You are on page 1of 43

050919-12-0362

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
SEMESTER 2 TAHUN 2022

MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)

PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP KEMUDAHAN


TAJUK RAWATAN PERGIGIAN DI KLINIK PERGIGIAN SIEW
LINTAS SQUARE, KOTA KINABALU, SABAH

CELOSIA IXORA RIZAN


NAMA CALON

NOMBOR 050919120362
KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN SE0054/1057

PUSAT TINGKATAN ENAM MOD 2 SMK PUTATAN


PETI SURAT 96,
ALAMAT SEKOLAH/
88858 TANJUNG ARU, KOTA KINABALU
ALAMAT CALON
SABAH

NAMA GURU/PENILAI PUAN JUMAHIRA BINTI NURDIN

TANDATANGAN
GURU/PENILAI

TARIKH

I
050919-12-0362

BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
SEMESTER 2 TAHUN 2020
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN AM 4 (900/4)
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja
kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/
pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon
tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon CELOSIA IXORA RIZAN
No. Kad Pengenalan Calon 050919120362
Angka Giliran Calon SE0054/1057
Nama Pusat KK Calon SMK PUTATAN, SABAH

Makluman kepada calon:


Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon
boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan
calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati
menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:


Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah
menghasilkan kerja kursus PENGAJIAN AM tanpa bantuan daripada mana-mana pihak,
kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran PN.
JUMAHIRA BINTI NURDIN di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah
bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja kursus mata
pelajaran ......................................... (untuk calon persendirian individu).

Tandatangan Calon
Tarikh

Perakuan oleh Guru/Penilai:


Saya mengesahkan bahawa kerja kursus PENGAJIAN AM telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas
hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh
calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa PUAN JUMAHIRA BINTI NURDIN
Tarikh

IV
050919-12-0362

IV
050919-12-0362

PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP KEMUDAHAN RAWATAN


PERGIGIAN DI KLINIK PERGIGIAN SIEW, LINTAS SQUARE, KOTA
KINABALU, SABAH

ABSTRAK

Kajian “Persepsi Pengguna Terhadap Kemudahan Rawatan Pergigian Di Klinik,


Lintas Square, Kota Kinabalu, Sabah” ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis
kemudahan rawatan pergigian yang disediakan oleh Klinik Pergigian Siew. Kajian ini
juga bertujuan untuk mengkaji persepsi pengguna terhadap kemudahan rawatan
pergigian di Klinik Pergigian Siew. Bagi mencapai tujuan-tujuan yang dinyatakan di
atas, kaedah soal selidik, pemerhatian serta rujukan (perpustakaan) dilakukan.
Persampelan purposive digunakan di mana 30 orang yang pernah menerima rawatan
di klinik pergigian tersebut telah menjadi responden dalam kajian ini. Dapatan kajian
telah mendapati bahawa sememangnya Klinik Pergigian Siew telah menjadi pilihan
penduduk dan mendapat pandangan positif daripada majoriti responden. Dapatan
kajian juga turut membuktikan bahawa persepsi pengguna terhadap kemudahan
rawatan pergigian di Klinik Pergigian Siew juga sangat memuaskan. Kesimpulannya,
pengkaji mengetahui bahawa perkhidmatan rawatan yang disediakan oleh klinik
tersebut memberi impak atau respon yang positif daripada pengguna.

IV
050919-12-0362

SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN

Pengakuan I-II

Abstrak III

Isi Kandungan IV

Penghargaan V

1.0 Pengenalan 6-8

2.0 Objektif Kajian 9

3.0 Lokasi Kajian 10-12

3.1 Peta Sabah 10

3.2 Peta Kota Kinabalu 11

3.3 Peta Lintas Square 12

4.0 Medotologi Kajian 13-17

4.1 Pensampelan 13

4.2 Pengumpulan Data 13-15

4.3 Teknik Penganalisaan Data 15-17

5.0 Dapatan Kajian 18-35

6.0 Rumusan dan Kesimpulan 36-38

7.0 Rujukan 39

Lampiran 40

IV
050919-12-0362

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, pengkaji ingin menguncapkan syukur kepada Tuhan kerana
dengan kasih karunianya, pengkaji diberikan kekuatan terutamanya dalam
menyiapkan kajian ilmiah ini sedari awal pelaksanaan hinggalah ke noktah terakhir.
Segunung apresiasi dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di tujukan
buat ibu dan bapa, Tuan Rizan Bin Joseph dan Puan Harney Binti Masiak kerana telah
membesarkan pengkaji tanpa mengharapkan sebarang balasan dan juga memahami
serta membantu pengkaji dari segi motivasi, kewangan, dan juga sokogan bagi
memastikan kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Jutaan terima kasih kepada guru mata pelajaran Pengajian Am yang juga
merangkap pemeriksa penyelidikan ilmiah ini iaitu Puan Jumahira binti Hj Nurdin.
Selaku penyelia, beliau telah membimbing, memberi tunjuk ajar, memberikan tip-tip
yang berguna serta menegur dan menasihati pengkaji semasa dalam proses kajian ini.
Terima kasih diucapkan.

Ribuan terima kasih ditujukan kepada warga Pusat Tingkatan 6 Sekolah


Menengah Kebangsaan Putatan, khususnya kepada semua tenaga pengajar yang telah
banyak mendidik pengkaji sepanjang tempoh pengajian di tingkatan 6 untuk menimba
ilmu pengetahuan dan menjadi seorang insan yang berintelektual dan bersahsiah
murni.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu
dalam proses menyudahkan kajian ini. Sekali lagi, pengkaji ingin mengucapkan
syukur kepada Tuhan atas kekuatan yang diberikan.

V
050919-12-0362

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Melayu, persepsi ialah gambaran atau bayangan dalam hati
atau fikiran tentang sesuatu. Persepsi juga membawa maksud sudut pandang atau
tanggapan seseorang terhadap sesuatu perkara seperti kekuatan imaginasi dan
kepekaannya terhadap alam dan serta kehidupan.

Seterusnya, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka prasaran membawa


makna kepada keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan
pengankutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik dan lain – lain yang perlu bagi
pembangunan pertumbuhan dan kemajuan yang besar – besaran.

