You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN

PEMBELIAN BARANGAN KELENGKAPAN HOKI


SK OTHMAN SHAWAL
_____________________________________

SK OTHMAN SHAWAL
78200 KUALA SUNGAI BARU
MELAKA

________________________________________________________________________________

KERTAS CADANGAN
PEMBELIAN BARANGAN KELENGKAPAN HOKI
2017
________________________________________________________________________________

KANDUNGAN:

1. TAJUK
KERTAS CADANGAN
PEMBELIAN BARANGAN KELENGKAPAN HOKI
SK OTHMAN SHAWAL
_____________________________________
2. RASIONAL
3. LATAR BELAKANG
4. MATLAMAT
5. OBJEKTIF
6. OUTPUT DAN FAEDAH
7. STRATEGI PELAKSANAAN
8. ANGGARAN PERBELANJAAN
9. PENGESAHAN KETUA JABATAN
10. RUMUSAN

1. TAJUK :

PEMBELIAN BARANGAN KELENGKAPAN HOKI

2. RASIONAL :
Dalam usaha untuk membentuk satu pasukan hoki yang
kompetitif dan cemerlang, kelengkapan pasukan juga perlulah
sesuai dengan tahap permainan yang disertai. Posisi penjaga gol
misalnya sering menjadi masalah kepada pasukan-pasukan hoki
kerana kos alatannya yang agak mahal. Ini biasanya disebabkan
peralatan-peralatan ini diimport daripada luar negara
menyebabkan harganya telah melambung tinggi akibat
pertukaran nilai mata wang. Maka dengan adanya komponen
pembelian alatan ini beban pihak sekolah untuk membeli
peralatan ini dapat dikurangkan sedikit sebanyak.
Penggunaan kayu hoki yang berkualiti juga mempengaruhi
kualiti permainan seseorang pemain hoki di atas padang. Justeru
itu, penggunaan kayu hoki komposit merupakan satu pilihan yang
tepat. Bahan-bahan yang digunakan dalam kayu komposit
membantu menjana lebih banyak kuasa ketika memukul bola dan
dapat meningkatkan ketahanan dan fleksibiliti kayu tersebut.
Walau bagaimanapun, kos pembelian kayu hoki komposit adalah
lebih mahal berbanding kos pembelian kayu hoki biasa.

3. LATAR BELAKANG:
Pembelian alatan berkaitan permainan hoki seperti kayu hoki,
bola, dan yang paling utama iaitu alatan penjaga gol biasanya
dibeli menggunakan peruntukan Panitia Pendidikan Jasmani dan
KERTAS CADANGAN
PEMBELIAN BARANGAN KELENGKAPAN HOKI
SK OTHMAN SHAWAL
_____________________________________
Kesihatan sekolah. Namun seperti yang kita maklum, peruntukan
di bawah panitia tidak mencukupi untuk pembelian alatan hoki
sahaja kerana ianya digunakan juga untuk pembelian alatan
subjek pendidikan jasmani juga. Dengan adanya bantuan atau
peruntukkan kewangan yang mencukupi, diyakini dapat
membantu pihak sekolah mengurangkan beban pembelian
barangan kelengkapan hoki.

4.0 MATLAMAT:

4.1 Menambah aset alatan hoki.


4.2 Mewujudkan pasukan hoki yang lengkap dengan peralatan
yang terkini.
4.3 Memberi keyakinan kepada pemain-pemain untuk bersaing
dengan pemain pasukan lain berbekalkan kelengkapan yang
terkini.
4.4 Memberi kelebihan kepada pasukan hoki sekolah apabila
bersaing dalam mana-mana kejohanan.

5.0 OBJEKTIF:

5.1 Pemain-pemain dapat meningkatkan kemahiran bermain


sukan hoki hasil daripada penggunaan peralatan hoki yang
terkini dan berkualiti.

5.2 Pemain-pemain berasa yakin dan bersemangat semasa


latihan dan pertandingan hasil daripada penggunaan barang
yang setanding dengan pasukan ternama .

