You are on page 1of 26

Kek Coklat Moist ( Kukus) sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis .

com Bahan-bahanya 2 cawan tepung gandum 2 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil baking soda 3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak 1 cawan gula 1 cawan air suam 1/2 cawan susu pekat

1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten) 3 biji telur beberapa titik esen vanila *Untuk Topping dan Hiasan* 1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada

kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya. Cara-caranya 1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus. 2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik. 4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan

di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

BAHAN-BAHANYA: Bahan-bahan yang diayak: ~ 1 1/1 cawan tepung gandum ~ 3/4 cawan serbuk koko ~ 1 sudu kecik baking powder ~ 1/2 sudu soda bikarbonat ~ 3 biji telur bersaiz AA@A pun boleh ~ 1 1/2 gula halus

~ 3/4 cawan susu pekat ~ 1 sudu besar ovalett ~ 1 cawan minyak sayursayuran (jagung,canola,bunga matahari) ~ 1 1/4 cawan air panas mendidih

CARA-CARANYA: ~ Putar gula,telur dan

ovalett sehingga pekat dan putih (lebih kurang dlm 15minit- high speed) ~ Masukkan susu pekat . ~ Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikt sehingga habis. ~ Masukkan minyak putar sehingga sebati. ~ Masukkan air panas mendidih.kacau dengan senduk,jangan putar.kacau sebati dan bakar

selama1jam suhu 180-170 C @sehingga masak.Cucuk untuk pastikan masak@tidak.Jika melekat di lidi maksudnya masih tidak masak lagi.Guna loyang 7@8inci yer.9inci pun boleh tapi kek rendah la sikit. Jika sudah masak sejukkan dan boleh diletakkan topping coklat

ganache.(lebih kurang 250gram coklat masakan cairkan bersama 1 sudu mentega/shortening, dan 23 sudu besar susu cair@air masak dgn menggunakan kaedah double-boiler sehingga cair.Taburkan sedikit coklat urai/coklat cip/badam utk hiasan atas kek. Double Boiler: Kaedah

mencairkan coklat masakan menggunakan air panas yang mendidih.Letakakn periuk yang berisi coklat masakan di atas air yang mendidih tadi. Sejukkan di dalam peti ais utk rasa yang lebih sedap

Bahan-bahan kek coklat:

250gm Butter 3/4 cawan gula 4 biji telur 2 cawan tepung gandum 3/4 cawan serbuk koko 1 cawan air atau susu cair

Bahan-bahan coklat cair atau topping

1 sudu marjerin 2-3 sudu susu pekat manis 2-3 sudu serbuk koko sedikit air

Cara buat kek coklat: 1. 1. Bancuh serbuk koko

dan air atau susu cair. 2. 2. Pukul butter dan

tambah gula sehingga kembang.

3.

3. Masukkan telur sebiji

demi sebiji. pukul lagi. 4. 4. Masukkan tepung

gandum selang-seli dengan bancuhan kok tadi sambil terus memukul. 5. 5. Kukus 45 minit.

Cara buat coklat cair untuk topping: 1. 1. Cairkan 1 sudu

marjerin.

2.

2. Masukkan susu pekat

manis dan serbuk koko 3. 3. Tambahkan sedikit

air supaya tidak terlalu pekat Siapselepas kek masak, siram kek dengan coklat cair..boleh juga tabur coklat rice jika nak..wahh bestnyasedap..trylah..

Resepi: Kek Coklat Moist

Bahan-bahan A >2 cawan tepung gandum >2 sudu kecil baking powder B >2 cawan gula halus >4 biji telur gred A >250 gm buttercup >2 sudu kecil esen vanilla

C >1 cawan serbuk koko >1/2 cawan gula halus >1 cawan air panas >1/2 cawan susu cair Ganache >100gm coklat masakan >1 sudu besar susu pekat manis >3 sudu besar air panas Cara-cara 1.Ayak tepung bersama baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan (Bahan A)

2.Masukkan bahan C -serbuk koko,gula halus dan air panas Jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat Sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan. 3.Pukul bahan B - butter dan gula hingga kembang masukan telur sebijisebiji,diikuti esen vanilla. Gaul rata 4.Masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,

5.Masukan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah. 6.Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja. 7.Untuk moistnya satukan coklat masak, susu pekat manis dan air panas. Cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.

Kek Batik Coklat Bahan-bahan ( 1 kg ) * 200gm millo * 250gm butter * 3 sudu makan serbuk koko * 1 tin kecil susu pekat manis * biskut meri secukupnya Cara-cara Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan
1.

senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya) 2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali... 3. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur 4. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg.... 5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga

menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l 6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat. 7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis 8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...

Untuk lebih faham,di sini ditunjukkan cara biskut marie itu disusun sebelum dicurahkan adunan coklat selapis demi selapis.. di celah2 susunan itu juga boleh dipatah2kan biskut mariesupaya tertutup keseluruhannya

Kek ini sedap dimakan sejuk...

Note: Untuk membuat biskut marie seperti ini,disyorkan TIDAK menggunakan biskut marie yg manis kerana adunan

coklat sudah mengandungi perisa yang mencukupi.. P/s : Gambar2 di atas menunjukkan kek2 yang berbeza menggunakan resepi yg sama...kan dah cakap dah,aku selalu buat kek nih..hahhaa

You might also like