Kemudahan kesihatan pula merujuk kepada penyediaan kemudahan penjagaan


kesihatan asas yang berkualiti kepada individu dan komuniti. Kemudahan kesihatan
juga merujuk kepada penyelenggaraan atau peningkatan kesihatan melalui
pencegahan, diagnosis, dan perawatan dari penyakit, kecederaan, dan kehilangan
upaya fizikal dan mental lain dalam manusia. Kemudahan kesihatan boleh
merangkumi perkhidmatan berhampiran dengan masyarakat atau rumah.

Kemudahan kesihatan bertujuan untuk memudahkan dan membolehkan rakyat


mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan, menghargai kesihatan sebagai
aset paling berharga, dan mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi
kesihatan mereka Kerajaan Malaysia menyediakan perkhidmatan kemudahan dan
perlindungan sosial seperti rawatan dan pemulihan, bantuan kaunseling dan psikologi,
perlindungan sektor swasta dan pekerjaan sendiri.

Klinik pergigian adalah tempat di mana anda boleh mendapatkan


perkhidmatan penjagaan kesihatan berkaitan dengan gigi dan mulut. Terdapat dua
jenis klinik pergigian yang berbeza iaitu klinik pergigian kerajaan dan klinik
pergigian swasta.

Klinik pergigian kerajaan dikelola oleh pihak kerajaan dan biasanya terdapat
di hospital-hospital kerajaan atau klinik kesihatan. Perkhidmatan di klinik pergigian
kerajaan biasanya lebih murah berbanding klinik swasta. Pesakit perlu berdaftar di
kaunter pendaftaran dan membayar bayaran dengan harga yang lebih rendah untuk
perkhidmatan pergigian dasar seperti tampalan gigi, penskaleran, dan pencabutan gigi.

6
050919-12-0362

Klinik pergigian kerajaan juga menyediakan rawatan kompleks seperti mahkota gigi
dan rawatan kanal akar.

Klinik pergigian swasta dikelola oleh individu atau syarikat swasta.


Perkhidmatan di klinik pergigian swasta biasanya lebih mahal, tetapi pesakit boleh
mendapatkan rawatan lebih cepat dan mungkin dengan lebih banyak pilihan. Klinik
pergigian swasta menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuklah rawatan gigi,
konsultasi, dan pembedahan gigi. Pesakit boleh membuat temujanji dengan doktor
gigi swasta tanpa perlu berdaftar terlebih dahulu.

Merangkumi semua maklumat yang dinyatakan di atas, pengkaji telah


membuat pilihan untuk memilih tajuk prasaran iaitu mengenai kemudahan kesihatan
dan pengkaji telah memilih Klinik Pergigian Siew sebagai lokasi kajian pengkaji.
Objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji semasa menjalankan kerja kursus ini adalah
mengenalpasti jenis kemudahan rawatan pergigian yang disediakan oleh Klinik
Pergigian Siew dan mengkaji persepsi pengguna terhadap kemudahan rawatan
pergigian di Klinik Pergigian Siew.

Antara kemudahan rawatan pergigian yang disediakan oleh Klinik Pergigian


Siew ialah mencabut gigi, membuat gigi palsu, menampal gigi, pengskalaan dan
kemasan, rawatan saluran akar, rawatan flourida, melakukan X – ray pergigian,
pemutihan gigi dan veneer. Veneer merupakan lapisan tipis yang ditempatkan di atas
permukaan gigi untuk memperbaiki penampilan.

Selanjutnya, sudah tentu Klinik Pergigian Siew ini mendapat pelbagai persepi
daripada pesakit yang pernah menerima rawatan di klinik pergigian tersebut. Antara
persepsi pengguna yang boleh dikaji adalah persekitaran klinik yang bersih, tempoh
masa menunggu yang singkat mendapat rawatan dengan cepat. Selain itu, mendapat
layanan mesra daripada doktor dan kakitangan, peralatan yang digunakan adalah
baharu dan harga rawatan yang berpatutan.

Rasional bagi kajian ini adalah untuk menilai tahap kepuasan pengguna
terhadap perkhidmatan rawatan pergigian yang diberikan oleh Klinik Pergigian Siew
dengan mendapatkan maklumat daripada responden dan doktor yang bekerja bagi
klinik tersebut. Seterusnya, mengumpul data maklumat daripada responden yang
pernah menerima rawatan di Klinik Pergigian Siew Lintas Square, Kota Kinabalu,

7
050919-12-0362

Sabah. Hal ini dapat memberikan pandangan yang lebih kukuh tentang tahap
kepuasan pengguna terhadap klinik pergigian ini dan melalui pengumpulan data ini
membolehkan individu membuat keputusan yang lebih tepat untuk mendapatkan
rawatan pergigian.

8
050919-12-0362

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mengenalpasti jenis-jenis kemudahan rawatan pergigian yang disediakan


oleh Klinik Pergigian Siew

2.2 Mengkaji presepsi pengguna terhadap kemudahan rawatan pergigian yang


disediakan oleh Klinik Pergigian Siew

9
050919-12-0362

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 PETA SABAH

Sumber: Google Maps

Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan
negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau
Borneo, iaitu pulau ketiga terbesar di dunia. Ianya juga terkenal dengan Gunung
Kinabalu yang setinggi 4.095cm dan merupakan puncak tertinggi di negara ini.
Keluasan negeri Sabah adalah seluas 73,631 kilometer persegi. Ibu negeri Sabah ialah
Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk
sebagai “Negeri di Bawah Bayu” kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat
strategik di bawah laluan angin monsun dan tidak pernah dilanda ribut taufan, kecuali
beberapa ribut tropika berskala kecil. Rakyat di Sabah terbahagi kepada 32 kumpulan
etnik, di mana hanya 28 diiktiraf sebagai bumiputera atau pribumi dengan
menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang 90 dialek.. Kumpulan etnik
pribumi terbesar adalah Kadazan Dusun, Murut, Rungus, Bugis dan banyak lagi.
10
050919-12-0362

3.2 PETA KOTA KINABALU

Sumber: Google Earth


Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai "KK" merupakan bandar keenam
dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000. Ibu negeri Sabah yang terletak di
Malaysia Timur dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Ia juga merupakan pusat
pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat
laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Kota Kinabalu juga tempat terletaknya
Taman Tunku Abdul Rahman iaitu merupakan kawasan perlindungan kehidupan liar.
Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk
manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini
mempunyai kira-kira 176,667 orang. Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah
628,725. Kota Kinabalu juga merupakan bandaraya ke sepuluh terbesar di Malaysia.