5.3 SK Othman Shawal mempunyai aset peralatan dan


prasarana berkaitan sukan hoki yang canggih dan berkualiti
tinggi serta boleh dijadikan sebagai penanda aras oleh
sekolah-sekolah lain di negeri Melaka.
KERTAS CADANGAN
PEMBELIAN BARANGAN KELENGKAPAN HOKI
SK OTHMAN SHAWAL
_____________________________________
6.0 JANGKAAN IMPAK / SASARAN

6.1 Output

6.1.1 Menambah kemahiran tinggi kepada pemain-pemain.

6.1.2 Membantu murid-murid untuk memperoleh kemahiran tinggi


melalui

pemilikan kelengkapan hoki yang terbaik.

6.1.3 Mampu bermain dengan lebih baik setelah serasi dengan


peralatan
yang baru diperolehi.

6.2 Faedah

6.2.1 Menambah keyakinan diri pemain untuk berhadapan dengan


pemain

pasukan lain.

6.2.2 Pemain-pemain berasa yakin untuk beraksi dengan pasukan


lain

setelah serasi dengan peralatan yang baru diperolehi.

6.2.3 Mencungkil lebih banyak kualiti-kualiti yang ada dalam diri


seseorang

pemain melalui penggunaan peralatan yang diperolehi.

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN:

7.1 Pelantikan ahli Jawatankuasa Pembelian Barangan


Kelengkapan Hoki 2017:

Penasihat : Pn. Robiah Binti Baba

Pengerusi : En. Jefri Bin Ab. Wahab

Setiausaha : Pn. Norfisah Binti Ibrahim

Bendahari : Pn. Azlina Binti Abdullah

Penyelaras : En. Awaluddin Bin Abd Rahim

AJK : Pn. Norhamnah Binti Mat Zin


KERTAS CADANGAN
PEMBELIAN BARANGAN KELENGKAPAN HOKI
SK OTHMAN SHAWAL
_____________________________________
Cik Nur Farah Fatin Binti Mohd
Zamri

En. Mohd Kamaruddin Bin Majid

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:

8.1 Perincian Perbelanjaan

Harga
Jumlah
Bil Perkara Kuantiti Seunit
(RM)
(RM)

Set Penjaga Gol:


-Pelindung Kaki dan Penendang
- Pelindung Badan
1 - Pelindung Seluar 1set 1700.00 1700.00
-Pelindung Tangan
- Helmet
- Kayu Hoki Penjaga Gol
- Baju Penjaga Gol

2 Kayu Hoki Komposit 10 130.00 1300.00

JUMLAH 3000.00
9.0 PENGESAHAN KETUA JABATAN:

Disediakan oleh: Encik Awaluddin Bin Abd Rahim

Tandatangan

Tarikh 31 Julai 2017

Nombor telefon (bimbit) 012-9252013

Nombor Faksimili: 06-3879219


KERTAS CADANGAN
PEMBELIAN BARANGAN KELENGKAPAN HOKI
SK OTHMAN SHAWAL
_____________________________________

Disahkan oleh: Puan Robiah Binti Baba

Tandatangan:

Tarikh: 31 Julai 2017

Nombor telefon (Pejabat) 06-3876712

10.0 RUMUSAN:

Pihak sekolah khususnya Kelab Hoki berharap semoga projek ini akan
menjadi
kenyataan kerana dengan adanya sumbangan ini akan dapat
menyelesaikan masalah kekurangan peralatan sukan hoki dan
memberikan manfaat kepada pembangunan diri murid.
Hal ini merupakan satu kemudahan kepada murid dan diharapkan
menjadi perangsang kepada murid untuk lebih bersaing dalam apa jua
kejohanan baik di peringkat sekolah dan daerah seterusnya ke peringkat
negeri selaras penekanan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran
terhadap aktiviti dan penglibatan murid dalam sukan.

You might also like