You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN LOSONG,

Tel. : 09-6223040
CHABANG, 21000 KUALA TERENGGANU
Faks : 09-6267758
TERENGGANU DARUL IMAN
______________________________________________________________________________
Email : tba3017@gmail.com
Blog : sklosong.blogspot.com
Ruj. Kami SKLo.100/02/01(
)
Tarikh 6 Mac 2022

Cikgu Wan Mariam Binti Wan Ismail - Pk Pentadbiran


Cikgu Abdulmuin Bin Awang Kechil - Pk Hal Ehwal Murid
Cg Zaleha Bt Abu Bakar - Pk Kokurikulum
AJK Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

Tuan,
MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH BIL 1 SESI 2022/2023
Salam hormat. Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:-


Tarikh : 14 Mac 2022 (Isnin)
Masa : 09.00 PAGI
Tempat : Google Meet (https://meet.google.com/unw-fvzt-feh)

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :-


3.1 Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat
3.2 Ucapan Guru Besar
3.3Perkara Baru (Halatuju Kurikulum 2022/2023, Jadual Waktu versi 1.0, eRPH versi 6.0,
Penyediaan RPT MP, Program Transisi Tahun 1 2.0, PBD dan Penjaminan Kualiti)
3.4Pengurusan Panitia
3.5Perancangan Kurikulum 2022/2023
3.6Hal-hal lain

4. Kerjasama dan kecaknaan tuan diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian.
“Mendepani Pendidikan Global”
“PRIHATIAN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID -19”

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


_______________________
(PARIDAH BT OMAR)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Losong.
S/K
1.Fail induk JKS
MINIT MESYUARAT JKS
SEKOLAH KEBANGSAAN LOSONG BILANGAN 1 TAHUN 2022/2023

Tarikh: 14 Mac 2022


Hari : Isnin
Masa : 9.00 Pagi
Talian : Google Meet
Kehadiran :

1 Cg. Paridah bt Omar -Guru Besar


2 Cg Wan Mariam binti Wan Ismail -GPK Kurikulum
3 Cg Abdulmuin bin Awang Kechil -GPK HEM)
4 Cg Zaleha bt. Abu Bakar -(GPK Kokurikulum)
5 Cg. Rafidah bt. Abdul Aziz -SU Peperiksaan (SAP/ Panitia
6 Cg. Salma Sa’adah bt. Mansor -Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (PSS)
7 Cg. Roslezah Hussin -Pemulihan Khas
8 Cg. Yu Azura bt. Mohammad -Prasekolah

9 Cg Haslina bt Mohd -Transisi


10 Cg Hikmah bt Mohd Nor -Program Kecemerlangan Kurikulum, Panitia Muzik
11 Ustaz Mohd Abdul Hadi Fahmi bin Ismail -Jadual Waktu/MMI
12 Cg. Zaharah bt. Mohamad -Panitia Bahasa Melayu
13 Cg Norhidayah bt Mohamad -Panitia Bahasa Inggeris (BI)
14 Cg Ahmad Shoufi Lim bin Abdullah -Panitia Matematik
15 Cg Akmal bt Wahab -Panitia Sains
16 Ustazah Zuraidah bt. ismail -Panitia Pendidikan Islam

17 Cg Mohamad Firdaus bin Mohamad Amin -Panitia PJPK


18 Ustaz Mohd Harris bin Yusoff -Panita Bahasa Arab (BA)
19 Cg Rohana bt Yusof -Panitia Sejarah
20 Cg Wan Mohd Shariff b Wan Harun -Panitia Rekabentuk Teknologi (RBT)
21 Cg Nor Azniatol Adawiyah bt Mohamad Noh -Panitia PSV

Pengerusi Majlis : Puan Wan Mariam binti Wan Ismail


AGENDA 1 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Abdul Hadi
Fahmi bin Ismail.
1.2 Pengerusi mesyuarat mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat JKS kali
pertama sesi 2022/2023 dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
1.3 Perjawatan guru adalah 29 orang dengan kapasiti 13 kelas termasuk prasekolah.
Menunggu kehadiran seorang lagi guru untuk memenuhi perjawatan.

AGENDA 2 UCAPAN GURU BESAR


2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kerja buat guru pada tahun 2021. Mengharapkan
kecemerlangan diteruskan.
2.2 Beliau menyatakan setiap apa yang berlaku mempunyai punca kuasa (mandat) yang
telah ditetapkan seperti PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) yang mempunyai dasar
tersendiri.

