You are on page 1of 1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

Sekolah Kebangsaan Kampar


Kod Sekolah : ABA9008
192, Jalan Bukit ,
Tel Sekolah : 05-4651237
31900 Kampar
Faks Sekolah : 05-4651237
Perak Darul Ridzuan E-mail Sekolah : aba9008@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKK/ABA9008/100/13/1/4(12)


Tarikh : 8 Mei 2023

YB TUAN CHONG ZHEMIN


PUSAT KHIDMAT RAKYAT AHLI PARLIMEN KAMPAR
No 1, Jalan Terminal Kampar 1/A,
Pusat Perdagangan Kampar
31900 Kampar,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA KALI KE 55 TAHUN


2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, pihak sekolah telah merancang aktiviti Kejohanan Sukan
Olahraga Kali Ke 55 bagi tahun 2023. Aktiviti ini dirancang bertujuan untuk
memastikan kemenjadian murid dalam bidang ko-kurikulum seimbang dengan
bidang akademik .

3. Sehubungan dengan itu pihak pibg SK Kampar memohon sumbangan kewangan


sebanyak RM 5000 dari pihak tuan bagi menampung kekurangan dana pibg didalam
membantu sekolah menjayakan aktiviti tersebut. Berikut dilampirkan no akaun PIBG SK
Kampar dan senarai program yang dirancang.

4. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan pihak sekolah. Segala


kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah

__________________________
EN MOHD SHAHRUL FAIZIE BIN ZAINI
Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Kampar
31900 Kampar
Perak

“MENGANGKAT HARGA DIRI DAN MARUAH ANAK DIDIK KITA”

You might also like