You are on page 1of 6

___________________________________________PK07 - Pengurusan Mesyuarat

Ruj. Kami : JEA7035/01/1


Tarikh : 14 Mac 2022

Kepada semua Guru Mata Pelajaran Matematik

Tuan,

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2022

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti


ketentuan berikut :

Tarikh : 20 Mac 2022


Masa : 2.00-3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Sosial

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

-Ucapan Pengerusi
-Perlantikan S/U Matematik 2022
-Pengurusan Fail Panitia
-Penyediaan E-BRM dan Rancangan Pengajaran Harian
-Perancangan Strategik dan Program Peningkatan Akademik
-Perancangan Kewangan dan Stok
-Pencerapan Guru dan Buku Latihan Pelajar
-Perkembangan Staf
- Kajian Tindakan
-Headcount
-PDPR
-Perlaksanaan Pendidikan sivik dan Kewarganegaraan
-Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
-Hal-hal lain

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

........................................................
(Muhammad Firdaus bin Mohd Fauzai)
Ketua Panitia Matematik
SMK PALONG TIMUR

________________________________________________________________________________
___________________________________________PK07 - Pengurusan Mesyuarat

SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT PANITIA MATEMATIK
BILANGAN 1/2022
SMK PALONG TIMUR

Tarikh : 20 Mac 2022


Masa : 2.00-3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi: Pn. Mazwiyana binti Mashur

Bil Nama
1 Mazwiyana binti Masyur
2 Norrizah binti Mohd Sharif
3 Muhammad Firdaus bin Mohd Fauzai
4 Siti Safura binti isahak
5 Zakaria Chek bin Ab. Kadir

Disediakan oleh :

.........................................
(SITI SAFURA BINTI ISAHAK)
Setiausaha Panitia Matematik

________________________________________________________________________________
___________________________________________PK07 - Pengurusan Mesyuarat

Minit Mesyuarat Panitia Matematik


Kali Pertama Tahun 2022 Bil. 1/2022
SMK Palong Timur

Tarikh : 20 Mac 2022


Masa : 2.00-3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : 1) Mazwiyana binti Mashur


2) Norrizah binti Mohd Sharif
3) Muhammad Firdaus bin Mohd Fauzai
4) Zakaria Chek bin Ab. Kadir
5) Siti Safura binti Isahak

1. Ucapan alu-aluan

1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat ini


dan mengharapkan guru-guru lebih bersemangat untuk mengharungi
tahun 2022 bagi memastikan kejayaan pelajar-pelajar. Pengerusi
mengucapkan setinggi-tinggi peghargaan kepada guru-guru kerana telah
dapat menjalankan amanah dengan baik bagi tahun 2021 yang lepas.

2. Pelantikan Setiausaha Panitia Matematik bagi tahun 2022

2.1 Ketua Panitia melantik Cikgu Siti Safura sebagai Setiausaha Matematik
bagi tahun 2022.
Tindakan : Makluman

3. Pengurusan Fail Panitia Mata Pelajaran

3.1 Segala bentuk dokumentasi berkaitan panitia perlulah disimpan dalam


bentuk hard copy (fail putih kulit keras) dan soft copy (folder).

3.2 Ketua Panitia akan memastikan fail panitia disimpan ditempat yang mudah
diakses, fail induk wajib berada di pejabat. Manakala ‘Soft copy’ pula pastikan
mudah juga untuk diakses jika diperlukan pada bila-bila masa.

3.3 Semua ahli panitia mestilah bekerjasama bagi memastikan segala bentuk
dokumentasi panitia dapat dilengkapkan.
Tindakan : Makluman

4. Penyediaan e-BRM dan Rancangan Pengajaran Harian

4.1 Semua guru hendaklah mengemaskini e-BRM dan perlu ‘share’ keseluruhan
folder e-BRM kepada tuan pengetua,GPK1 dan GKMP Sains dan Matematik.

________________________________________________________________________________
___________________________________________PK07 - Pengurusan Mesyuarat

4.2 Semua guru perlu memastikan maklumat penting seperti jadual waktu guru,
rpt, dskp di dalam e-BRM lengkap.

4.3 E-BRM perlu dihantar pada hari Khamis setiap minggu dan disertakan sekali
dengan rancangan pengajaran harian untuk hari pertama minggu seterusnya
(hari Ahad).

