You are on page 1of 1

Pegawai Pelajaran Daerah, Rujukan Kami : SKLK600 -7/1 ( )

Tarikh : 11 Oktober 2017


Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah,
Jalan Hopital
17500 Tanah Merah
Kelantan.

Tuan,

MEMOHON GURU GANTI BAGI MENGISI KEKOSONGAN GURU BERPENCEN

Adalah saya merujuk perkara di atas untuk makluman dan tindakan tuan.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah kami ingin memohon untuk mendapatkan
seorang guru pengganti bagi mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh EN. WEE BOON
PENG (Opsyen : PSR MATEMATIK) yang bersara wajib bermula 19 Oktober 2017 . Bersama ini
disertakan salinan surat bersara wajib untuk rujukan pihak tuan.

03. Oleh yang demikian, pihak sekolah memohon jasa baik tuan untuk mengisi kekosongan
yang berlaku dengan kadar segera bagi melancarkan perjalanan penggal persekolahan yang
ada.

04. Kerjasama pihak tuan untuk menghantar guru pengganti tersebut amat diharapkan agar
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Sekian ,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………………
(JOHAN BIN MOHAMAD)
Guru Besar,
SK LADANG KERILLA
17500 TANAH MERAH
KELANTAN

Sk: Fail

You might also like