11
050919-12-0362

3.3 PETA LINTAS SQUARE, KOTA KINABALU, SABAH

Sumber: Google Maps


Kawasan Lintas Square ini menjadi salah satu pusat komersial yang ada di Kota
Kinabalu, Sabah. Pusat komersial ini terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar.
Perhentian popular di kalangan penduduk tempatan dengan banyak kedai, pejabat,
klinik, kedai makan dan lain-lain. Jarak lokasi kajian dengan tempat sekolah pengkaji
di SMK Putatan adalah 10.6 kilometer.

12
050919-12-0362

4.0 MEDOTOLOGI KAJIAN


Antara tujuan pengkaji menyediakan reka bentuk kajian ini adalah untuk
menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam
penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah primer iaitu kaedah temu bual dan soal
selidik. Pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah primer kerana proses untuk
mendapatkan maklumat adalah lebih mudah dan tepat serta relevan dengan objektif
yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrumen borang soal selidik yang
mana dengan adanya borong tersebut memudahkan pengkaji untuk mendapatkan
kerjasama daripada responden.

4.1 PENSAMPELAN

Kajian ini menggunakan kaedah probaliti kerana responden yang dipilih


secara rawak. Teknik persempelan ini bertujuan untuk menjawab borang soal selidik
yang diberikan daripada pengkaji. Seramai 30 orang responden daripada pesakit yang
pernah menerima rawatan di Klinik Pergigian Siew telah memberikan kerjasama
dalam menjawab borang soal selidik ini. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut
Bailey (1984) yang memerlukan analisis data perengkaan. Responden dipilih
berdasarkan kesudian mereka dalam memberi kerjasama dalam menjawab soalan
yang diberikan pada masa lapang mereka.

Antara ciri-ciri yang diambil kira dalam pemilihan responden ialah berusia 10
tahun keatas yang mana merupakan pesakit yang pernah menerima rawatan di Klinik
Pergigia Siew.

4.2 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data bagi kajian ini terbahagi kepada dua iaitu, kaedah primer
dan kaedah sekunder.

4.2.1 Kaedah Primer

13
050919-12-0362

Kaedah primer merupakan kaedah awal yang diperoleh berdasarkan hasil


kajian yang telah dijalankan. Kaedah primer juga merupakan sebagai kaedah utama
dalam kajian ini. Kaedah ini tidak tersedia dalam bentuk fail, sumber- sumber
maklumat selalunya dikumpul melalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian.
Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kaedah soal selidik dalam mencari maklumat
untuk mendapatkan objektif yang dikaji.

4.2.1.1 Kaedah Temu Bual


Temu bual merupakan hasil satu kaedah pengumpulan data melalui
perbincangan dan soal jawab antara pengkaji dengan responden secara bersemuka dan
melalui telefon ataupun WhatsApp. Namun begitu, dalam kajian ini kaedah yang
digunakan adalah kaedah temu bual secara bersemuka. Kebaikan temu bual
bersemuka adalah hasil yang diperoleh oleh pengkaji itu jelas dan berkesan.

Kaedah temu bual ini dibuat keatas beberapa orang responden khususnya
pihak yang terlibat dalam kajian ini, iaitu pesakit yang pernah menerima rawatan di
klinik pergigian tersebut,staff kakitangan dan doktor yang berkhidmat di klinik
pergigian tersebut. Terdapat pelbagai maklumat yang diperoleh melalui temu bual
secara bersemuka ini mengenai persepsi pengguna terhadap kemudahan rawatan
pergigian di Klinik Pergigian Siew, Lintas Square, Kota Kinabalu, Sabah

4.2.1.2 Kaedah Soal Selidik

Penggunaan borang soal selidik perlu melalui strategi soal selidik yang
bersesuaian supaya tidak berlaku kesilapan ( Abd Rahim et al 1999 ). Borang soal
selidik ini perlulah bersesuaian dan mengikut objektif dan kerangka konseptual yang
telah ditetapkan. Soal selidik juga merupakan satu alat pengukur yang popular dalam
kajian tinjauan. Pengkaji yang membina borang soal selidik ini perlulah memiliki
pengetahuan yang luas tentang objektif yang dikaji agar soalan yang dibina mudah
difahami, dan tidak mengganggu sebarang emosi. Hal ini supaya responden faham
dengan soalan yang diberi dan dapat memberikan jawapan yang tepat. Borang soal
selidik yang dihasilkan oleh pengkaji terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahagian A,
bahagian B dan bahagian C dengan menggunakan skala guttman dan skala likert.
14
050919-12-0362

Bahagian A menerangkan tentang soalan demografi responden, bahagian B ialah


mengenalpasti jenis-jenis kemudahan rawatan pergigian yang disediakan oleh Klinik
Pergigian Siew dan bahagian C pula ialah mengkaji persepsi.

4.2.1.3 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan pemerhatian yang dilaksanakan oleh pengkaji


untuk mengkaji.

4.2.2 Kaedah Sekunder

Kaedah sekunder merupakan kaedah yang diperoleh daripada hasil-hasil


kajian atau penemuan yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji lain. Sumber-sumber
ini boleh digunakan sebagai panduan, mengukuhkan fakta dan digunakan untuk
membantu pengkaji dalam kajian ini. Kaedah jenis ini diperoleh daripada rujukan
daripada pelbagai sumber seperti perpustakaan, internet dan sebagainya.

4.2.2.1 Kaedah Rujukan

Kaedah ini merupakan satu cara untuk mendapatkan data seperti sorotan karya
melalui kajian atau rujukan keatas buku, jurnal, laporan, dokumen serta artikel dalam
internet. Kaedah ini dilakukan pada peringkat awal kajian bagi mendapatkan
maklumat sebagai asas pemahaman terhadap kajian yang dikaji dan kaedah ini lebih
banyak di internet.

