You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BILANGAN 2 / 2021

SK KAMPONG RELANG

TARIKH : 17 JUN 2021


HARI : KHAMIS
MASA : 1.20 Petang
TEMPAT : GOOGLE MEET RUMAH MASING-MASING

KEHADIRAN:
1. En. Azizan b. Murad ( Pengerusi)
2. En. Norhesam b. Suliman (PK Pentadbiran)
3. En. Kamarul Ariffin b. Che Kamaluddin (PK HEM)
4. En. Abdul Rani b. Mat Assain @ Hashim ( PK Kokurikulum)
5. En. Md Yazid b Harun
6. En. Ahmad Sobri b. Halim
7. Pn. Norjihan bt Ishak
8. Pn. Nur Amalina bt Ahmad
9. Pn. Idzah bt Yahya
10. Pn. Haslinda bt Nayan
11. En. Nazmi b. Che Omar
12. Pn. Shamsudiar bt. Sudin
13. En .Mohd Sofian b. Nordin
14. Pn. Noor Azlina bt Ahmad
15. En. Khairulanuar b Rumly( Setiausaha)

Tidak Hadir:
En. Mohammad Zaidi B. HJ Harun (Tanpa Sebab)

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
hadir atas talian ke Mesyuarat Kurikulum bilangan ke-dua tahun 2021

1.2 Pengerusi mengharapkan semua guru agar mematuhi SOP yang telah dibuat oleh
kerajaan untuk memutuskan rangkaian Virus Covid 19.

1.3 Beliau juga memaklumkan agar ada tindakan yang akan diambil selepas dari
mesyuarat ini.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Kurikulum Bilangan 1/2021

Dicadangkan Oleh : Pn. Shamsudiar bt Sudin


Disokong Oleh : Pn. Nur Amalina bt Ahmad
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- Tiada –

4. DAPATAN MESYUARAT PENGURUSAN PPD LMS


4.1 Pendekatan luar talian perlu pemerkasaan seperti modul yang komprehensif.
PdPR ini bukan lagi pilihan tetapi semakin menjadi ketetapan utama. Antara cara
PdPR iaitu :
4.1.1 PdPR berasaskan projek
a) Pemberian tajuk dilaksanakan ikut subjek atau gabungan beberapa
subjek
b) Bimbingan – murid dibimbing kenal pasti kaedah, bahan, peralatan
dan kos.
c) Jangka masa – guru perlu menentukan jangka masa menyiapkan
projek.
d) Penyelesaian – murid perlu di bombing untuk selesaikan projek
e) Pembentangan – murid membentangkan hasil projek
f) Refleksi – membuat refleksi tentang proses penghasilan projek.

4.1.2 PdPR menggunakan modul


a) Perancangan – perlu dirancang secara berstruktur untuk memenuhi
keperluan mata pelajaran.
b) Sasaran muird – ketetapan sasaran murid ( prasekolah, rendah dan
menengah)
c) Tajuk, tema, objektif dan tempoh perlu rujuk kepada Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
d) Nota dan aktiviti perlulah relevan dengan topic PdP serta aktiviti yang
mengalakkan murid belajar guna pengalaman sendiri.
e) Pentaksiran – sangat penting dalam mengukur penguasaan murid dan
perekodan PBD
f) Edaran dan serahan – modul diedar berdasarkan RPH yang ditetapkan
dan serahkan hasil tugasan perlu disemak dan ditaksir sebelum modul
baharu diserahkan.

4.1.3 PdPR secara luar talian (offline)


a) Pelaksanaan – berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti
seperti computer, computer riba, tablet atau telefon pintar tanpa
capaian internet.
b) Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar
menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain.
c) Proses muat turun – guru muat turun bahan PdP dalam bentuk
video, slaid, nota daripada sumber ketika ada capaian internet dan
diberikan kepada murid melalui medium komunikasi yang sesuai.
d) Tempoh guna peranti – guru perlu menetapkan tempoh masa
penggunaan peranti secara luar talian dengan mengambil kira
pandangan ibubapa.

4.2 Pengumpulan Data Pentaksiran Bilik Darjah Sekolah Rendah


Dan Menengah Rendah

4.2.1 Proses pengumpulan data dari sekolah – PPD (Penyelaras Daerah) – JPN
Perak.

4.2.2 Time Line Pengumpulan Data Pbd


Fasa 1 : 10 JUN 2021 ( Taklimat penyelaras daerah)
14 – 30 JUN 2021 ( Pengumpulan data (PBD) )
5 – 9 JULAI 2021 (Analisis data PBD)
14 JULAI 2021 (Data ke JPN)

Fasa 2 : 10 NOV 2021 (Taklimat penyelaras daerah )


17 – 30 NOV 2021 ( Pengumpulan data PBD)
1 – 8 DIS 2021 ( Analisis data PBD)
15 DIS 2021 ( Data ke JPN)

4.3 Panduan pengisian Template Pelaporan


4.3.1 Isi mengikut Template yang telah diberikan.
4.3.2 Tagging Murid DLP dengan simbol ( * )
4.3.3 Mengisi maklumat dalam ruangan yang telah disediakan. Jangan sesekali
mengubah maklumat/ruang pada tapak data.
4.3.4 Jangan menulis dengan point (0.00) kerana mengakibatkan gangguan
pada data.
4.3.5 Untuk TP, Isi nombor sahaja 1/2/3 jangan isi TP1 /TP2/TP3.
4.3.6 Pada ruangan Jantina isi dengan huruf - L / P .

