You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR DARUL EHSAN Te l: 03-89256971
Fax: 03-89256975
Email: bba4045@btpnsel.edu.my

Rujukan kami : SKJ4.700-4/3/4 ( )


Tarikh : 04 Januari 2022

Yg Berbahagia Prof Madya Dr Zul Akbar Abd Karim


Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan ,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan

Yg Berbahagia Prof,

LANTIKAN SEBAGAI PERUNDING TEKNIKAL UNTUK KELAB POTENSI BOLA SEPAK


JEPS SOCCER

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Pihak sekolah berbesar hati di atas kesudian Prof untuk dilantik sebagai Perunding
Teknikal Kelab Potensi Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi
yang dikenali sebagai “Jeps Soccer”.

3. Untuk makluman Prof, pasukan bola sepak sekolah masih jauh ketinggalan jika
dibandingkan dengan sekolah – sekolah sekitar. Oleh itu pihak sekolah telah mengambil
inisiatif dengan mewujudkan kelab potensi bola sepak untuk membina sebuah pasukan
bola sepak sekolah yang mampu memberi saingan bukan sahaja kepada sekolah - sekolah
sekitar malahan dalam negara amnya. Pihak sekolah juga berharap dapat melahirkan
pemain – pemain bola sepak yang berkemahiran tinggi diperingkat bawah umur. Oleh itu,
kepakaran dan kemahiran Prof dalam bidang bola sepak sangat – sangat diperlukan untuk
memberi nilai tambah kepada para pemain dan juga pengurusan kelab potensi.

4. Kerjasama , sumbangan, kerjasama dan keprihatinan pihak Prof, amat dihargai dan
didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………….
HJH AINON BINTI MOHAMED SALEHUDDIN
Guru Besar
SK Jalan Empat
Sekolah Kluster Kecemerlangan

You might also like