4.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA

Setelah mendapat semua data dan maklumat yang terdapat dua teknik
penganalisaan data yang akan digunakan dalam kajian ini iaitu analisis kuantitatif dan
kualitatif. Kaedah kuantitatif merupakan kaedah yang menggunakan banyak
penggunaan nombor dalam penyelidikan kajian. Terdapat banyak data bersifat
kuantitatif seperti jadual, jumlah, peratusan, kekerapan dan juga carta. Analisis data
dilakukan apabila memperoleh data primer dari soal selidik yang telah ditetapkan,
15
050919-12-0362

disunting dan diubahsuai kepada penggunaan nombor atau angka dalam


peneyelidikan. Seterusnya data yang diperoleh akan dianalisis dan diubahsuaikan
dalam bentuk jadual.

Selain daripada kuantitatif, penganalisan data melalui kaedah kualitatif juga


turut digunakan dalam kajian ini. Kaedah kualitatif merupakan kaedah yang bersifat
deskriptif dan subjektif yang tidak melibatkan angka dalam penyelidikan. Kaedah ini
juga penting untuk digunakan khususnya dalam memperjelaskan, menghuraikan dan
menyokong lagi data-data kuantitatif yang dipaparkan.

Bagi pernyataan yang menggunakan skala Guttman diberi seperti berikut:

Skala

Ada

Tidak Ada

Jadual 1: Skala Guttman

Bagi pernyataan yang menggunakan skala likert diberi seperti berikut:

SKALA POINT
SANGAT TIDAK SETUJU 1
TIDAK SETUJU 2
TIDAK PASTI 3
SETUJU 4
SANGAT SETUJU 5
Jadual 2: Skala Likert dan Point

16
050919-12-0362

Bagi pernyataan yang menggunakan selang kelas likert min seperti berikut

SELANG KELAS MIN TAHAP

1.0 – 1.8 Sangat tidak setuju

1.81 – 2.6 Tidak setuju

2.61 – 3.4 Tidak pasti

3.41 – 4.2 Setuju

4.21 – 5.0 Sangat setuju

17
050919-12-0362

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan jawapan responden


terhadap soal selidik yang telah disenaraikan oleh pengkaji. Merujuk kepada objektif
kajian, objektif yang diutamakan kepada responden adalah seperti mengenal pasti
jenis-jenis kemudahan rawatan yang disediakan oleh Klinik Pergigian Siew.
Persempelan responden pula terdiri daripada pesakit yang pernah menerima rawatan
di Klinik Pergigian Siew, Lintas Square, Kota Kinabalu, Sabah yang berusia 10 tahun
keatas. Data yang telah dikaji telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai
peratusan, taburan kekerapan dan purata.

5.1 BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 30 orang responden yang melibatkan pesakit yang pernah menerima


rawatan di Klinik Pergigian Siew, Lintas Square, Kota Kinabalu, Sabah yang berusia
10 tahun keatas telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden
melibatkan aspek jantina, agama, status, umur dan bangsa. Oleh hal yang demikian,
responden ini dipilih kerana mereka pernah menerima rawatan di klinik pergigian
tersebut dan menyatakan pendapat mereka mengenai kemudahan rawatan yang di
sediakan oleh Klinik Pergigian Siew.

18
050919-12-0362

5.1.1 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA

JADUAL 1: JANTINA RESPONDEN

JANTINA KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)

LELAKI 10 66.7
PEREMPUAN 20 33.3
Sumber: Borang soal selidik

RAJAH 5.1.1: JANTINA RESPONDEN

SUMBER: SOAL SELIDIK

Jadual dan rajah di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam
kalangan pesakit yang pernah menerima rawatan di Klinik Pergigian Siew. Seramai
20 orang responden iaitu sebanyak (66.7%) yang berjantina perempuan manakala 10
orang responden iaitu sebanyak (33.3%) yang berjantina lelaki tahun. Majoriti pesakit
yang berjantina perempuan yang banyak menerima rawatan di klinik pergigian
tersebut

19
050919-12-0362

5.1.2 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN AGAMA

JADUAL 2: AGAMA RESPONDEN

AGAMA KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)

ISLAM 7 23.3
BUKAN ISLAM 23 76.7

RAJAH 5.1.2: AGAMA RESPONDEN

SUMBER: SOAL SELIDIK

Jadual dan rajah di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan agama dalam
kalangan pesakit yang pernah menerima rawatan di Klinik Pergigian Siew. Hasil yang
didapati adalah responden yang beragama muslim sebanyak 6 orang iaitu (23.3%)
manakala responden yang bukan beragama muslim pula adalah sebanyak 24 iaitu
(76.7%).

20
050919-12-0362

5.1.3 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN STATUS

JADUL 3: STATUS RESPONDEN

STATUS KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)

Bujang 6 20
Berkahwin 24 80

RAJAH 5.1.3: STATUS RESPONDEN

SUMBER: SOAL SELIDIK

Jadual dan rajah di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan status dalam
kalangan pesakit yang pernah menerima rawatan di Klinik Pergigian Siew. Hasil
dalam jadual tersebut memaparkan bahawa nilai responden yang berstatus sudah
berkahwin lebih tinggi berbanding responden yang berstatus bujang. Seramai orang
responden sudah berkahwin iaitu sebanyak (80%) manakala seramai orang responden
yang masih berstatus bujang iaitu sebanyak (20%). .

21
050919-12-0362

5.1.4 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN UMUR

JADUAL 4: UMUR RESPONDEN

UMUR (TAHUN) KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)

11 – 20 2 6.7
21 – 30 5 16.7
31 – 40 1 3.3
41 – 50 6 20
50 TAHUN KE ATAS 16 53.3
Sumber: Borang soal selidik

RAJAH 5.1.4: UMUR RESPONDEN

SUMBER: SOAL SELIDIK

Jadual dan rajah menunjukkan demografi responden berdasarkan umur responden


dalam kalangan pesakit yang pernah menerima rawatan di Klinik Pergigian Siew.
Dalam jadual di atas 2 orang responden yang berumur 11 hingga 20 iaitu sebanyak
(6.7%) yang pernah menerima rawatan di Klinik Pergigian Siew.

22
050919-12-0362

5.1.5 DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN BANGSA

JADUAL 5: BANGSA RESPONDEN

BANGSA KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)


MELAYU 0 0
BUMIPUTERA 15 30
LAIN-LAIN 15 30
Sumber: Borang soal selidik

RAJAH 5.1.5: BANGSA RESPONDEN


SUMBER: BORANG SOAL SELIDIK

Berdasarkan rajah 5.1.5 berikut merupakan soalan mengenai bangsa responden,


seramai 30 orang responden telah menjawap soalan ini. Bilangan responden yang
berbangsa bumiputera adalah sama dengan bilangan responden yang menjawab lain –
lain iaitu seramai 15 orang responden kedua duanya bersamaan dengan 50%. Tiada
responden yang berbangsa melayu menurut dapatan data yang telah dikumpul.

