You are on page 1of 2

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM • FACULTY OF ISLAMIC STUDIES

Ruj.: UKM.FPI.JIAM.600-5/2/5
Tarikh: 03/7/2021
Ketua Unit Sumber Manusia
Yayasan Islam Kelantan
Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan
Peti Surat 248, Jalan Tunjung - Pasir Mas
Bandar Baru Tunjung
16010 Kota Bharu, Kelantan

Assalamu’alaikum wr. wbt.

Tuan,

PERMOHONAN PENEMPATAN PELAJAR PROGRAM LATIHAN INDUSTRI


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SESI 2020/2021

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Fakulti Pengajian Islam UKM akan mengadakan program di atas sebagai keperluan untuk memperolehi
ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian kepada pelajar tahun 3 semester 2 pengajian
mereka. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman industri
pelajar di alam pekerjaan sebenar. Di samping itu juga ia mampu meningkatkan keyakinan dan daya saing
mereka selepas bergraduasi kelak.

2. Tempoh masa Latihan Industri ini akan bermula pada 02-08-2021 hingga 04-10-2021 (9 minggu).
Pihak fakulti sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dan
menyedia peluang kepada pelajar kami untuk meneroka ilmu kemahiran berkaitan governans di
institusi/organisasi tuan.

3. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat pelajar dan resume serta surat jawapan untuk
pertimbangan dan tindakan pihak tuan. Sehubungan itu, bagi kelancaran proses penyeliaan pelajar, saya
mohon pihak tuan untuk melantik penyelia bagi pelajar tersebut. Pihak kami amat berharap agar tuan
dapat memberi jawapan kepada permohonan ini dalam tempoh Lima (5) hari selepas pihak tuan
menerima surat ini.

Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan dalam hal ini, saya dahulukan dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,

DR. ROSMAWATI MOHAMAD RASIT


Ketua Jaringan Industri dan Komuniti
Fakulti Pengajian Islam, UKM.

s.k - Timbalan Dekan Jaringan dan Alumni, Fakulti Pengajian Islam

#kitajagakita CERTIFIED TO ISO 9001:2015 CERT. NO. QMS 01100

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel.: +603-8921 3847 Faks: +603-8921 3902 E-mel: jiamfpi@ukm.edu.my Web: www.ukm.my/fpi
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities
SURAT JAWAPAN

Yayasan Islam Kelantan


Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan
Peti Surat 248, Jalan Tunjung - Pasir Mas
Bandar Baru Tunjung
16010 Kota Bharu, Kelantan
Tarikh:
Kepada:

DR. ROSMAWATI MOHAMAD RASIT


Ketua Jaringan Industri dan Komuniti
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Puan,

PERMOHONAN PENEMPATAN PELAJAR PROGRAM LATIHAN INDUSTRI


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SESI 2020/2021

Nama Pelajar : Muhammad Badrul Amin Bin Ismail


No. Matrik : A 167744
No. Kad Pengenalan : 990904-03-5659
Program Pengajian : Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian
(Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah)
Tahun Pengajian : 3

Pihak kami bersetuju / tidak bersetuju ( * ) menerima pelajar seperti di atas untuk menjalani latihan
industri di organisasi kami bermula 02-08-2021 hingga 04-10-2021 selama 9 minggu serta
mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.

Oleh itu, beliau akan bertugas di bahagian seperti berikut:

Nama Organisasi :
Unit/Bahagian/Pusat :
Nama Pegawai :
Elaun : Ya / Tidak ( * )

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………..
(Nama dan Cop Jawatan / Jabatan)

( * ) Potong yang tidak berkenaan

#kitajagakita CERTIFIED TO ISO 9001:2015 CERT. NO. QMS 01100

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel.: +603-8921 3847 Faks: +603-8921 3902 E-mel: jiamfpi@ukm.edu.my Web: www.ukm.my/fpi
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities

You might also like