tiada buat
masa ini. Ianya akan disusun dan dibentangkan dalam Mesyuarat Kurikulum Bil 2/2024
kelak. Makluman pelaksanaan kurikulum akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut
kebiasaan pelaksaan sebelum ini dalam tempoh ini. Namun begitu, semua dasar
pelaksanaan tetap berpandukan SPI KPM. Antaranya ialah:

4.1.1 SPI KPM Bilangan 2 Tahun 2023 (Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata
Pelajaran Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia)
4.1.2 SPI KPM Bilangan 6 Tahun 2019 (Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (Menengah Atas) dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai
Tahun 2020)
4.1.3 SPI KPM Bilangan 3 Tahun1999 (Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran)
4.1.4 SPI KPM Bilangan 9 Tahun 2016 (Pelaksanaan kurikulum Standard Sekolah
Menengah Secara Berperingkat Mulai Tahun 2017)
4.1.5 Surat Siaran KPM Bilangan 19 Tahun 2019 (Pelaksanaan Mata Pelajaran Elektif
Ikhtisas Di Sekolah Menengah)
4.1.6 SPI KPM Bilangan 10 Tahun 1993 (Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah)
Tindakan: Makluman

4.2 Ketua panitia memaklumkan bahawa semua SPI di 2.1 perlu disimpan di dalam fail
panitia untuk rujukan.
Tindakan: Ketua Panitia
2
4.3 Pengurusan Panitia

4.3.1 Ketua panitia membentangkan maklumat tentang Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2023
kepada ahli panitia bagi memastikan ahli panitia memahami tentang pengurusan
panitia.
Tindakan : Ketua Panitia

4.3.2 Ketua Panitia mengingatkan guru-guru agar menghantar borang biodata diri dan
jadual waktu terkini supaya beliau boleh mengemaskini fail panitia perniagaan.
Tindakan : Semua ahli panitia

4.4 Persediaan Rekod Mengajar

4.4.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa Panitia Perniagaan menggalakkan semua


guru menyediakan e-RPH di dalam CIDS sebelum masuk kelas seperti tahun
sebelum ini. Namun begitu, kelonggaran diberikan untuk guru yang ingin
menyediakan RPH dalam bentuk konvensional.
Tindakan: Makluman

4.4.2 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sekurang – kurangnya,


memerlukan 3 elemen iaitu

i. Objektif – explisit
ii. Pengajaran (Langkah – Langkah / aktiviti untuk mencapai objektif)
iii. Refleksi
Tindakan: Makluman

4.4.3 Ketua Panitia memaklumkan bahawa guru Perniagaan akan melengkapkan RPH
mengikut format yang sama seperti tahun 2023 iaitu asasnya perlu ada minimum
empat perkara asas, merujuk kepada Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 iaitu:

i. Standard Kandungan / Tajuk


ii. Standard Pembelajaran / Objektif
iii. Aktiviti
iv. Refleksi
Tindakan Guru Perniagaan Tingkatan 4 & 5

4.4.4 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian boleh


disediakan dalam apa jua bentuk dengan syarat ianya boleh dikemukakan
dengan serta – merta apabila dikehendaki. Guru boleh didenda atau dikenakan
penalti tidak melebihi RM500 (Peraturan 11 (b), Peraturan – Peraturan
Pendidikan Kurikulum Kebangsaan 1997, Perkara 8).
Tindakan: Makluman

3
4.4.5 Guru yang mengajar tidak mengikut sukatan yang diluluskan boleh dedenda
tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 bulan atau kedua –
duanya. (Perkara 11)

4.4.6 Ketua panitia memaklumkan bahawa pentadbiran sekolah memaklumkan


bahawa guru boleh menyediakan RPH dalam pelbagai bentuk samada
menggunakan CIDS atau yang sewajar dengannya sepeti e-RPH atau Fail. Surat
tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada guru yang gagal menunjukkan bukti
penulisan RPH dilaksanakan.Bagi urusan pencerapan, penulisan RPH perlu
ditambah dengan elemen – elemen lain seperti PAK21, EMK, pelbagai
kecerdasan dan sebagainya.
Tindakan: Makluman

4.5 Sukatan Pelajaran / RPT / DSKP

4.5.1 Ketua Panitia Perniagaan memaklumkan bahawa penyediaan RPT bagi


pengisian PdP mesti berdasarkan sukatan berpandukan DSKP.
Tindakan: Makluman

4.5.2 Rancangan pelajaran tahunan tingkatan 4 & 5 perlu dibina dengan merujuk
takwim sekolah dan DSKP Perniagaan. Setelah disiapkan, guru yang
dipertanggungjawab perlu mendapatkan pengesahan tanda tangan pengetua
dahulu sebelum diedarkan kepada para guru. Permohonan Ketua Panitia agar
RPT dapat disiapkan dalam tempoh masa 2 minggu bermula dari 20 Mac 2023
hingga 31 Mac 2023 ini. Pembina RPT perlu mengambil kira maklumat berikut:

