You are on page 1of 2

LAPORAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN 2016

LAPORAN UJIAN SEGAK

TARIKH : BULAN MAC & OGOS 2014

MASA : 8.00 PAGI -“ 10.40 PAGI

TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK PANCHOR

OBJEKTIF : Murid dapat :

1) mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;

2) melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;

3) menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;

4) melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan
aktiviti kecergasan secara sistematik; dan pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi
semasa.

SASARAN :

Semua murid tahun 4 ,5 dan 6.

PERLAKSANAAN:

Aktiviti Panitia ini dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac dan bulan Ogos 2016. Ujian SEGAK
ini di jalan secara dua kali setiap tahun bagi meninjau tahap kesihatan dan kecergasan fizikal seseorang
murid. Waktu perlaksanaan adalah selama 3 hari iaitu satu hari diperuntukkan untuk satu tahun. Ujian
SEGAK ini merupakan aktiviti wajib yang mesti dilakukan oleh semua murid sekolah bagi melihat tahap
kecergasan mereka agar dapat dianalisis oleh pihak atas berdasarkan keputusan yang diperolehi.
Perlaksanaan ujian SEGAK ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu ; berat dan tinggi , ringkuk tubi separa
(1 minit) , naik turun bangku (3 minit) ,tekan tubi (1 minit) dan jangkauan melunjur.

Semua data murid akan direkodkan di dalam borang yang telah disediakan bagi setiap orang
murid dan akan dimasukkan secara online. Data akan dianalisis oleh pihak atas seperti Kementerian
Pendidikan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.

IMPAK DARIPADA PROGRAM Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan
berjaya. Kesemua murid dapat melakukan ujian ini dengan baik walaupun terdapat beberapa orang
murid yang tidak sihat dan tidak mampu untuk menjalankan ujian ini. Tahap kecergasan murid juga akan
memberikan impak kepada murid di mana murid akan menjaga tahap kesihatan mereka ke tahap yang
lebih baik berbanding sebelumnya.
Disediakan oleh,

………………………………

(NUR ‘AIFAA BINTI ABDULLAH)


Penyelaras SEGAK SK Panchor

Disemak oleh,

..................................

( MOHD AMIR BIN ABU HURAIRAH )


Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SK Panchor

You might also like