4.4 Penyediaan rancangan pengajaran harian perlulah ditulis mengikut format


yang telah ditetapkan oleh panitia dan selari dengan dskp serta perlaksanaan
TS25. Perkara penting yang perlu ada di dalam penulisan rph ialah:

-Standard kandungan
-Standard pembelajaran
-objektif pembelajaran
-kriteria kejayaan
-refleksi Tindakan : Semua Guru

5. Perancangan Strategik Panitia & Program Peningkatan Akademik

5.1 Program Kecemerlangan Matematik 2022


(a) Kelas tambahan sebelum percubaan SPM.
(b) Soalan peperiksaan percubaan negeri-negeri lain.
(c) Koleksi soalan SPM format baru.
(d) Kertas peperiksaan SPM tahun-tahun lepas.
(e) Kelas tambahan untuk semua pelajar tingkatan 5
(f) Bengkel Matematik SPM
(g) Modul soalan untuk tingkatan 4 dan 5.
(h) Ulangkaji bertopik untuk tingkatan 1,2 dan 3.
(i) Latihan soalan KBAT semua tingkatan.
Tindakan : Makluman

5.2 Ketua panitia memaklumkan segala pelaporan berkaitan program dibuat dan
dimasukan ke dalam fail panitia.
Tindakan : Semua Guru

6. Perancangan Kewangan & Stok Panitia

6.1 Perbelanjaan PCG panitia matematik perlu dirancang dengan bijak dan baik
serta perlu mendapat pandangan semua guru matematik.

6.2 Sebarang pembelian peralatan abm atau bbm perlulah mengikut prosedur
pembelian seperti yang telah ditaklimatkan oleh Kerani Kewangan sekolah.
Pastikan baki kewangan ditinggalkan 10% sahaja.

Tindakan : Makluman

________________________________________________________________________________
___________________________________________PK07 - Pengurusan Mesyuarat

7. Pencerapan Guru dan Buku Latihan Pelajar.

7.1 Pencerapan guru akan dilaksanakan sebaik sahaja sesi persekolahan


dibuka seperti biasa mengikut jadual pencerapan dan semakan buku
latihan 2022 (rujuk buku penataan 2022 m/s 89-90).

7.2 Borang penilaian yang akan digunakan berpandukan borang pencerapan


Standard 4 SKPMg 2 yang juga akan dibantu dan dibimbing oleh pegawai
SISC+ Bidang Sains Sosial PPD Segamat.

7.3 Buku Latihan pelajar perlu disemak secara berkala dan dihantar kepada
Pengetua/GPK1/GKMP untuk semakan sekurang-kurangnya 3 contoh buku
Latihan atau mengikut keperluan.

Tindakan : Semua Guru

8.Perkembangan Staf

8.1 Guru-guru di bawah bidang sains sosial digalakan untuk


memperkembangkan lagi ilmu pedagogi melalui webinar yang dipaparkan
di laman web SPLKPM atau melalui kursus-kursus yang ditawarkan oleh
pihak luar.

8.2 Ketua panitia perlulah memastikan pendaftaran mesyuarat/taklimat/plc


direkodkan di dalam splkpm bagi membantu guru-guru melengkapkan
keperluan tujuh hari berkursus bagi tahun semasa.

Tindakan : Semua Guru

9. Kajian Tindakan

9.1 Guru-guru perlulah menyediakan sekurang-kurangnya satu kajian tindakan


mengikut format yang telah ditetapkan diperingkat PPD Segamat.

9.2 Sebarang masalah berkaitan kajian tindakan boleh dirujuk terus kepada
penyelaras kajian tindakan sekolah iaitu Cikgu Siti Farah Nadia binti Jumali.

Tindakan : Semua Guru

10. HEADCOUNT

10.1 Ketua panitia dan dibantu oleh guru subjek perlu menetapkan headcount
bagi SPM dan PT3 mengikut format yang diberikan oleh setiausaha
peperiksaan.

Tindakan : Semua Guru

________________________________________________________________________________
___________________________________________PK07 - Pengurusan Mesyuarat

11. Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah(PDPR)

11.1 Sesi persekolahan 2022 akan bermula dengan menggunakan kaedah


PDPR bermula 21-31 Mac 2022.

11.2 Guru-guru perlu menyesuaikan kaedah pembelajaran berdasarkan


kebolehcapaian pelajar samada dengan menggunakan medium elektronik
atau dalam bentuk modul.

11.3 Guru perlu merekodkan sesi pdpr yang dijalankan dan membuat semakan
terhadap tugasan yang diberikan kepada pelajar supaya mudah untuk
membuat laporan berkaitan sekiranya diperlukan.

Tindakan : Semua Guru

12. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

13.1 Semua guru matematik perlu melaksanakan PBD dan merekodkannya


melalui template yang telah ditetapkan oleh penyelaras pbd sekolah.

13.2 Rekod pelaporan PBD perlulah diserahkan kepada ketua panitia untuk
dimasukan ke dalam fail PBD panitia.

13.3 Pemantauan penjaminan kualiti akan dijalankan oleh pihak yang telah
ditetapkan dalam jawatankuasa PBD sekolah.

Tindakan : Semua Guru

13. Hal-hal lain

Tiada

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… ..........................................
(SITI SAFURA BINTI ISAHAK) (MUHD FIRDAUS MD FAUZAI)
SETIAUSAHA MATEMATIK KETUA PANITIA MATEMATIK
SMK PALONG TIMUR SMK PALONG TIMUR

________________________________________________________________________________

You might also like