Tingkatan Lima – sukatan dilengkapkan pada akhir bulan Ogos


Tingkatan Empat – sukatan dilengkapkan pada akhir bulan November
Tindakan: Makluman

4.5.3 Berikut merupakan nama guru yang dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan


tugasan RPT:
RPT Guru Dipertanggungjawabkan
Tingkatan 4 Encik Ahmad Tasdiqi Bin Ahamad Thamizi
Tingkatan 5 Puan Rozimah binti Yaacob
Tindakan: Guru berkenaan

4
4.6 Pemantauan / Pencerapan Guru dan Buku Latihan

4.6.1 Proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di dalam bilik darjah akan
diselia dan dipantau sebanyak dua kali setiap orang guru dan setiap kelas dalam
setahun. Guru – guru diminta merujuk Buku Takwim Sekolah muka surat 59
hingga 62 bagi mengetahui Pentadbir yang bertanggungjawab yang akan
mencerap guru dan kriteria yang perlu dipenuhi. Guru-guru akan dinilai mengikut
Standard 4 SKPMg2 iaitu peranan guru sebagai pemudahcara dalam proses
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan sebanyak 2 kali setahun, iaitu kali
pertama pada bulan April hingga September dan kali Kedua pada bulan Oktober
hingga Disember.
Tindakan: Makluman

4.6.2 Semakan buku Latihan dilakukan dua kali setahun juga dan guru perlu
menyediakan 10 buah buku untuk disemak oleh pencerap dengan mematuhi
nisbah 3 buah buku pelajar cemerlang, 3 buah buku pelajar sederhana dan 4
buah buku pelajar lemah.
Tindakan: Makluman

4.6.3 Guru – guru perlu memastikan Modul Nota, Modul latihan minimum termasuk
PBD disemak secara berkala, diberikan ulasan dan dipastikan pelajar membuat
pembetulan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Latihan minimum yang
perlu dipatuhi adalah seperti ketetapan berikut:

Mata Pelajaran Jenis Soalan Bilangan (minimum)


Aneka Pilihan 10 (1 minggu)
Perniagaan Struktur 3 (1 minggu)
Esei 1 (1 bulan)
Tindakan: Guru Mata Pelajaran

4.6.4 Ketua Panitia memaklumkan bahawa rujukan utama bagi subjek Perniagaan
untuk PdP tetap adalah buku teks yang dibekalkan. Penggunaan Modul Nota
dan Modul Latihan Perniagaan yang telah disediakan oleh Ketua Panitia diguna
pakai bagi memudahkan sesi PdP berlangsung. Guru Perniagaan boleh
memaklumkan kepada pelajar untuk mendapatkan modul – modul tersebut di
koperasi.
Tindakan: Makluman

5
4.7 Penggunaan Buku Kerja & Bahan Bantu Mengajar

4.7.1 Panitia Perniagaan tidak menggunakan buku kerja. Panitia Perniagaan


menggunakan Modul Perniagaan yang dijual di Koperasi sekolah sebagai nota
dan latihan. Buku catatan tambahan.akan dimaklumkan untuk penggunaan dari
semasa ke semasa

4.7.2 Bagi memudahkan guru-guru untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran


buat sesi 2024 ini, Ketua Panitia telah berkongsikan ‘site perniagaan’ untuk guru-
guru mendapatkan nota-nota slaid, soalan-soalan kertas peperiksaan, DSKP,
RPT dan buku teks digital. Berikut merupakan pautan internet bagi site tersebut:
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/cikgu-diqi-png/utama?authuser=0
Tindakan : Makluman

4.8 Program Peningkatan Akademik

4.8.1 Panitia Perniagaan masih mengekalkan lapan program yang dicadangkan


sebelum ini untuk aktiviti meningkatkan akademik pelajar bagi sesi 2024 ini iaitu:

Bil Cadagangan Program


a) Teknik Menjawab SPM (Ting 5)
b) Study Bijak - Jadual Belajar Pelajar Sendiri
c) Motivasi (Sentuhan Hati)
d) Projek F1 (Drilling) - Latih Tubi Soalan SPM Lepas / Modul
e) Hala Tuju Ulangkaji - Penggunaan Senarai Tajuk PNG
f) Insentif Kejayaan - Ganjaran pada 3 pelajar terbaik
g) Mantap Perniagaan Ting 5 - Modul (Nota & Latihan Kertas 2)
h) Taklimat Kerja Kursus Perniagaan Ting 5 (3766/3)
i) Program Pengukuhan & Pengayaan PBD Tingkatan 4
j) Mantap Perniagaan Ting 4 - Modul (Nota & Latihan Kertas 2)
k) Teknik Menjawab SPM (Ting 4)
l) Intro Rancangan Perniagaan Ting 4