5. MERANCANG PROGRAM PANITIA


5.1 Pengerusi mengharapkan program panitia dapat dijalankan dengan teratur sesuai
dengan SOP yang ada.
5.2 Beliau juga memaklumkan mesyuarat panitia perlu diadakan segera dan merancang
program-program panitia yang bakal dilaksanakan.

6. LAPORAN PANITIA ( AKTIVITI PANITIA)


6.1 Panitia Bahasa Melayu memaklumkan segala aktiviti yang dirancang tidak dapat
dilaksanakan kerana sekolah terpaksa ditutup.
6.2 Panitia Bahasa Inggeris memaklumkan mesyuarat panitia telah berjaya
dilaksanakan sekali dan antara perkara-perkara yang dibincangkan iaitu murid-murid
yang bermasalah serta program-program yang akan dilaksanakan.
6.3 Panitia Matematik memaklumkan telah melaksanakan mesyuarat pertama panitia
dan membincangkan penjajaran subjek matematik. Panitia matematik telah berjaya
membuat modul matematik tahun 1 dan telah dihantar diperingkat zon.
6.4 Panitia Sains memaklumkan mesyuarat panitia belum sempat dilaksanakan tetapi
panitia sains peringkat zon dan daerah telah berjaya diadakan sekali. Aktiviti e-kuiz dan
e-reka tidak dapat dijalankan lagi dan menunggu keputusan diperingkat zon.
6.5 Panitia Agama Islam memaklumkan telah berjaya melaksanakan program Ihya
Ramadhan dengan jayanya dan berterima kasih kepada guru-guru yang membantu
melaksanakan program tersebut.
6.6 Panitia Seni memaklumkan telah berjaya melaksanakan mesyuarat kali pertama di
perinkat sekolah dan zon.

7. PBD / PBS
7.1 Penyelaras baharu PBS/PBD Pn. Haslinda memaklumkan guru-guru perlu mengisi
tahap penguasaan didalam template yang disediakan.

8. PEMULIHAN
8.1 En. Yazid memaklumkan murid pemulihan tahun 2 ada dua orang murid iaitu
Mohammad Zafran dan Siti Ruwaida manakala untuk tahun 1 seorang murid iaitu
Adam Al-Hafiz.

9. PRASEKOLAH
9.1 Pn. Nurazlina memaklumkan murid prasekolah pada tahun 2021 iaitu seramai 13
orang murid, lapan orang murid lelaki dan lima orang murid perempuan.
9.2 Beliau juga memaklumkan murid prasekolah untuk tahun 2022 setakat hari ini yang
telah berdaftar seramai 9 orang murid sahaja.
9.3 PdPR prasekolah menggunakan modul dan akan dihantar seminggu sekali kepada
murid-murid.

10. UJIAN 1 / PKSR


10.1 Ujian 1 dan PKSR tidak dapat dijalankan kerana sekolah terpaksa ditutup.
10.2 PKSR 2 untuk tahap 2 insyaallah akan diadakan seperti didalam jadual.
10.3 UPSR telah dimansuhkan pada tahun 2021.
10.4 Pengurusi memberitahu PBD / PBS perlu diteruskan dan direkod.

11. PLC
11.1 Pengurusi mengalakkan guru-guru mengadakan PLC didalam alam maya
samaada google meet atau zoom mengikut kesusaian.

12. DELIMA ( CLASSROOM )


12.1 Pengurusi memberitahu Delima ( Classroom) perlu digunakan dengan
sepenuhnya.
12.2 Murid juga perlu menggunakan sistem DELIMA.
13. PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
13.1 Pn. Norjihan memaklumkan mesyuarat PSS kali pertama telah dijalankan.
13.2 Aktiviti kempen bacaan alam maya perlu di war-warkan kepada semua murid.
13,3 Beliau juga memaklumkan PSS belum lagi membuat pembelian barang pada
tahun ini.

14. HAL-HAL LAIN


15.1 Pengerusi memaklumkan murid-murid tahun 6 kebanyakkan ada telefon pintar
tetapi penggunaan tidak berkaitan dengan pendidikan.
15.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru kerana ada peningkatan
dalam PdPR dari semasa kesemasa.
15.3 En. Norhesam memberitahu setiap panitia perlu merancang terlebih dahulu
barang apa yang mahu dibeli.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 Petang

Disediakan Oleh Disemak Oleh:

__________________ ___________________
KHAIRULANUAR B RUMLY AZIZAN BIN MURAD
Setiausaha Kurikulum Guru Besar
SK Kampong Relang SK Kampong Relang

You might also like