23
050919-12-0362

5.2 BAHAGIAN B: MENGENAL PASTI JENIS-JENIS KEMUDAHAN


RAWATAN PERGIGIAN YANG DI SEDIAKAN OLEH KLINIK PERGIGIAN
SIEW
JADUAL 5: JAWAPAN RESPONDEN TENTANG JENIS-JENIS KEMUDAHAN
RAWATAN PERGIGIAN YANG DISEDIAKAN OLEH KLINIK PERGIGIAN
SIEW
BIL. PERNYATAAN ADA TIDAK ADA

K % K %
1. MENYEDIAKAN
PERKHIDMATAN
30 100 0 0
KONSULTASI
BERSAMA DOKTOR
2. MENYEDIAKAN
PERKHIDMATAN
30 100 0 0
TAMPALAN GIGI
3. MENYEDIAKAN
PERKHIDMATAN
30 100 0 0
MENCABUT GIGI

4. MENYEDIAKAN
PERKHIDMATAN
23 76.7 7 23.3
PEMASANGAN
‘BRACES’
5. MENYEDIAKAN
PERKHIDMATAN
30 100 0 0
MEMBERSIHKAN
KARANG GIGI

24
050919-12-0362

RAJAH 5.2.1: JAWAPAN RESPONDEN TERHADAP SOALAN 1


SUMBER: SOAL SELIDIK

Berdasarkan rajah diatas, bagi pernyataan Klinik Pergigian Siew menyediakan


perkhidmatan konsultasi bersama doktor, semua responden memberi jawapan yang
sama bagi pernyataan tersebut. Sebanyak 30 orang responden mewakili 100% telah
menjawab ada bagi pernyataan menyediakan perkhidmatan konsultasi Bersama
doktor. Tiada responden menjawap tidak ada bagi pernyataan menyediakan konsultasi
bersama doktor.

Dengan ini, jelaslah bahawa semua responden bersetuju dengan adanya


perkhidmatan konsultasi bersama doktor. Membuat konsultasi bersama doktor gigi
yang pakar adalah sangat penting sebelum menjalankan segala rawatan .Hal ini
dikatakan demikian kerana, jika membuat konsultasi bersama doktor, doktor dapat
memberikan rawatan yang sesuai untuk pesakit. Selain itu, melalui konsultasi tersebut
juga doktor dapat menyesuaikan bahan perubatan yang ingin diberikan untuk pesakit .
Misalnya, jika pesakit tersebut mempunyai alahan terhadap bahan yang digunakan
untuk menjalankan rawatan doktor dapat memberikan perubatan yang lebih sesuai
untuk pesakit. Kesannya, keselesaan pesakit tetap terjaga dan pesakit juga percaya
akan rawatan yang diberikan oleh doktor.

25
050919-12-0362

RAJAH 5.2.2: JAWAPAN RESPONDEN TERHADAP SOALAN 2


SUMBER: SOAL SELIDIK

Pernyataan seterusnya adalah menyediakan perkhidmatan tampalan gigi di


Klinik Pergigian Siew. Sebanyak 30 orang responden bersamaan 100% menjawap
bahawa Klinik Pergigian Siew ada menyediakan perkhidmatan tampalan gigi. Tiada
responden yang menjawap Klinik Pergigian Siew tidak menyediakan perkhidmatan
tampalan gigi.

Jelaslah bahawa semua responden sebanyak 30 orang bersetuju dengan


penyataan diatas bahawa Klinik Pergigian Siew menyediakan perkhidmatan tampalan
gigi. Menampal gigi adalah tindakan tang dilakukan oleh doktor gigi untuk
memperbaiki gigi yang mengalami kerosakan. Kerosakan gigi akibat gigi yang
berlubang atau patah dapat menyebab rasa tidak nyaman pada individu yang
mengalaminya. Oleh itu, bagi individu yang mengalami perkara tersebut haruslah
mendapatkan rawatan menampal gigi ini dengan segera. Hal ini demikian kerana,
menampal gigi yang rosak dapat mengurangkan jumlah bakteria aktif di dalam mulut
dan mempertahakan struktur gigi dan memperpanjang usia gigi serta mengembalikan

26
050919-12-0362

RAJAH 5.2.3: JAWAPAN RESPONDEN TERHADAP SOALAN 3


SUMBER: SOAL SELIDIK

Seterusnya, responden juga telah menjawab penyataan Klinik Pergigian Siew


menyediakan perkhidmatan mencabut gigi. Seramai 30 orang responden iaitu 100%
telah menjawap bahawa Klinik Pergigian Siew menyediakan perkhidmatan mencabut
gigi. Tiada responden yang jawap tidak ada bagi pernyataan soalan 3.

Hal ini menunjukkan secara keseluruhannya, semua responden menjawap


Klinik Pergigian Siew menyediakan perkhidmatan mencabut gigi. Rawatan mencabut
gigi ini merujuk kepada exodontia, suatu prosedur pengeluaran gigi daripada tulang
rahang. Prosedur mencabut gigi ini dilaksanakan apabila gigi yang sudah rosak tidak
dapat diselematkan atau dikaitan dengan sebarang patologi atau penyakit.

27
050919-12-0362

RAJAH 5.2.4: JAWAPAN RESPONDEN TERHADAP SOALAN 4


SUMBER: SOAL SELIDIK

Berdasarkan penyataan 5.2.4, seramai 23 orang responden iaitu mewakili 76.7% telah
memberi jawapan yang sama terhadap pernyataan bahawa Klinik Pergigian Siew
menyediakan perkhidmatan memasang ‘braces’ manakala 7 orang lagi iaitu mewakili
23.3% menjawap perkhidmatan tersebut tidak disediakan di Klinik Pergigian Siew.

Setelah melakukan sesi temu bual bersama doktor yang bertugas di Klinik
Pergigian Siew, klinik tersebut tidak melakukan perkhidmatan pemasangan ‘braces’.
Namun begitu, Doktor Siew mengatakan bahawa mereka akan memulai perkhidmatan
tersebut dalam masa terdekat kerana adanya permintaan yang tinggi daripada pesakit.