Tindakan : Makluman

4.8.2 Sesi LADAP / PLC akan dilaksanakan oleh Ketua Panitia bagi semua program di
atas bagi memastikan semua guru Perniagaan faham dan mahir dengan
program peningkatan akademik yang ingin dilaksanakan Bersama pelajar
masing – masing kelak.
Tindakan: Ketua Panitia

6
5 Pencapaian Peperiksaan Tingkatan 4 2023 dan Tarikh – Tarikh Peperiksaan

5.1 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2023

5.1.1 Ketua Panitia memaklumkan tentang Analisis Pencapaian Matapelajaran


Perniagaan pada Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 yang lalu untuk rujukan
para ahli.

DAFTAR 99
BIL CALON
AMBIL 92
TIDAK HADIR 7
BIL 0
A+
% 0.0
BIL 2
A
% 2.17
BIL 5
A-
% 5.43
BIL 2
B+
% 2.17
BIL 4
B
% 4.35
BIL 5
C+
% 5.43
BIL 6
C
% 6.52
BIL 12
D
% 13.04
BIL 8
E
% 8.70
BIL 48
G
% 52.17
BIL 44 orang
LULUS
% 47.83
GPMP 7.34

Tindakan: Makluman

5.2 Pentaksiran dan Peperiksaan

5.2.1 Berikut merupakan maklumat peperiksaan buat rujukan guru Perniagaan.


Peperiksaan Peperiksaan Peperiksaan
Peperiksaan
Ujian / Pertengahan Sesi Percubaan Akhir Sesi
SPM
Peperiksaan Akademik SPM Akademik
(Tingkatan 5)
(Tingkatan 4 & 5) (Tingkatan 5) (Tingkatan 4)

7
23 September
Jangka 18 Jun hingga 05 02 hingga 18 Bermula 18
hingga 11
masa Julai 2024 Disember 2024 Disember 2024
Oktober 2024
Tindakan: Makluman

5.2.2 Penggubal Soalan Ujian / Peperiksaan Perniagaan bagi sesi 2024 / 2025 adalah
seperti berikut:
PEPERIKSAAN
PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN AKHIR
TINGKATAN PERTENGAHAN SESI
PERCUBAAN SESI AKADEMIK
AKADEMIK
ENCIK AHMAD
ENCIK AHMAD TASDIQI
4 TASDIQI BIN AHAMAD TIADA
BIN AHAMAD THAMIZI
THAMIZI
PUAN ROZIMAH BINTI PUAN ROZIMAH BINTI
5 TIADA
YAACOB YAACOB
Tindakan : Guru yang berkenaan

6 Kewangan PCG

6.1 Ketua panitia memaklumkan sebarang keperluan yang diperlukan oleh rakan guru untuk
keperluan PDPC bolehlah dimaklumkan kepada ketua panitia untuk dibuat pembelian.
Berikut adalah merupakan cadangan pembelian barang bagi Paitia Perniagaan bagi sesi
2024:

Bil Periihal Barangan


1 Kertas A4 (Putih)
2 Refill Marker Pen (Whiteboard)
3 Ink Printer
4 Fail Poket Plastic
5 Paper Fastener
Tindakan: Makluman

7 Penjaminan Kualiti PBD

7.1 Ketua Panitia dan guru mata Pelajaran perlu membuat pengisian bagi Lampiran A, B
dan C pada setiap tahun. Pengisian Lampiran 4P ini adalah sebagai bukti proses 4P
berjalan. Ketua Panitia dan Guru perlu mencatatkan semua aktiviti berkaitan 4P yang
dilakukan (rujuk senarai aktiviti dalam lampiran A, B dan C) kedua-dua lampiran ini akan
dikutip 2 kali setahun.
Tindakan: Makluman

8
7.2 Penyelarasan TP diberi tempoh masa seminggu sebelum pengisian sebenar dalam
Idme dilakukan (penyelarasan terakhir)
Tindakan: Makluman

7.3 Jika guru memberi TP1 dan TP2, guru perlu memberi justifikasi. Guru perlu memastikan
pentaksiran dilakukan mengikut DSKP
Tindakan: Makluman

