You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT AWANG

16800 PASIR PUTEH


KELANTAN DARUL NAIM
 Kod Sekolah : DBA 4253 Tel : 09-7521186
Ruj. Kami: SKBAg 500-8/10 ( )
Tarikh : Mac 2019.

Kepada
semua guru SK Bukit Awang

Tuan/puan,

SURAT PUNCA KUASA PELAKSANAAN PROFESIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) DI


SEKOLAH TAHUN 2019

Merujuk surat PPDPP 100-1/6/2 Jld.2 (14) yang bertarikh 14 Mac 2019 mengenai perkara di atas

2. Sehubungan itu , surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia, Ruj.


KP(BPG)9094/600/3/5 Jld. 5 yang bertarikh 3 Disember 2014 berkaitan Pelaksanaan Komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC) perlu dilaksanakan di semua sekolah dan perlu direkodkan
dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM).

3. Bagi memastikan pelaksanaan itu dijalankan, tuan hendaklah membuat perancangan


dan pelaksanaan PLC mengikut tugasan panitia atau dalam bidang masing-masing. Tuan juga
boleh menggunakan nombor rujukan SKBAg 500-8/10 ( 1 ) sebagai surat punca kuasa
tersebut untuk tujuan pendaftaran sesi PLC dalam SPLKPM oleh Ketua Kumpulan PLC di
sekolah. Surat punca kuasa tersebut boleh digunapakai untuk semua sesi PLC sepanjang tahun
2019.

4. Kerjasama dan tindakan pihak tuan amat dihargai serta didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

( WAN AB.HISHAM BIN WAN NOH )


Guru Besar
Fail Sekolah

You might also like