2.3 Pekeliling merupakan satu dokumen yang mesti dipatuhi oleh setiap penjawat awam dan

menjadi tanggung jawab sebagai seorang guru.

2.4 Surat arahan dari PPD (Pejabat Pendidikan Daerah ) atau JPN (Jabatan Pendidikan

Negeri) mestilah dipatuhi dan dilaksanakan.

Tindakan : Makluman

AGENDA 3 PERKARA BARU


3.1 HALATUJU KURIKULUM 2022/2023
Pengerusi membentangkan halatuju kurikulum sesi 2022/2023. (Rujuk Buku Panduan
Pengurusan 2022 muka surat 12)
Tindakan : Makluman

3.2 JADUAL WAKTU VERSI 1.0


3.2.1 Penyusunan semula jadual waktu terkini adalah bagi menangani isu beg berat murid
disebabkan buku dan sistem kurikulum negara.
3.2.2 Berdasarkan saranan Dr. Mohd Radzi Md Jidin Menteri Pendidikan , maka SK Losong
mengambil pendekatan berikut
a. Membenarkan murid menyimpan buku latihan mengikut keperluan semasa.
Perbincangan selanjutnya akan diadakan antara pihak pengurusan sekolah dengan
PIBG bagi menangani masalah ini.
b. Penyusunan semua Jadual waktu mengandungi 3 hingga 4 subjek sahaja sehari.
c. Bilangan buku latihan setiap subjek tidak melebihi 2 buah di mana setiap buku
mengandungi tidak melebihi 80 muka surat.
d. Tahap 1 menggunakan buku aktiviti yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) manakala buku kerja digunakan sebagai buku rujukan di luar waktu
pdpc.
e. Menggalakkan guru dan murid menggunakan buku teks digital melalui akaun Delima..
f. Menggunakan pendekatan pdp yang sesuai.
g. Menggunakan 36 waktu seminggu di mana terdapat pengurangan waktu pdpc setiap
subjek.
h. Peruntukan waktu guru seminggu adalah mengikut subjek. Maksima setiap guru adalah
29 waktu. Kecuali guru PSS, Guru Data dan Guru Disiplin dan Kursus Dalaman
peruntukan waktu adalah kurang dari 29 waktu.
Tindakan : Makluman

3.3 eRPH VERSI 6.0


3.3.1 Dilancarkan pada 8 Mac 2022 olehTuan Haji Jelani bin Sulong , PPDKT dalam mesyuarat
pengurusan. Sebarang masalah boleh rujuk blog Cg Zairi
3.3.2 Terdapat tag baru iaitu RPT mengikut DSKP semakan 2017.
3.3.3 Guru perlu mengemaskini item yang terdapat dalam setiap folder eRPH.
3.3.4 Cg Wan mariam selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum akan mengemaskini terlebih dahulu
tapak eRPH terkini sebelum berkongsi dengan guru-guru.
Tindakan :Semua Guru

3.4 PENYEDIAAN RPT MP


3.4.1 Berdasarkan surat siaran KPM bil 2/2022 Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan
Mulai Kalendar Sesi 2022/2023, KPM memutuskan pelaksanaan KSPK, KSSR
menggunakan DSKP semakan 2017 sepenuhnya. Semua DSKP terkini boleh didapati
melalui pautan link http://bpk.moe.gov.my
3.4.2 Pengarah JPNT dan PPDKT menyarankan penyediaan buku rekod mengajar adalah
dalam bentuk digital.
3.4.3 RPT setiap subjek perlu diadakan untuk 43 minggu sehingga akhir bulan Mac. Satu
salinan hardcopy perlu dihantar kepada PK Pentadbiran untuk penghantaran ke PPD.

Tindakan : Makluman

3.5 PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2.0


3.5.1 Pelaksanaan program adalah selama 4 minggu mulai 21/3 hingga 3/4/2022. 2 minggu
pertama fasa penyesuaian menggunakan modul dan fasa kesediaan untuk 2 minggu
berikutnya berdasarkan subjek kelas.
3.5.2 Pentaksiran bilik darjah (PBD) dijalankan melalui pelbagai kaedah menggunakan
item senarai semak penguasaan murid.
4.5.3 Guru perlu merancang pengajaran terbeza.