Braces merupakan rawatan untuk meluruskan gigi dan memperbaiki cara ia


berfungsi. Kebanyakan orang mendapatkan rawatan tersebut adalah untuk
mempercantik lagi imej penampilan mereka mulai dari meluruskan gigi mereka.
Selain daripada senyuman akan kelihatan lebih menawan, tekanan ketika menggigit
juga akan lenih seragam. Pemasangan braces ini juga akan membantu memelihara
kesihatan gusi dan rahang dalam jangka masa yang panjang.

28
050919-12-0362

RAJAH 5.2.5: JAWAPAN RESPONDEN TERHADAP SOALAN 5


SUMBER: SOAL SELIDIK

Carta diatas menunjukkan jawapan responden tentang pernyataan Klinik Pergigian


Siew menyediakan perkhidmatan membersihkan karang gigi. Seramai 30 orang
responden iaitu 100% responden menjawap ada bagi penyataan Klinik Pergigian Siew
menyediakan perkhimatan membersihkan karang gigi. Tiada responden yang
menjawap tidak ada bagi pernyataan Klinik Pergigia Siew menyediakan
perkhidmatan membersihkan karang gigi.

Membersihkan karang gigi atau lebih dikenali sebagai ‘scaling’ gigi adalah
prosedur untuk membersihkan atau menghilangkan karang gigi yang melekat di garis
gusi. Perawatan ini dilakukan untuk melindungi enamel gigi di bawah gusi dan
jairngan gusi daripada periodontal. Tujuan scaling ini adalah untuk menghilangkan
plak dan karang dari area yang tidak dapat disikat. Selain itu, tujuan scaling juga
adalah untuk menghindari atau mencegah penyakit gusi. Seterusnya, manfaat dari
mendapatkan rawatan scaling ini adalah membuat gigi terasa bersih dan dapat
mencegah berbagai penyakit mulut. Bukan itu sahaja, gigi bersih dapat meningkatkan
keyakinan kita untuk berinteraksi bersama orang sekeliling kita dan kita tidak risau
juga akan gejala mulut yang busuk ketika bersosial dengan yang lainnya.

29
050919-12-0362

KEMUDAHAN RAWAT 5.3 BAHAGIAN C: MENGKAJI PRESEPSI PENGGUNA TERHADAP AN


PERGIGIAN DI KLINIK PERGIGIAN SIEW
JADUAL 6: ANALISIS PRESEPSI PENGGUNA TERHADAP KEMUDAHAN RAWATAN PERGIGIAN
DI KLINIK PERGIGIAN SIEW
BIL. PERNYATAAN SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SANGAT MIN
TIDAK SETUJU PASTI SETUJU
(4)
SETUJU
(2) (3) (5)
(1)
K % K % K % K % K %
1. PERSEKITARAN
KLINIK YANG
0 0 0 0 0 0 25 83.3 5 16.7 4.17
BERSIH
2. TEMPOH MASA
MENUNGGU YANG
0 0 1 3.3 1 3.3 23 76.7 5 16.7 4.07
SINGKAT,
MENDAPAT
RAWATAN
DENGAT CEPAT
3. MENDAPAT
LAYANAN MESRA
0 0 0 0 0 0 19 63.3 11 36.7 4.37
DARIPADA
DOKTOR DAN
KAKITANGAN.
4. PERALATAN YANG
DIGUNAKAN OLEH
0 0 0 0 11 36.7 16 53.3 3 10 3.73
DOKTOR ADALAH
BAHARU

5. MENDAPAT
HARGA RAWATAN
0 0 2 6.7 3 10 23 76.7 2 6.7 3.83
YANG
BERPATUTAN

30
050919-12-0362

RAJAH 5.3.1: PRESEPSI RESPONDEN TERHADAP SOALAN 1


SUMBER: SOAL SELIDIK

Berdasarkan rajah 5.3.1 menunjukkan penyataan persekitaran klinik yang bersih.


Seramai 25 responden bersamaan 83.3% memilih setuju manakala 5 orang responden
bersamaan 16.7% memilih sangat setuju bahawa persekitaran Klinik Pergigian Siew
adalah bersih.

Majoriti responden iaitu seramai 25 orang setuju bahawa persekitaran Klinik


Pergigian Siew adalah bersih. Hal ini dikatatakan demikian kerana, setelah pengkaji
melakukan pemerhatian di lokasi tersebut, tangga untuk menuju ke klinik tersebut
terdapat beberapa kesan tapak kasut yang tidak dibersihkan. Mungkin menurut
responden tahap kebersihkan tersebut belum dapat dikategorikan sebagai tahap yang
paling memuaskan atau tahap yag paling bersih.

Kebersihan klinik adalah sangat penting untuk menjamin lingkungan


yangmbersih dan aman. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan memiliki
persekitaran klinik yang bersih klinik tersebut mampu menjamin keselesaan pesakit
yang menerima rawatan di klinik tersebut serta kelesaan kakitangan sepanjang bekerja
di klinik tersebut. Bukan itu sahaja, memiliki persekitaran klinik yang bersih dapat
menyakinkan pesakit yang menerima rawatan di klinik tersebut bahawa klinik
tersebut memberikan perhidmatan yang terbaik demi keselesaan pesakit.

31
050919-12-0362

RAJAH 5.3.2: PRESEPSI RESPONDEN TERHADAP SOALAN 2


SUMBER: SOAL SELIDIK

Seterusnya persepsi responden mengenai penyataan bahawa tempoh masa untuk


mendapatkan rawatan di Klinik Pergigian Siew adalah singkat. Hasil menunjukkan
bahawa 1 orang responden bersamaan 3.3% tidak setuju bahawa tempoh untuk
mendapat rawatan di klinik pergigian tersebut adalah singkat manakala 1 orang
responden bersamaan 3.3% yang menjawap tidak pasti bagi pernyataan tersebut.
Sementara itu, seramai 23 orang responden bersamaan 76.7% menjawap setuju bagi
pernyataan tersebut dan seramai 5 orang responden bersamaan 16.7% menjawap
sangat setuju bagi pernyataan tersebut bahawa tempoh masa untuk mendapatkan
rawatan di Klinik Pergigian Siew adalah singkat.

