You are on page 1of 1

Rujukan Kami : SKP 100-19/1/14( )

Tarikh : 6 September 2017

Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan,
Jalan Dato Hamzah,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(u.p. Unit Pendaftaran dan Perhubungan)

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN LARIAN JOGATHON BAGI TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu


Bapa dan Guru (PIBG) ingin mengadakan Larian Jogathon bagi Tahun 2017 pada
11 November 2017 (Sabtu).

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon kebenaran dan kelulusan
daripada pihak tuan untuk membuat kutipan derma bagi Larian Jogathon tersebut.
Bersama-sama ini dilampirkan Kertas Kerja Larian Jogathon Tahun 2017 untuk perhatian
dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

4. Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan serta kelulusan daripada pihak


tuan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.
(HJH. SUHAILAH BT HJ. KASIM)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Panchor,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

s.k Fail sekolah

You might also like