You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU 4

Jalan Kuala Rui


33300 Gerik
PERAK DARUL RIDZUAN
Kod Sekolah: AEA 7008 Telefon : 057914201
Fax : 057911676
Email : smkbatu4gerik@gmail.com
________________________________________________________________________________________

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 4/2022

TARIKH : 03 Februari 2023 (Jumaat)


TEMPAT : Makmal Biologi, SMK Batu 4
MASA : 02.00 – 03.30 petang
KEHADIRAN : 12 Orang
1. Siti Zabidah binti Ab.Manaf 8. Azrina binti Abdul Hamid
2. Mohd Puad bin Mohamad Nor 9. Nurdiana binti Che Khalid
3. Mohd Rashidi bin Ahmad 10. Nurul Nurshalini
4. Muhammad bin Abdul Ghani 11. Zulhasyimi bin Othman
5. Aidah binti Mohamed Noor 12. Raja NorAzlina bin Raja Ibrahim
6. Siti Rasyidah binti Abdullah
7. Nor Azlina binti Ahmad

AGENDA :
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Bilangan 3/2022
3.0 Perkara yang dibincangkan
4.0 Hal-hal lain
5.0 Ucapan Penangguhan

1.0 Ucapan Pengerusi: Guru Kanan Sains/Matematik

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terimakasih kerana dapat mengadakan Mesyuarat Panitia
Bilangan 4/2022 walaupun semua guru menghadapi kekangan masa.
Makluman: Semua ahli panitia

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Bilangan 3/2022

2.1 Guru-guru diminta merujuk Minit Mesyuarat Panitia Bilangan 3/2022 yang dikongsikan
di telegram panitia .
2.2 Pn. Azrina selaku setiausaha pencatat minit Mesyuarat Panitia Bilangan
3/2022 membentangkan minit mesyuarat.
2.3 Disahkan oleh: YM Raja Nor Azlina Binti Raja Ibrahim
Disokong oleh: Pn. Siti Rashidah Binti Abdullah.

Tindakan: Makluman semua ahli


1
3.0 Perkara yang dibincangkan

3.1 Pengurusan Aset dan Kewangan


3.1.1 Panitia merancang kewangan untuk tahun 2023 sebelum sesi baru persekolahan
bagi tahun 2023.
Tindakan: Makluman

3.2 Peruntukan Kewangan untuk Program Sekolah


3.2.1 Bagi tujuan audit, setiap program yang melibatkan peruntukan dan perbelanjaan perlu
ada kertas kerja dan dimasukkan bilangan murid.
3.2.2 Bagi pembayaran untuk ceramah dan sebagainya yang melibatkan cek tunai, perlu
disediakan awal sekurang-kurangnya 4 hari sebelum hari kejadian dan hendaklah
mematuhi kualiti yang ditetapkan.

Tindakan: Semua ahli dan


Ketua Pembantu Tadbir
3.3 Pelaporan Prestasi Belanja Persekolahan (PCG)
4.3.1 Sila rujuk laporan kewangan yang telah diedarkan.
4.3.2 Waran untuk peruntukan tahun 2023 telah dikeluarkan tetapi duit belum masuk.

Tindakan: Makluman semua ahli

3.4 Buku Panduan Pengurusan Sekolah (BPPS)


3.4.1 Pemilihan Ketua Panitia dan Setiausaha sudah ada Garis Panduan dan akan dilihat
semula
berdasarkan kelayakan dan gred kekananan.
3.4.2 Rombakan tidak banyak dan BPPS akan disiapkan sebelum bermula sesi persekolahan
2023.

Tindakan: Makluman semua guru

3.5 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2022


3.5.1 Prestasi pencapaian tingkatan 4 sangat membimbangkan. Sila rujuk fail analisis
peperiksaan yang telah diedarkan di telegram sekolah.
3.5.2 Pengetua merakamkan ucapan penghargaan kepada Setiausaha Peperiksaan yang
mantap
melaksanakan tugas dan kepada semua guru kelas kerana telah berjaya memasukkan
markah dalam SAPS.
3.5.3 Harapan Pengetua adalah semoga data akan meningkat apabila murid tingkatan 4
memasuki tingkatan 5 pada Sesi Persekolahan 2023 nanti.

Tindakan: Makluman semua guru

2
3.5.4 Ketua Panitia perlu berbincang dengan ahli panitia mengenai intervensi dan program
bagi
murid tingkatan 5 sesi 2023 (PLC dan Program Peningkatan Akademik yang lain).
3.5.5 Ketua Panitia akan dipanggil untuk Program Libat Urus SPM (Dialog Prestasi).

Tindakan: Ketua Panitia

3.5.6 Isu ketidakhadiran murid ke sekolah merupakan punca utama penurunan prestasi
akademik dan guru kelas memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini.

Tindakan: Guru Kelas

3.5.7 Semua guru perlu ambil tahu dan maklum mengenai prestasi SPM sebab semua guru
bertanggungjawab dan asas SPM adalah bermula dari menengah rendah.

Tindakan: Semua guru

3.5.8 Selain punca ketidakhadiran murid ke sekolah, PdPR semasa COVID-19 juga antara
punca utama murid keciciran ilmu pengetahuan dan tidak dapat menguasai asas
pengetahuan dengan baik sekaligus menyebabkan murid tidak serius untuk menduduki
peperiksaan.

Tindakan: Makluman semua guru

3.5.9 Murid yang nearmiss juga paling ramai dalam pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM
dan Pengetua mengharapkan SPM 2022 ini prestasi SPM meningkat.