Tindakan :Penyelaras dan Guru Tahun 1

3.6 PBS DAN PENJAMINAN KUALITI


3.6.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terdiri 3 ITEM iaitu PBD di bawah kurikulum,
Psikometrik di bawah HEM dan PAJSK di bawah kokurikulum.
3.6.2 Dapatan KPM mendapati longgokan data pada TP3. Ini disebabkan guru fokus pada TP3
hingga mengabaikan fokus pdpc sebenar, jaminan PBD tidak menyeluruh dan data tidak
normal. oleh itu data perlu diverifikasi melalui penyelarasan di peringkat sekolah dengan
disokong evidence. sebagai piawai PBD.
3.6.3 Perlu ada evidence untuk tahap murid
3.6.4 Ketua panitia perlu membuat pelarasan penyediaan ujian mengikut tahap penguasaan
murid. seterusnya buat analisa keputusan dan mengambil langkah untuk mengatasi
masalah-masalah berbangkit melalui learning walk, mesyuarat JKS, pencerapan pdpc, PBL
Tindakan : Ketua Panitia

AGENDA 4 PENGURUSAN PANITIA


4.1 Semua panitia perlu mengadakan mesyuarat pertama dan membincangkan
perkara-perkara berikut:
4.1.2 Agihan tugas ahli panitia dan semangat kerja berpasukan.
4.1.2 Anggaran belanja mengurus (ABM) - Peruntukan kewangan belum turun. Tetapi semua
panitia merangka program berdasarkan anggaran belanjawan.
4.1.3 PPT/PAT/PBD
4.1.4 Penyediaan perancangan strategik/taktikal/operasi/pintas dan oppm
4.1.5 Penggubalan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
4.1.6 Buku rekod mengajar
4.1.7 Penetapan bilangan buku latihan
4.1.8 Agihan latihan murid berdasarkan borang volume kerja murid.
4.1.9 Semakan latihan dan buku latihan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ketua panitia
perlu menyediakan jadual rekod penghantaran.
4.1.10 Penggubalan soalan peperiksaan.
4.1.11 Pencerapan menggunakan SKPMg2 Standard 4 iaitu elemen guru membuat penilaian
kendiri dengan menyediakan rekod mengajar, mengambil video pdpc dan menghantar
dalam bentuk softcopy dan hardcopy kepada penilai masing-masing. Pemberatan
adalah bergantung kepada pdpc guru sendiri.
4.1.12 PBD
4.1.13 Professional Learning Community (PLC) - Semua panitia perlu mematuhi tarikh PLC yang
telah ditetapkan. Agenda PLC haruslah berfokus untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.
Tindakan : Ketua Panitia
AGENDA 5 PERANCANGAN KURIKULUM 2022/2023
5.1 Berikut adalah perancangan kurikulum yang telah disediakan.
PROGRAM GURU PROGRAM MURID

1.Bengkel Bestari Guru 1.Bengkel Penataran Subjek Teras


2.Bengkel Erph V6.0 2.Bengkel Murid Mithali
3.Bengkel Perancangan Strategik 3.KMR
4.Bengkel Bestari Digital 4.PBL
5.Bengkel Bestari Pdp Dan Pentaksiran 5.Pertandingan Murid Mithali Digital
6.Kolaboratif Kebestarian Guru 6.Lawatan Penanda Aras Ke Sekolah
7.Lawatan Penanda Arasan Sekolah Contoh Contoh

Tindakan : Makluman

AGENDA 6 HAL-HAL LAIN


6.1 Cikgu Rafidah mengingatkan guru-guru subjek agar mengisi CUP 2 untuk tujuan penyimpanan
bahan bukti dalam fail peribadi murid.
Tindakan : Semua guru

6.2 Teacher Amberjeet menyuarakan hasrat menggunakan semula buku rancangan mengajar,
bukannya eRPH.
Tindakan : PKP

AGENDA 7 PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan surah al-asr dan ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari.

Disediakan oleh,
Disemak oleh,

………………………
…………………….
(Roslezah Binti Hussin) (Wan
Mariam Wan Ismail)
Setiausaha
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Losong
SK Losong
Disahkan oleh:

……………………..
(Paridah Binti Omar)
Guru Besar
SK Losong

You might also like