7.4 Semua guru perdana akan diberikan sebuah fail (pengisian fail secara individu). Berikut
adalah senara kandungan fail:

i) Lampiran A, B atau C (berkaitan)


ii) Lampiran 4P
iii) Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi Ke-2 (2019).
iv) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
v) Sukatan Pelajaran
vi) Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
Catatan : Dokumen 3 – 6 disediakan bercetak atau lampiran barcode yang
disahkan oleh Pengetua
vii) Rekod Ujian SEGAK (Guru PJK)
viii) Lain-lain dokumen seperti keputusan UPSA,UASA, PPT dan PAT/PP
(Tempoh penyediaan dokumen iii hingga vi untuk pengesahan 3 minggu dari
tarikh buka sekolah)
Tindakan: Makluman

8 Pakej Mata Pelajaran dan Pakej STEM

8.1 Ketua Panitia memaklumkan tentang pakej sekolah setelah merujuk kepada SPI KPM
Bil 6 Tahun 2019. Berikut adalah butirannya:

PAKEJ ELEKTIF
Pakej A Sains tulen + Matematik tambahan
Pakej B 2 subjek Sains tulen + Matematik Tambahan + 1 subjek Sains
Gunaan dan Teknologi atau 1 subjek Sastera dan
Kemanusiaan
Pakej C1 MPV
Pakej C2 2 subjek Sains Gunaan dan Teknologi
Ambil Matematik Tambahan sahaja
Mana-mana satu MP pakej Sains Gunaan dan teknologi
Tindakan: Makluman

9
8.2 Ketua Panitia memaklumkan bahawa tujuan pakej STEM adalah untuk memberi nilai
tambah kepada pelajar bagi meneruskan pendidikan ke peringkat tertiari atau menceburi
bidang kerjaya. Pemilihan elektif pakej yang dibuat oleh pihak sekolah juga berasaskan
sistem pemarkahan (meritokrasi) peringkat diploma dan ijazah kemasukan ke universiti
awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi Kemahiran. Berikut adalah butirannya:

Tahun Tingkatan Butiran


4 4 kelas STEM
2023
5 4 kelas STEM
4 5 kelas STEM
2024
5 4 kelas STEM
Tindakan: Makluman

8.3 Guru perlu menggalakkan minat pelajar ke arah bidang STEM dengan menanamkan
minat murid melalui isi pembelajaran seperti pendedahan kepentingan AI, teknologi dan
sains dalam kehidupan, industri teknologi semasa dan sebagainya. Guru juga boleh
mengadakan program pembelajaran seperti KmR atau bekerjasama dengan UBK
mengadakan promosi dan pameran kerjaya dan STEM.
Tindakan: Makluman

9 Latihan Guru / PLC

9.1 Ketua Panitia memaklumkan antara Latihan guru / PLC yang akan dilaksanakan adalah
berkaitan dengan meningkatkan penguasaan ilmu rakan – rakan guru berkaitan
dengan Program Peningkatan Akademik yang akan dilaksanakan pada tahun ini agar
program panitia ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan oleh rakan –
rakan guru sendiri Bersama pelajar di bawah bimbingan mereka.
Tindakan : Ketua Panitia

9.2 Panitia akan usahakan untuk melaksanakan sekurang – kurangnya 1 PLC 1 bulan.
Tindakan : Ketua Panitia

10 Hal-hal lain.

10.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa SMK Sultan Yussuf akan membuat
Pembentangan TS25 (SYS Kohort 6) pada 21 Mac 2024 di PPD Kinta Selatan
mengenai:

i) Amalan Terbaik Sekolah – Pengetua


ii) Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KmR) – PK Pentadbiran
Tindakan: Makluman

10
10.2 Ketua Panitia memaklumkan bahawa waktu PdPC pada bulan Ramadan akan
dipendekkan, Waktu balik bagi Sesi Pagi adalah pada pukul 12:30 tengah hari (Ting 3
dan 4 di blok warisan) dan bagi Sesi Petang adalah pada pukul 5:30 petang.
Tindakan: Makluman

10.3 Berikut adalah merupakan tarikh – tarikh penting bagi bulan Mac:

Tarikh Aktiviti
8, 11 & 12 Mac 2024 Mesyuarat Panitia Matapelajaran
12 Mac 2024 Dialog Prestasi Tingkatan 4
15 Mac 2024 Program Temu Waris Tingkatan 1 - 5

Tindakan : Makluman

10.4 Kertas 3 SPM akan dilaksanakan bermula 19 Jun hingga 23 September 2024.
Tempoh masa pelaksanaan Kertas 3 ini antara Peperiksaan Pertengahan Sesi
Akademik dan Peperiksaan Percubaan SPM 2024.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.10 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………………….. …………………………………………………..
(Puan Rozimah binti Yaacob) (Encik Ahmad Tasdiqi Bin Ahamad
Setiausaha Thamizi)
Panitia Perniagaan Ketua Panitia Perniagaan,
SMK Sultan Yussuf, SMK Sultan Yussuf,
Batu Gajah, Perak Batu Gajah, Perak

11

You might also like