Tindakan: Makluman semua guru

3.6 Ujian Akhir Semester Akademik (UASA)


3.6.1 Pengetua berharap proses semakan skrip jawapan murid telah selesai dan guru mata
pelajaran diminta memasukkan markah ke dalam sistem SPPB melalui laman IDME
mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
3.6.2 Bagi Tahap Penguasaan PBD, semua guru terlibat untuk memasukkan TP murid
masing-masing dalam sistem SPPB dan link google drive yang telah dikongsikan oleh
Setiausaha PBD di dalam group telegram sekolah.

Tindakan: Semua guru


3.7 Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3.7.1 Jadual bertugas SPM telah dikeluarkan oleh Setiausaha SPM dan melibatkan semua
guru yang mengajar SPM.
3.7.2 Guru yang terlibat boleh merujuk kepada jadual yang telah dikongsikan di group
telegram sekolah.
3.7.3 Guru bertugas perlu datang awal dan melengkapkan laporan guru bertugas serta

3
kehadiran calon SPM di dalam buku yang telah disediakan mengikut ruangan mata
pelajaran dan kertas peperiksaan pada hari tersebut.
3.7.4 Guru bertugas perlu memastikan Calon SPM memasuki dewan peperiksaan tepat jam
7.30 pagi kerana banyak prosedur baru dan SOP Peperiksaan serta format terbaru
adalah murid akan dibekalkan dengan Kertas Soalan Bermaklumat.

Tindakan: Guru Bertugas SPM

3.7.5 Jika terdapat guru mata pelajaran yang ingin mengadakan kelas tambahan selit pada
waktu senggang kertas peperiksaan adalah digalakkan dan boleh memaklumkan kepada
Guru Kanan Bahasa dan peruntukan makanan kepada murid disediakan.

Tindakan: Guru mata pelajaran SPM

4.7.7 Program SPM yang telah dirancang akan diteruskan. Guru Kanan Bahasa sedang
merancang Program SPM 2022 bagi masa yang berbaki.

Tindakan: Makluman semua guru

4.8 Persediaan Akhir Sesi Persekolahan 2022 dan Awal Sesi Persekolahan 2023
4.8.1 Ketua Panitia dan ahli panitia sudah boleh merancang untuk penyediaan RPT 2023 dan
boleh dibuat dalam format QR Code supaya memudahkan dokumentasi Fail Panitia.
4.8.2 Mesyuarat Panitia Bil. 4/2023 perlu diselesaikan sebelum berakhir Sesi Persekolahan
2022 dan agenda utama adalah:
4.8.2.1 Intervensi dan Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik
4.8.2.2 Perancangan Belanjawan 2023
4.8.2.3 Moderasi dan verifikasi UASA dan PBD
.
4.9 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran (PKP)
4.9.1 PKP mengucapkan penghargaan kepada semua guru kerana telah menjalankan tugas
dan tanggungjawab dengan baik dan mengharapkan agar dapat mengekalkannya dan
membuat penambahbaikan.
4.9.2 Untuk UASA, guru-guru perlu membuat semakan kertas soalan murid (moderasi dan
verifikasi) bersama dengan guru yang mengajar tingkatan yang sama.
4.9.3 Guru mata pelajaran hendaklah memasukkan markah dan membuat perekodan dalam
sistem SPPB melalui laman IDME mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
4.9.4 Pelaporan adalah dalam bentuk cetakan. Guru Kelas perlu mendaftarkan nama guru
mata pelajaran dan senarai murid yang mengambil mata pelajaran bagi kelasnya dalam
sistem SPPB.
4.9.5 Setelah Guru Kelas selesai mendaftar barulah guru mata pelajaran boleh memasukkan
markah UASA dan PBD kelas yang diajar.
4.9.6 Bagi 4 mata pelajaran (Pendidikan Moral, PSV, KKQ dan PJK) akan dimasukkan
markah dalam Sistem Peperiksaan Dalaman.
4.9.7 Intervensi bagi tingkatan 5 2023 akan dibincangkan dalam Mesyuarat JKKS

4
Bil.1/2023.
4.9.8 Guru mata pelajaran perlu menyediakan bahan untuk latihan semasa cuti sekolah
kepada murid tingkatan 4.
4.9.9 Fail-fail yang di bawah Unit Kurikulum perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada PKP
sebelum cuti sekolah.
4.9.10 Fail Panitia hendaklah dihantar kepada Guru Kanan Mata pelajaran masing-masing
untuk
semakan.

Tindakan: Semua guru

5.0 Hal-hal lain

5.1 Hasil pemantauan Pentadbir, tanggungjawab seorang guru bergantung kepada Jadual Waktu
dan BPPS. Guru perlu akur dengan jadual waktu maka jika sekiranya guru tidak dapat hadir
ke
sekolah hendaklah segera memaklumkan kepada Pentadbir dan AJK Jadual Waktu untuk
direliefkan.
5.2 Untuk relief, guru hendaklah menandatangani (punca kuasa) dan masuk kelas untuk elakkan
perkara yang tidak diingini berlaku.

6.0 Ucapan penangguhan

6.1 Pengerusi membuat ucapan penangguhan pada jam 04.30 petang.

Disediakan oleh,

………………………………………..
(SITI ZABIDAH BINTI AB.MANAF)
Ketua Panitia Matematik,
SMK BATU 4, GERIK.

Tarikh: 04 Februari 2023

5
LAMPIRAN 2 (Gambar)

You might also like