You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT KECEMERLANGAN AKADEMIK 1/2021


SMK TAT BENG, SG NYIUR, TRONG, PERAK

TARIKH : 30 JUN 2021


HARI : RABU
MASA : 3.PETANG
TEMPAT : GM DI RUMAH MASING-MASING
KEHADIRAN:
1. ENCIK MOHD SUKRI MAT SALLEH - PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
2. TN HJ HARUN AHMAD - PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
3. PN NOORHAYATI MUSHROOM - PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
4. EN GHAZALI RASID - PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM
5. ENCIK AFFENDI MOHD FISHAL - GURU KANAN SAINS/MATEMATIK
6. TN HJ MOHD FADZIL SAALUDIN - GURU KANAN TEKNIK/VOKASIONAL
7. PN AZLINDA ALWI - GURU KANAN KEMANUSIAAN
8. PN HANIJAH SELAMAT - GURU KANAN BAHASA
9. PN BADARIAH ABD GHANI - KP BAHASA MELAYU
10. PN FARHANA MOHD RIDZUAN - KP BAHASA INGGERIS
11. CIK CHUAH SWEA YING - BAHASA CINA
12. PN. MAIZORA ABDUL RAHMAN - KP MATEMATIK TAMBAHAN
13. NUR ZAIDA MOHD AZLAN - MATEMATIK
14. PN NUR AYYUHAL MOHD JEMALI - SAINS
15. EN WAN AHMAD UBAIDILLAH WAN HANAFI - BIOLOGI
16. PN NOR AJLA ABDUL RAHMAN - KIMIA
17. NUROL HUDA CHEN EMBI - SRT
18. PN NOR MELATI YAKOB - EKONOM
19. PN KHAIRUL NISYAH CHE RAHIM - PRINSIP AKAUN
20. PN NORHAPIZA SULAIMAN - PVMA
21. SYAMSUL ANUAR MOHD ISMAIL - PEMBINAAN DOMESTIK
22. AHMAD SHAHADAN - PERTANIAN
23. USTAZ MOHD YAZID ABD GHAFAR - TASAWUR
24. PUAN ROHAIDA RAMLI - SEJARAH
25. PN LAU YU CHING - PENDIDIKAN MORAL
26. UZH NORAZAHARIYAH MOHAMAD - PENDIDIKAN ISLAM
27. SANISAH MAT ALI
28. ANG SEONG CHUAN

1. KATA ALUAN ENCIK MOHD SUKRI BIN MAT SALLEH PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
1.1 Beliau menyatakan kesyukuran kerana dapat bertemu untuk meneruskan program sekolah iaitu
mesyuarat kecemerlangan SPM dan STPM
1.2 Mesyuarat pada hari ini ialah kesinambungan kepada Mesyuarat Post mortem SPM yang telah
dijalankan seminggu sebelum mesyuarat ini.
1.3 Tujuan mesyuarat pada hari ini ialah untuk membincangkan pelaksanaan program/ intervensi
bagi calon-calon pada tahun ini.
1.4 Encik Sukri menyediakan borang khas untuk menukar intervensi menjadi program
kecemerlangan. Kertas kerja akan diseragamkan dan boleh digunakan oleh kesemua panitia
TINDAKAN : KETUA-KETUA PANITIA

2. PEMBENTANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN PERINGKAT SEKOLAH OLEH PUAN HANIJAH BINTI


SELAMAT
Program yang dicadangkan untuk dijalankan pada tahun 2021 ialah;
1. Perjumpaan kali pertama calon SPM dan STPM bersama pengetua
2. Motivasi bulanan calon SPM dan STPM bersama pengetua/kaunselor
3. Program penetapan target SPM dan STPM
4. Kelas tambahan Hidupkan Sabtu
5. Kelas tambahan Bestari Petang
6. Kelas tambahan Segar Minda Pagi
7. Teknik menjawab peperiksaan
8. Program Gempur Merah (Bahasa Melayu / Sejarah)
9. Perjumpaan ibu bapa/pelajar target
10. Perjumpaan ibu bapa.pelajar lemah
11. Kelas tambahan sela masa
12. Program kecemerlangan panitia - fokus kepada program cemerlang, sederhana, lemah
13. Program kecemerlangan bersama pihak luar

Pn. Noorhayati mencadangkan TOV bagi penetapan target 2021 diambil daripada peperiksaan semasa
tingkatan 4
TINDAKAN : PENYELARAS KECEMERLANGAN

3. PEMBENTANGAN PELAKSANAAN PROGRAM KECEMERLANGAN PANITIA OLEH ENCIK MOHD SUKRI


MAT SALLEH
3.1 Beliau menerangkan intervensi panitia yang telah dinyatakan semasa mesyuarat post mortem
SPM untuk dijadikan program kecemerlangan dengan beberapa penambahan iaitu sumber/bahan,
pelajar yang terlibat, kos, tarikh pelaksanaan dan pengurus program. Hal ini bagi memudahkan kertas
kerja program dihasilkan secara seragam.
3.2 Program ini akan menggunakan peruntukan panitia masing-masing. Ketua-ketua panitia
dikehendaki mengisi butiran tersebut melalui google doc yang disediakan. Link akan diberikan
kemudian. Setiap panitia dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya dua program.
3.3 Encik Sukri mencadangkan program motivasi pelajar diadakan dengan menjemput penceramah
motivasi guru yang akan diadakan tidak lama lagi.
TINDAKAN : KETUA-KETUA PANITA

4. PEMBENTANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM PANITIA OLEH KETUA-KETUA PANITIA


4.1 Panitia Bahasa Melayu - pelajar kritikal daripada kelas-kelas terpilih akan dikelompokkan ke
dalam satu kelas khas. Bagi melaksanakan program ini, mata pelajaran Bahasa Melayu bagi
semua kelas akan diseragamkan. Seorang guru tambahan diperlukan untuk mengendalikan
pelajar kritikal ini.
4.2 Panitia Bahasa Inggeris - Bengkel bagi pelajar harapan lulus, sederhana dan cemerlang
4.3 Sejarah - Teknik menjawab mengikut tahap kebolehan pelajar
4.4 Matematik - Cikgu Asiah SMKDB akan dijemput mengadakan ceramah teknik menjawab
Matematik
4.5 Matematik Tambahan - penggunaan Modul Menggilap Mutiara (selepas habis silibus)
4.6 Sains - tumpuan kepada latih tubi format baru
4.7 Biologi - bengkel amali
4.8 Prinsip Akaun - Puan Khairul Nisyah memohon 2 pelajar yang tidak hadir kelas online diambil
tindakan oleh pentadbir
4.9 Ekonomi - latih tubi secara lisan, esei pendek
4.10 PSV - pemberian peralatan melukis (set pensel warna) kepada calon
4.11 SRT - ceramah teknik menjawab khas untuk pelajar sekolah ini sahaja
4.12 Pertanian - fokus kepada amali
TINDAKAN : KETUA-KETUA PANITIA
5. LAIN-LAIN HAL
5.1 Pn Hanijah meminta ketua panitia yang belum menghantar minit mesyuarat panita pertama
secepat mungkin
5.2 Pelajar masih boleh mengambil modul di sekolah, guru uar-uarkan kepada pelajar
5.3 Ketua Panitia lihat semula pemberian TP dalam PBD

Mesyuarat tamat pada pukul 5.00 petang


Disediakan oleh Disemak oleh,

….……………………………………. ……………………………………………
PUAN HANIJAH SELAMAT ENCIK MOHD SUKRI BIN MAT SALLEH
PENYELARAS KECEMERLANGAN SPM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

You might also like