You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA

TAMAN BANDAR BARU,


31900 KAMPAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.
Tel./Faks : 605-4669587 ABA9015
Emel:sentosa_ku@yahoo.com

“MENGANGKAT HARGA DIRI DAN MARUAH ANAK DIDIK KITA”

MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1 /2021

Tarikh : 27.1.2021 (Rabu)

Masa : 1:45 petang

Tempat : Dikediaman masing-masing

Kehadiran : 1. Pn Aziani Bt Ahmad ( PK Pentadbiran)


2. En. Saiful Azhar Bin Shaari ( PK Hal Ehwal Murid)
3. En.Mohd Mustafa B Hj Ahmad Razali (Ketua Panitia Sains)
4. Pn. Sarimah Bt Abdullah (Setiausaha)
5. En. Mohd Syahril Nizam Bin Abdul Rashid
6. En. Faizul Bin
7. Cik Afiqah Bt

Agenda Mesyuarat:

1.0 Perutusan Pengerusi


2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu
3.0 Perkara Berbangkit dan Maklum Balas
4.0 Hal-hal yang dibincangkan
4.1 Buku Persediaan Mengajar Guru /RPH
4.2 RPT/DSKP
4.3 Analisis dan Rumusan UPSR 2019
4.4 Headcount Sains UPSR 2020
4.5 Program Panitia Sains 2020
4.6 Pentaksiran Bilik Darjah/Borang Transit
4.7 DLP
5.0 Hal-hal Lain
6.0 Ucapan Penangguhan
AGENDA MESYUARAT

1.Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang hadir. Beliau juga mengucapkan
tahniah kepada semua guru-guru sains kerana telah melaksanakan segala aktiviti dengan baik pada
tahun lepas walaupun dalam masa-masa PKP dan pdpc SOP.
Tindakan:Makluman

2.0 Ucapan Penasihat


2.1 Guru besar mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua guru Sains dan tahniah kerana
telah menjalankan empat kali mesyuarat pada tahun lepas.
2.2 Beliau berharap agar panitia dapat membelanjakan peruntukan kewangan yang ada
dengan sebaik mungkin dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
2.3 Beliau juga berharap agar semua guru dapat menggunakan CIDS sepenuhnya pada
tahun ini.
2.4 Guru hendaklah merancang pdpr mengikut Dokumen Penjajaran 2.0 dan penekanan juga bagi kelas
DLP hendaklah di buat pembugaran semula agar ianya dapat terus diwujudkan
di sekolah.
2.5 Guru hendaklan merancang Pelan Taktikal dan Operasi untuk Tahun 2021.
2.6 Target Panitia iaitu murid dapat mencapai tahap penguasaan minimum iaitu TP3.

Tindakan :Makluman dan Tindakan


Semua Guru Sains

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu


3.1 Puan Sarimah membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan disahkan oleh
En Syahril.

Makluman
4.0 Perkara Berbangkit/Maklum Balas
4.1 En Mustafa menyatakan buku aktiviti masih belum diterima dari pembekal dan akan
dimaklumkan nanti.

Makluman
5.0 Isu-isu yang dibincangkan

5.1 Buku Persediaan Mengajar Guru /RPH

5.1.1 EnMohd Mustafa meminta agar guru-guru Sains dapat melengkapkan


rancangan persediaan mengajar dalam program CIDS .Beliau menyatakan
perkara yang perlu ada dalam setiap rancangan pengajaran harian iaitu:

Tajuk
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi (jika ada)
Kriteria Pembelajaran
Aktiviti
Tindakan : Guru-guru Sains

5.2 RPT/Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran 2.o

5.2.1 En. Mohd Mustafa menyatakan Rancangan pengajaran harian perlulah di bina
dengan merujuk RPT dan DSKP penjajaran 2.0.
Tindakan : Guru-guru Sains

5.2.2 En. Mohd Mustafa menyatakan RPT perlulah mempunyai sisipan topik tahun
lepas jika masih terdapat topik tahun lepas yang masih belum dihabiskan.
Tindakan : Guru-guru Sains

5.2.3 En.Mohd Mustafa menyatakan Tarikh penyerahan RPT masing-masing kepada


ketua panatia untuk simpanan selewat-lewatnya 05.02.2021
Tindakan : Guru-guru Sains

5.3 Analisis dan Rumusan PBD 2020

5.3.1 En Mohd Mustafa membacakan analisis UPSR bagi tahun 2020.(Lampiran)

5.3.2 Pn.Aziani mengucapkan tahniah kerana guru-guru sains dapat mencapai target
yang dihasratkan.
Tindakan : Makluman

5.4 Pentaksiran tahap 2 dan PBD

5.4.1 En. Mohd Mustafa menyatakan pentaksiran bagi tahap 2 adalah dua kali
setahun dan bagi pentaksiran bilik darjah adalah sepanjang tahun dan mohon guru-guru
sains menyediakan tapak pengisian PBD masing-masing untuk di selia.
Tindakan : Guru-guru Sains

5.6 Pentaksiran Bilik Darjah/Borang Transit

5.6.1 Seperti yang diminta oleh Tuan Guru Besar semua guru hendaklah membuat
borang transit. Borang transit perlu ada di dalam buku rekod mengajar atau
difailkan dan dikemukakan apabila dikehendakki.

Tindakan : Guru-guru Sains

5.7 Dual language Program

5.7.1 En Mohd Mustafa menyatakan guru-guru yang mengajar kelas DLP boleh
meminta bantuan daripada guru-guru yang mengajar B.Inggeris sekiranya ada
masalah dalam Pdpc ataupun menulis rancangan mengajar. Begitu juga dengan
cara sebutan sesuatu perkataan atau ayat di dalam Bahasa Inggeris.
Tindakan : Guru-guru Sains DLP
5.7.2 Setakat ini pencapaian murid dalam DLP Sains bagi kelas tahun 2 , 3 dan 4
adalah baik.
Tindakan : Makluman

5.8 Pembelian bahan dan Alatan Sains

5.8.1 En.Mohd Mustafa memohon guru-guru sains menyenaraikan alatan sains yang
diperlukan dan menyerahkannya selewat-lewatnya awal bulan mac.
Tindakan : Guru-guru Sains

5.9 Pelan Taktikal dan Operasi

5.9.1 En Mohd Mustafa menyatakan pelan taktikal dan operasi akan diserahkan
selewat-lewatnya penghujung bulan februari dan meminta guru-guru sains memberikan
aktiviti yang difikir sesuai bagi pembangunan diri dan murid.
Tindakan : Guru-guru Sains

6.0 Hal-hal Lain

6.1 Puan Aziani menyatakan guru-guru perlulah mempelbagaikan kaedah kaedah PDPC
dalam atau luar talian yang menarik minat murid dan mencapai kriteria yang dicadangkan dalam
RPH.
Tindakan : Guru-guru Sains

7.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Pn Aziani mengucapkan terima kasih diatas komitmen yang diberi bagi tahun2020 dan
berharap dikekalkan untuk meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Sains
walaupun dalam keadaan PKPB ini .

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

Disediakan oleh:

.........................................
(Pn.Sarimah Bt Abdullah)
Setiausaha Panitia Sains
SK Sentosa, Kampar.

You might also like