Merujuk kepada selang kelas min, jelaslah bahawa pesakit yang pernah
menerima di klinik pergigian siew setuju bahawa tempoh masa menunggu untuk
mendapatkan rawatan adalah singkat. Dengan mendapatkan rawatan dengan cepat
akan memudahkan urusan harian pesakit.

32
050919-12-0362

RAJAH 5.3.3: PRESEPSI RESPONDEN TERHADAP SOALAN 3


SUMBER: SOAL SELIDIK

Penyataan seterusnya ialah mendapat layanan mesra daripada doktor dan kakitangan.
Seramai 30 orang responden telah menjawab persoalan ini. Responden yang memilih
setuju ialah seramai 19 orang responden bersamaan 63.3%. Manakala yang memilih
untuk sangat setuju adalah seramai 11 orang responden iaitu 36.7%. Tiada responden
yang menjawap sangat tidak setuju, tidak setuju atau tidak pasti bagi pernyataan di
atas.

Semasa pengkaji menjalankan pemerhatian di lokasi kajian, adalah benar


bahawa doktor dan kakitangan yang bekerja di klinik pergigian tersebut memberikan
layanan mesra kepada pesakit yang menerima rawatan di klinik tersebut. Ketika
pengkaji mengajukan soalan “Mengapakah kita harus memberikan layanan mersa
kepada pesakit yang datang?” doktor menjawap jika kita memberi layanan mesra
kepada pesakit yang datang mereka akan merasa lebih selesa untuk menjelaskan apa
keluhan yang mereka rasakan. Bukan itu sahaja, jika pesakit berpuas hati dengan
perkhidmatan yang diberikan secara tidak langsung ianya tidak mustahil bagi pesakit
untuk menerima rawatan di klinik ini pada masa akan datang.

Melalui temu bual tersebut, dapat disimpulkan bahawa memberikan layanan


yang mesra kepada pesakit adalah sangat penting untuk menjaga keselesaan pesakit
semasa menerima rawatan.

33
050919-12-0362

RAJAH 5.3.4: PRESEPSI RESPONDEN TERHADAP SOALAN 4


SUMBER: SOAL SELIDIK

Selain itu, penyataan dalam rajah 5.3.4 ialah peralatan yang digunakan oleh doktor
adalah baharu. Dalam pernyataan ini seramai 16 orang responden bersamaan dengan
53.3% menjawap setuju, daripada 30 orang responden dan 3 orang responden yang
mewakili 10% telah menjawap sangat setuju. Sementara itu seramai 11 orang
responden bersamaan 36.7% memilih tidak pasti dan tiada responden menjawap tidak
setuju dan sangat tidak bersetuju.

Ini menunjukkan terdapat responden yang tidak mengetahui jika klinik


pergigian tersebut menggunakan peralatan yang baharu atau tidak. Hal ini kerana,
responden hanya menerima rawatan di klinik tersebut dan semasa menjalakan rawatan
adalah sangat tipis bagi responden untuk bertanya kepada doktor adakah alatan yang
digunakan adalah baharu atau bukan.

34
050919-12-0362

RAJAH 5.3.5: PRESEPSI RESPONDEN TERHADAP SOALAN 5


SUMBER: SOAL SELIDIK

Berdasarkan jadual 5.3.5 majoriti responden bersetuju bahawa Klinik Pergigian Siew
memberikan harga yang berpatutan untuk rawatan yang diberikan. Seramai 23 orang
responden bersamaan dengan 76.7% bersetuju dan 2 orang bersamaan dengan 6.7%
responden memilih sangat setuju bagi pernyataan Klinik Pergigian Siew memberikan
harga rawatan yang berpatutan. Manakala 3 orang responden yang mewakili 10%
memilih tidak pasti bagi dan 2 orang responden mewakili 6.7% memilih tidak setuju.
Tiada responden yang memilih sangat tidak setuju bagi pernyataan di atas.

Hal ini secara keseluruhannya menunjukkan responden bersetuju bahawa


Klinik Pergigian Siew memberikan harga yang berpatutan untuk rawatan yang di
berikan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kualiti terhadap perkhidmatan yang
diberikan oleh Klinik Pergigian Siew adalah setanding dengan harganya.

35
050919-12-0362

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Bahagian ini merumuskan hasil daripada kajian yang dilakukan untuk memenuhi
dua objektif kajian. Bagi mencapai objektif kajian, seramai 30 orang yang pernah
menerima rawatan di Klinik Pergigian Siew, Lintas Square, Kota Kinabalu, Sabah
telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden.

6.1 MENGENAL PASTI JENIS KEMUDAHAN RAWATAN PERGIGIAN YANG


DISEDIAKAN OLEH KLINIK PERGIGIAN SIEW

Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh, majoriti responden mengetahui akan


jenis – jenis perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Pergigian Siew. Namun
begitu, terdapat satu perkara yang responden kurang pengetahuan akan pernyataan
tersebut iaitu Klinik Pergigian Siew menyediakan perkhidmatan pemasangan ‘braces’.

Jenis perkhidmatan yang kurang diketahui oleh responden terdapat pada


pernyataan Klinik Pergigian Siew menyediakan perkhidmatan pemasangan ‘braces’.
Setelah menjalankan sesi temu bual bersama doktor, klinik mereka tidak
menyediakan perkhidmatan pemasangan ‘braces’. Pada pendapat pengkaji, responden
berkemugkinan menjawap klinik tersebut menyediakan perkhidmatan tersebut adalah
kerana klinik pergigian tersebut menyediakan perkhidmatan membuat gigi palsu.
Secara tidak langsung pesakit yang pernah menerima rawatan tersebut beranggapan
bahawa klinik tersebut menyediakan perkhidmatan pemasang ‘braces’.

36
050919-12-0362

6.2 MENGKAJI PRESEPSI PENGGUNA TERHADAP KEMUDAHATAN


RAWATAN PERGIGIAN DI KLINIK PERGIGIAN SIEW

Setiap responden mempunyai sudut pandang yang berbeza berkenaan dengan


kemudahan rawatan yang disediakan oleh Klinik Pergigian Siew. Terdapat 3 perkara
yang ingin dirumuskan dalam objektif ini iaitu tempoh masa menunggu yang singkat,
mendapat rawatan dengan cepat. Selain itu, peralatan yang digunakan adalah baharu
dan harga rawatan yang berpatutan.

