You are on page 1of 1

Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra

Persiaran Desa Pinggiran 4A,


Desa Pinggiran Putra
43000 Kajang, Selangor.
Telefon : 03-89209115 Faks : 03-89289115
Kod Sek : BBA 9229
E-mel: BBA9229@moe.edu.my
http://skdesapinggiranputra.blogspot.com

Ruj. Kami: SKDPP-700-3/1/3/-Jld3


Tarikh : Disember 2019
IR SALINA BINTI HASSAN
Jurutera Daerah
Jabatan Kerja Raya Sepang
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
Daerah Sepang
Bandar Baru Salak Tinggi
43900, Sepang,
Selangor.

Puan,
PERMOHONAN SOKONGAN BAGI PEMASANGAN PENGHAWA DINGIN DI SK
DESA PINGGIRAN PUTRA
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.
2. Untuk makluman pihak puan, pihak sekolah telah menerima sumbangan dua unit
penghawa dingin daripada pihak ibu bapa bagi kegunaan murid-murid di kelas
Pendidikan Khas. Selain itu, kerja-kerja pemasangan penghawa dingin tersebut turut
dibiayai oleh pihak ibu bapa.
3. Walaubagaimanapun, pihak sekolah diminta untuk merujuk kepada pihak puan
bagi tujuan sokongan sebelum kerja-kerja pemasangan penghawa dingin dapat
dijalankan. Justeru itu, pihak sekolah memohon kerjasama daripada pihak tuan untuk
menyokong permohonan pemasangan penghawa dingin tersebut bagi kegunaan
murid-murid pendidikan khas di sekolah ini.
4. Bersama-sama ini disertakan borang PB2.1/2013 yang telah diisi untuk rujukan
dan tindakan pihak puan selanjutnya. Segala pertanyaan boleh diajukan kepada
Puan Noor Baiti Binti Mohd Noor di talian 014-7165486. Kerjasama yang diberikan
diucapkan terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

……………………...................
(SUKIMIN BIN JUKI)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran

You might also like