Terdapat responden yang menjawap tidak setuju bagi pernyataan tempoh masa
menunggu yang singkat,mendapat rawatan dengan cepat. Kemungkinan responden
yang memilih tidak setuju tidak membuat temu janji sebelum berjumpa dengan doktor
sehingga ketika ingin menerima rawatan responden haruslah menunggu doktor di
ruang menunggu sehingga doktor selesai melakukan rawatan.

Seterusnya, bagi perkara peralatan yang digunakan adalah baharu majoriti


responden memilih untuk menjawap tidak pasti bagi pernyataan tersebut. Hal ini
kerana, responden hanya menerima rawatan di klinik tersebut dan semasa menjalakan
rawatan adalah sangat tipis bagi responden untuk bertanya kepada doktor adakah
alatan yang digunakan adalah baharu atau bukan.

Perkara yang terakhir adalah berkaitan pernyataan harga rawatan yang


berpatutan. Kita sedia maklum bahawa segala perkhidmatan yang disediakan melalui
klinik swasta mempunyai harga yang lebih mahal. Tetapi terdapat responden yang
memilih tidak setuju bagi pernyataan ini. Pada pendapat pengkaji , hal ini kerana
responden tidak mencari tahu tentang harga bagi setiap rawatan yang disediakan oleh
Klinik Pergigian Siew terlebih dahulu sebelum menerima rawatan dan akhirnya
responden tersebut melebihi daripada kos yang dijangkakan.

37
050919-12-0362

6.3 KESIMPULAN

Kesimpulannya, majoriti responden memberikan pandangan yang positif


terhadap kemudahan rawatan pergigian di Klinik Pergigian Siew. Perkhidmatan yang
disediakan oleh Klinik Pergigian Siew memberi banyak impak posotif untuk klinik
mereka. Salah satunya impak positif tersebut adalah layanan mesra yang diberikan
oleh Klinik Pergigian Siew menjadi buah mulut pesakit yang menerima rawatan di
klinik pergigian tersebut. Layanan mesra yang diberikan oleh klinik pergigian tersebut
menarik lebih ramai pelanggan untuk menerima rawatan di sana dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan imej klinik pergigian mereka. Pengkaji telah menguji
pesakit iaitu responden tentang pandangan mereka terhadap kemudahan rawatan yang
disediakan oleh Klinik Pergigian Siew dan ingin mengucapkan kesyukuran kerana
majoriti responden telah memberikan pandangan positif terhadap klinik pergigian ini.

38
050919-12-0362

7.0 RUJUKAN

1. Peta Sabah, https://www.bing.com/maps?


q=map+sabah&FORM=HDRSC6&cp=5.916181%7E116.445405&lvl=10.2&styl
e=h
2. Google form,
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScG6ewC3UPbRkzKX2zL-
Tvy7Ox7IwkQ494ma7sSunqbfJB2tA/viewform?usp=sf_link
3. Kamus, http://ekamus.dbp.gov.my/Search.aspx?
spec=false&type=1&cari=prasarana#:~:text=prasarana%20keseluruhan
%20kemudahan%20dan%20per%C2%ADkhidmatan%20asas%20%28spt
%20kemudahan,rakyat%20Felda%20diwujudkan%20dgn%20pembangunan
%20~%20yg%20besar-besaran
4. Kesihatan Pergigian, http://myhealth.moh.gov.my/kesihatan-pergigian-faq/
5. Program kesihatan pergigian, https://hq.moh.gov.my/ohp/index.php/ms/info-
umum/fasiliti/klinik-pergigian-di-klinik-kesihatan

39
050919-12-0362

8.0 LAMPIRAN

40
050919-12-0362

LAMPIRAN 1
BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM KERTAS 4
KOD MATA PELAJARAN 900/4

PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP KEMUDAHAN RAWATAN PERGIGIAN


DI KLINIK PERGIGIAN SIEW LINTAS SQUARE, KOTA KINABALU, SABAH
MAKLUMAN KEPADA RESPONDEN:
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus STPM 2024 bagi mata pelajaran
Pengajian Am (900/4). Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pengguna terhadap
kemudahan rawatan pergigian di Klinik Pergigian Siew Lintas Square,Kota
Kinabalu,Sabah.Setiap maklumat yang direkodkan akan dirahsiakan dan digunakan hanya
untuk kepentingan kajian sahaja.

BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN


1. JANTINA
Lelaki ( )
Perempuan ( )

2. AGAMA
Islam ( )
Bukan Islam ( )

3. STATUS
Bujang ( )
Berkahwin ( )

4. UMUR
11-20 tahun ( )
21-30 tahun ( )
31-40 tahun ( )
41-50 tahun ( )
50 tahun ke atas ( )

5. BANGSA
Melayu ( )
Bumiputera ( )
Lain-lain ( )

41
050919-12-0362

BAHAGIAN B: MENGENALPASTI JENIS KEMUDAHAN RAWATAN


PERGIGIAN YANG DISEDIAKAN OLEH KLINIK PERGIGIAN SIEW

ARAHAN: SILA TANDAKAN (/) PADA RUANG YANG DISEDIAKAN

BIL. PERKHIDMATAN ADA TIDAK ADA


1 Menyediakan perkhidmatan
konsultasi bersama doktor
2 Menyediakan perkhidmatan
tampalan gigi
3 Menyediakan perkhidmatan
memasang ‘braces’
4 Menyediakan perkidmatan
mencabut gigi
5 Menyediakan perkhimatan
membersihkan karang gigi

BAHAGIAN C: MENGKAJI PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP


KEMUDAHAN RAWATAN PERGIGIAN DI KLINIK PERGIGIAN SIEW

ARAHAN: SILA TANDAKAN (/) PADA RUANG YANG DISEDIAKAN

BIL PERKARA SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SANGAT


. TIDAK SETUJU PASTI SETUJU
SETUJU

1 Persekitaran klinik yang


bersih
2 Tempoh masa menunggu
yang singkat,mendapat
rawatan dengan cepat
3 Mendapat layanan mesra
daripada doktor dan
kakitangan
4 Peralatan yang digunakan
oleh doktor adalah baharu
5 Mendapat harga rawatan
yang berpatutan

42

You might also like